Tidak diketahui lagi bilakah aplikasi Google Maps sokongan offline ini akan hadir ke Malaysia. – Gambar Google.com/maps

GOOGLE Maps merupakan salah satu perkhidmatan pemetaan navigasi daripada Google yang mempunyai liputan yang luas dan data yang menyeluruh padanya.

Hari ini mereka memperkenalkan sokongan navigasi secara tanpa talian Internet (offline).

Pengguna boleh memuat turun data untuk sesuatu peta dan memulakan fungsi navigasi apabila diperlukan.

Ia berfungsi seperti kebiasaan tetapi ditambah dengan sokongan navigasi, sekaligus membolehkan pengguna membuat carian untuk sesuatu lokasi dan informasi tempat yang dituju.

Kesemua ini tidak memerlukan talian Internet selepas data sesuatu lokasi berkenaan dimuat turun.

KLIK GOOGLE MAPSĀ 

Namun, salah satu kekangan adalah di mana lokasi yang disokong untuk penggunaan offline ini masih terhad dan tidak menyokong Malaysia buat masa ini.

Ia tidak diketahui lagi bilakah sokongan offline ini akan hadir ke Malaysia.

Tetapi, jika anda bercadang ke luar negara dalam masa terdekat, sebagai contoh ke Amerika Syarikat, maka fungsi ini mungkin sangat membantu anda.

Untuk memuat-turun data sesuatu lokasi, anda hanya perlu membuat carian sesuatu lokasi, dan seterusnya tekan pada menu, dan memilih pilihan Your Place.

Tatal sehingga bawah, dan seterusnya anda boleh memuat-turun data untuk lokasi berkenaan. – myNewsHub

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share