Bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew menduduki tempat teratas dalam carian trending personaliti Malaysia bagi tahun 2015 dengan mengatasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Google dalam satu pengumannya hari ini menyebut, carian yang menjadi trending itu berkaitan kematian pengasas Singapura itu pada 23 Mac lalu.

Manakala carian mengenai teknik CGI mendiang Paul Walker dalam filem ‘Fast and Furious 7’ pula menduduki tempat kedua mendahului Perdana menteri.

Najib, yang menurut Google ‘semakin mendapat perhatian sejak kebelakangan ini’ hanya berada di tempat ketiga, selepas Kuan Yew dan Paul Walker bagi trending personaliti Malaysia 2015.

Sementara itu, pelakon baru Mia Ahmad, yang popular dalam drama ‘Hati Perempuan’ dan semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar drama Melayu pula menduduki tempat keempat. – Mkini

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share