Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) mengambil berat rancangan pihak berkuasa yang mahu memantau aplikasi pesanan segera, WhatsApp.

Presidennya, Janarthani Arumugam berkata kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyebut WhatsApp sebagai salah satu daripada platform media sosial yang akan dipantau lantaran penyalahgunaan aplikasi itu oleh sesetengah pengguna itu adalah membimbangkan.

“WhatsApp ialah aplikasi pesanan segera untuk perbualan antara pengguna, dan bukan platform media sosial.

“Memantau WhatsApp merupakan risikan keatas komunikasi peribadi antara individu, serta pencabulan hak kebersendirian dan perlindungan daripada campurtangan sembarangan.”

Janarthani berkata polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu menjelaskan bagaimana pemantauan keatas media sosial dan pengguna WhatsAppp akan dilakukan, serta bagaimana maklumat yang diperoleh akan digunakan, termasuk soal skala pemantauan, skopnya dan kaedah.

“Pemantauan oleh pegawai awam, atau pengawasan pemerintah, merupakan salah satu ancaman terbesar ke atas kebebasam atas talian dan pencerobohan kebersendirian,” katanya, dan menambah bersuara secara bebas tanpa rasa takut diperhatikan merupakan hak setiap rakyat Malaysia yang penting.

Janarthani berkata Majlis Hak Asasi Manusia PBB mengakui hak asasi manusia di atas talian perlu dilindungi, terutamanya kebebasan untuk bersuara.

“EMPOWER menggesa polis dan SKMM supaya mendukung hak kebebasan bersuara dan kebersendirian atas talian dan di luar talian, serta henti menjenayahkan kebebasan bersuara yang sah.” – FMT

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE