Dr Mohd Asri Zainal Abidin memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara semalam di status Facebooknya, hari ini. – Gambar DrMaza Facebook

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin hari ini memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN) semalam lapor The Malaysian Insider.

Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata di laman Facebook beliau, amalan yang baik harus dipuji namun tidak kepada perkara yang bertentangan.

“Apa pun masalah yang ada, menziarahi orang sakit dan berhubungan baik sesama Muslim dan insan adalah terpuji.

“Kita memuji perkara yang baik dan kita menyatakan perbezaan kepada sebaliknya. Urusan yang lain itu terserah kepada Allah.

“Dia lebih tahu hakikat hambaNya. Kita memohon hidayah untuk diri kita dan untuk semua,” tulisnya.

Beliau tidak menyebut sebarang nama pada posting tersebut, tetapi memuat naik gambar Najib yang mengunjungi presiden parti Islam itu di IJN.

Posting itu menerima 1,000 ‘Likes’ dalam masa sejam selepas dimuat naik pagi ini dan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Salah seorang komentar Khairulnizam Abd Wahab menulis:”Jangan lupa kesalahan mereka buat dengan gambar macam ini akan lupa segalanya.. salah tetap salah..”

Riswan Farid menulis:”Ayat yang begitu mendalam maksud dari Dr Maza.”

Manakala Riki Malek pula menulis: “Yang penting ikhlas kerana Allah. Alhamdulillah.”

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE