Tajuk artikel Ridhuan Tee yang disiarkan oleh Sinar Harian, “Siapa lebih jantan?”

Kebetulan Muhyiddin Yassin juga hari ini mengingatkan rakyat berwaspada dengan mereka yang memainkan isu agama dan perkauman.

Melayu sokong kebenaran dalam isu 1MDB dan Ridhuan seakan cuba melemahkan momentum itu dengan ‘bundle-up’ mencampur adukkan unsur kepartian boleh pembaca lihat sendiri dalam tulisannya di bawah yang semua seakan dikaitkan dengan sentimen perkauman kononnya tolak tepi kepelbagaian parti di dalam negara demokrasi.

Artikel Riduan Tee ini dijawab kembali oleh Datuk Raja Kamarul Bahrin dalam laporan Free Malaysia Today adakah dia layak bercakap soal kejantanan dan melayu.

Oleh Ridhuan Tee Abdullah

ULTRA kiasu yang selama ini berlagak seperti anak jantan, tiba-tiba hilang kejantanannya apabila cabaran berdebat disahut. Tidak semena-mena mahu menjadi moderator pula, hanya mahu bertanyakan soalan. Sekadar moderator, serahkan pada saya sahaja. Tidak perlu bersusah payah.

Bertindaklah seperti anak jantan. Sahut cabaran yang dilontarkan. Janganlah kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi. Jika saya menjadi ultra kiasu, saya akan sahut cabaran tokoh tersebut walaupun pencabarnya seorang pendebat. Tidak semestinya pendebat itu hebat.

Semuanya bergantung kepada fakta dan angka. Datanglah pendebat sehebat mana pun.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Dalam perdebatan sebegini, apa yang dinilai bukan lagi athos, pathos dan logosnya, tetapi hujah dan fakta. Tidak perlu dikorek latar belakang seseorang. Lagipun yang akan mengadili bukan pendebat, tetapi rakyat yang penonton. Kalau tidak mampu berhadapan, tidak perlu mencabar.

Mutakhir ini, ultra kiasu menjadi semakin bongkak apabila berjaya menambah kerusi dalam dua PRU lalu. Apatah lagi berjaya memikat segelintir Melayu celup menyertai partinya. Hujahnya ini dijaja, kononnya, rakyat sudah menerima mereka sebagai parti berbilang kaum.

Sebab itu, mereka begitu yakin laluan ke Putrajaya. Saya harap Melayu lain lebih jantan dalam memilih parti. Psywarnya amat jelas.

Mereka tidak akan meletakkan Melayu celup ini bertanding di kawasan majoriti Cina, tetapi di kawasan 50-50, atau 60-40, di kawasan Pas dan Umno. Mudah sungguh Melayu diperalatkan, hanya dengan kerusi, menentang saudara seagama. Siapa lebih jantan?

Itulah Melayu, mudah dibeli dengan wang dan kerusi. Perjuangan agama, bangsa dan negara diletak ke tepi. Kononnya mahu memperjuangkan Islam Melayu melalui ultra kiasu. Apakah perjuangan tersebut dapat dilaksanakan dalam keadaan mereka menentang Islam yang menjadi tonggak negara? – Sinar Harian

Datuk Raja Kamarul Bahrin – “It is easy to make some deeply critical supposedly learned statements from the cosy and safe chair of a so-called academician but it takes lots of sacrifices and guts to be a full time politician.

“I suggest Ridhuan Tee do some intense self analysis and soul searching before shooting off his mouth and pretending to sound so profound as a so-called academician,” Raja Bahrin said in a statement.

He also said that Tee had to understand that respect was earned, not forced upon others.

“Respect has to be earned and not ‘forced upon’ people through half baked writings in the media.”

1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE