Toyota Tundrasine Tundra 1794 Edition 4×4 CrewMax dengan enjin 5.7-liter V8  sebuah limosin sepanjang 7.9 meter yang diasaskan daripada sebuah pikap! – Gambar Toyota.com

Limosin dengan lapan pintu ini menjadi salah satu tarikan di pertunjukkan SEMA di Las Vegas yang menjadi antara acara paling penting bagi peminat-peminat dunia ubahsuai kenderaan.

Ruang di dalam kabin Tundrasine ini sudah mencapai tahap kemewahan yang jauh berbeza daripada sebuah pikap. Kalau nak digambarkan, ia kelihatan seperti di dalam sebuah pesawat peribadi; dengan tambahan setiap barisan kerusi penumpang mempunyai pintunya sendiri.

Walaupun sekarang adalah sebuah kenderaan yang jelas mewah dan unik, Toyota Tundrasine ini tidak lupa untuk menunjuk fizikal asalnya. ‘Flatbed’ atau ruang kargo terbuka di belakang pikap ini masih kelihatan. Elok untuk tong-tong menyimpan bahan api yang didahagakan enjin V8 di hadapan!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share