Tun Dr Mahathir Mohamad pada pagi ini didatangi sepasukan polis untuk merakamkan kenyataannya dipercayai berkaitan kritikan yang dibuatnya terhadap Datuk Seri Najib Razak. – Gambar TMI / Afif Abd Halim

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat keputusan sama ada untuk menahannya berikutan siasatan yang sedang dijalankan ke atasnya berkaitan kritikannya terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri dan presiden Umno itu berkata, walau apa pun siasatan yang sedang berjalan, beliau tidak berhasrat meninggalkan parti Melayu itu.

“Terpulang kepada mereka (polis),” katanya kepada wakil media hari ini sebelum meninggalkan pejabatnya kira-kira pukul 1.15 tengah hari ini menurut The Malaysian Insider.

Beliau juga mengetepikan soalan wartawan yang bertanya sekiranya beliau takut akan ditangkap, dengan mengatakan sekali lagi “terpulang kepada mereka”.

Beliau juga menjawab mengatakan “Saya tidak tahu” apabila ditanya di bawah peruntukan undang-undang mana beliau sedang disiasat.

Terdahulu hari ini kira-kira jam 10.40 pagi, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Persekutuan Bukit Aman tiba di pejabat Dr Mahathir bagi merakamkan kenyataannya dipercayai berkaitan kritikan yang dibuatnya terhadap Najib, khususnya ketika perhimpunan Bersih 4 Ogos lalu.

Laporan Malaysiakini: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian untuk tidak menjawab soalan yang diajukan kepada beliau ketika pihak polis mengambil keterangannya pagi tadi.

“Mereka ( polis) bertanya soalan, saya berkata, saya tidak akan menjawab,” kata Mahathir sambil ketawa ketika diajukan soalan pemberita selepas selesai sesi soal jawab dengan polis.

Mahathir Mohamad pagi tadi diambil keterangan oleh tiga pegawai polis dari Bukit Aman dan beliau telah disoal siasat polis selama 45 minit yang bermula sekitar jam 11.00 pagi.

Mahathir juga menolak spekulasi bahawa beliau berkemungkinan akan sekali lagi keluar Umno dalam usahanya untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

“Tidak, itu parti saya ,” dia menjawab sambil ketawa,” kata Mahathir di Bangunan Yayasan Al -Bukhary di Kuala Lumpur.


Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dilaporkan berkata, Mahathir telah memberikan 6 November sebagai tarikh tentatif.

Info gambar: HAZIQ ASYRAF JR Twitter | IGP @pdrmsia @KBAB51 Tan Sri Khalid Abu Bakar bersama Tun Mahathir Mohamed
Info gambar: HAZIQ ASYRAF JR Twitter | IGP @pdrmsia @KBAB51 Tan Sri Khalid Abu Bakar bersama Tun Mahathir Mohamed

Katanya, Mahathir akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah.

Ini adalah berkaitan dengan kenyataannya semasa perhimpunan BERSIH 4, di mana Mahathir membuat dua penampilan pada 29 Ogos dan 30 Ogos dan menuduh pemimpin Umno menerima rasuah.

Berikutan itu, beberapa pemimpin bahagian membuat laporan polis terhadap Mahathir.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara juga menjelaskan bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak disiasat kerana kehadirannya pada perhimpunan tersebut, yang antara lain, menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir semasa pemerintahan 22 tahunnya menentang perhimpunan jalanan tetapi kini mempertahankan BERSIH 4.

Alasannya, bahawa rakyat tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa turun ke jalanan untuk menyuarakan rasa tidak senang mereka dengan kepimpinan negara.

Bekas Perdana Menteri itu juga berulang kali mendesak Najib untuk meletakkan jawatan dan menuduhnya terbabit dengan banyak salah laku, termasuk ‘mencuri’ wang 1MDB.

Najib bagaimanapun berulang kali menafikan sebarang salah laku dan mendakwa Mahathir terbabit dalam komplot untuk menjatuhkannya. – Malaysiakini

KLIK BACA: Tun Mahathir nasihat anggota polis jaga makan elak perut besar!

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD NEGARAWAN BAPA PEMODENAN MALAYSIA

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE