Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara pada 30 April ini, membuat kenyataan agar BNM tidak akan diterajui oleh mana-mana ahli politik selepas dirinya berundur.

Jaminan ini diberikan oleh Zeti sendiri bagi menangani kebimbangan yang dibangkitkan oleh ahli ekonomi dan penganalisis mengenai kebebasan bank pusat itu selepas beliau dijadualkan berundur pada bulan April depan.

“BNM mempunyai kekuatan institusi dan daya tahan, yang diasaskan mengikut undang-undang yang memberikan kami kuasa yang luas dan kebebasan. Dengan itu, kami akan pastikan kebertanggungjawaban,” katanya.

“BNM telah menikmati (kebebasan) dan mempunyai rekod prestasi yang positif,”

Beliau juga memberi jaminan bahawa BNM tidak akan diterajui oleh mana-mana ahli politik selepas dirinya berundur.

“Malah institusi kewangan juga tidak mempunyai ahli politik sebagai ahli lembaga pengarah, (ini) lebih-lebih lagi bagi bank pusat,” katanya ketika ditanya sama ada gabenor baru terdiri daripada seorang ahli politik.

Zeti juga menafikan persaraannya akan memberi kesan kepada tukaran ringgit. Malaysiakini

Nampaknya bagi Zeti, campurtangan orang politik harus dielakkan dalam urusan kewangan negara.

Kenapa ek ? Jika kesannya negatif, bagaimana pula campurtangan orang politik dalam GLC yang melibatkan komitmen kerajaan dalam urusniaga kewangan yang besar ? Contohnya ….. 1MDB.

Apapun, kenyataan Zeti di atas bunyinya macam biasa jer …….

Keesokannya, Najib pula keluarkan kenyataan yang kerajaan akan putuskan dalam waktu terdekat siapa pengganti Zeti sebagai Gabenor Bank Negara, bila ditanya mengenai kenyataan Zeti di atas.

Apa kaitannya kedua berita di atas ?

Saya melihat kenyataan Zeti lebih kepada MENCEGAH perkara itu dari berlaku !

Sebagai satu peringatan jangan masuk campur urusan Bank Negara dengan meletakkan balaci di situ sebaliknya menyerahkan urusan Bank Negara kepada mereka yang pakar dalam bidang berkaitan.

Sekiranya diletakkan orang politik menerajui BNM, sudah pasti kewangan negara bakal hancur !

TerimaKasih Zeti di atas amaran awal itu. Sekarang berpandukan kenyataan Zeti, rakyat akan beri lebih perhatian kepada calon yang bakal menjadi Gabenor BNM yang baru. – Sumber Dinturle Blog

Kepada Bos LHDN – Bagaimana Kalau RM2.6 Bilion Itu Satu Pelaburan? Kena Cukai Tak? – Dinturtle

Nota: Oleh kerana blog Dinturtle telah disekat kerana menyiarkan dokumen bocor Tabung Haji maka pembaca terpaksa menggunakan proxy server KLIK SINI.

MALAYSIAKINI

[signoff predefined=”Disclaimers”][/signoff]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share