Ray Tomlinson, yang meninggal dunia 5 Mac 2016 pada usia 74 tahun, mencipta ruangan ‘from’ (daripada), ‘subject’ (perkara) dan tarikh dalam komunikasi emel. – Gambar Gonewsgh

SYDNEY — Raymond Tomlinson, pereka sistem komunikasi mesej elektronik atau emel, meninggal pada usia 74 akibat serangan jantung.

Tersenarai dalam tokoh tersohor dunia siber Hall of Fame pada 2012, Tomlinson menggunakan simbol @ untuk alamat emel sebelum nama seseorang.

Beliau juga tokoh di belakang penciptaan ruang “from” (daripada), “subject” (perkara) dan ruangan tarikh yang biasa kita untuk dalam komunikasi emel, lapor Sydney Morning Herald hari ini.

Empat dekad lalu, Tomlinson seorang jurutera di syarikat penyelidikan Bolt Beranek and Newman ketika membangunkan satu aplikasi yang boleh menghubungkan satu komputer dengan komputer lain.

Pada waktu itu, simbol @, yang dicipta pada abad keenam lagi, selalunya digunakan di kalangan akauntan. Simbol itu ringkasan bahasa Latin yang bermaksud “kepada” atau “di”. – TMMO

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share