Standard cecair berperisa untuk rokok elektronik atau vape akan diumumkan tahun hadapan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata proses menetapkan piawaian berkenaan mengambil masa kerana melibatkan beberapa proses perundangan, di samping perlu selari dengan standard antarabangsa.

“Kita telah merujuk kepada France dan British standard, semua itu akan kita gabungkan dan lihat mana yang kita boleh guna pakai.

“Selain itu, beberapa perundangan melibatkan tahap nikotin terpaksa dibuat dengan mendapatkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Jualan Ke Sekolah di seluruh negara yang bermula 21 November sehingga 10 Januari 2016 di ibunegara semalam.

Hamzah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jangkaan pengumuman standard penggunaan cecair itu oleh kementeriannya.

– Bernama

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share