Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah bersedia untuk mendedahkan dokumen yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) Isnin ini dan sekaligus bakal mengundang berkemungkinan berdepan dengan pihak berkuasa, dan hukuman penjara dua tahun.

Rafizi berkata dokumen itu akan menyokong dakwaannya bahawa 1MDB adalah sebab mengapa ribuan veteran tentera tidak mendapat pembayaran gratuiti mereka.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata akan mendedahkan dokumen itu untuk memaksa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berterus terang tentang perkara itu, tetapi ianya tidak berhasil.

“Jika itu (mendedahkan dokumen OSA) adalah apa yang diperlukan untuk membuat mereka membayar gratuiti (kepada veteran tentera), (maka) ia adalah berbaloi. Terdapat ribuan keluarga yang terlibat. Ini adalah orang miskin dan mereka menderita dalam senyap.

“Saya tidak ada pilihan, Apa lagi yang saya boleh lakukan?” kata bapa kepada seorang anak lelaki berusia dua tahun.

Rafizi berkata beliau telah banyak mendengar mengenai nasib keluarga veteran tentera yang masih belum menerima bayaran gratuiti mereka.

“Saya tidak tahan mendengar cerita itu dan mereka datang berjumpa dengan saya,” katanya sambil menambah bahawa beliau hanya mahu mereka dibayar gratuiti tersebut.

Beliau berkata kerajaan mempunyai beberapa hari lagi untuk menyelesaikan perkara itu sebelum beliau membuat pendedahan tersebut Isnin ini.

Rafizi berkata beliau tidak kisah dengan kemungkinan berdepan dengan hukuman penjara dua tahun di bawah OSA. – Sumber Malaysiakini

Komen: Jika kes NFC terbukti benar, kes Yapeim terbukti benar, kes Mara sedang separuh dibuktikan dan kini kes 1MDB-LTAT kita tunggu pendedahan yang dimaksudkan Rafizi yang mencurigakan keberanian pencak hang Nadimnya jika tidak kerana yakin benar apa bukti yang beliau dakwa miliki.

INFORMASI RAFIZI RAMLI DIJANGKA BERDEPAN HUKUMAN PENJARA SEHINGGA 23 TAHUN JIKA BELIAU DIDAPATI BERSALAH DALAM KESEMUA TUJUH KES YANG MELIBATKAN BELIAU. Klik baca apa kata isteri Rafizi Ramli : “Lebih baik Rafizi di penjara sekarang ketika anak masih kecil”

KLIK BACA: Ada orang yang masih hidup dalam penafian segalanya putar belit macam katak bawah tempurung tak sedar apa berlaku disekelilingnya?

KLIK BACA: Dr Mahathir ingatkan Pak Lah jadi ‘penasihat British, bukan penasihat Melayu’

KLIK BACA: Siaran Langsung ucapan Mahathir ‘kemuncak’ Kongres Rakyat esok

KLIK VIDEO: 15 RIBU BOMOH SELURUH MALAYSIA SOKONG NAJIB

KLIK BACA: Clare Rewcastle tersenarai ’50 pemimpin ternama dunia’ Fortune

[signoff predefined=”Disclaimers”][/signoff]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share