RESEPI MASAKAN KAMPUNG MELAYU

UBI kentang selalunya dijadikan bahan sampingan bagi sesuatu masakan. Kebiasaannya, ia akan dimasak bersama kari daging atau kari ayam.

Bersempena Ramadan ini, apa kata cuba resipi kentang goreng berlada yang serba ringkas dan mudah disediakan untuk menu berbuka puasa anda seisi keluarga.
Bahan-bahan:

10 biji ubi kentang

Segenggam ikan bilis

10 tangkai cili merah

5 tangkai cili hijau

2 tangkai cili padi

2 biji bawang besar

Garam

Gula

Minyak untuk menggoreng & menumis
Cara membuatnya:

Kisar kesemua cili dan bawang tadi.

Kemudian goreng kentang yang telah dipotong wedges dan goreng ikan bilis hingga garing.

Tumiskan cili dan bawang yang telah dikisar sehingga pecah minyak dan masukkan garam dan gula sebagai perasa..
Pastikan cili dan bawang tadi betul-betul dah masak. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.

Kacau dan biarkan 2-3 minit atas api. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

ALAMAK IKAN MASAK KICAP :P MRM -  pic nonie2you.blogspot.com
ALAMAK IKAN MASAK KICAP 😛
MRM – pic nonie2you.blogspot.com

Ikan Kembung Goreng

IKAN kembung atau juga dikenali sebagai ikan temenung sedap dimasak dalam apa jua cara masakan.

Jika inginkan menu bergoreng, apa kata cubalah resipi ikan kembung goreng halia dan bawang putih ini.

Selain rasanya yang enak, penggunaan halia dan bawang putih mampu menaikkan aroma sajian ini.

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan kembung – saiz besar

Minyak – untuk mengoreng

Bahan A:

Serbuk kunyit
Garam

Sedikit tepung jagung

Bahan B:

Segenggam halia muda – dimayang halus

Segenggam cili padi – dipotong halus

Segenggam bawang putih – mayang halus

Bahan C:

3 sudu besar kicap cair

1 sudu besar kicap pekat

3 titik minyak bijan

1 sudu besar sos ikan

1 sudu kecil gula

Cara cara:

Lumur ikan kembung dengan garam kunyit dan sebelum digoreng tabur tepung jagung.

Kemudian goreng ikan sehingga garing dengan minyak yang banyak.

Menggunakan minyak yang sama goreng Bahan B satu persatu sehingga garing dan kuning keemasan dan ketepikan.

Kurangkan minyak kepada 1 sudu besar dan masukkan Bahan C dan dimasak sehingga menggelegak dan ketepikan.

Letak ikan di tengah-tengah pinggan, taburkan Bahan B dan siram Bahan C apabila hendak dimakan.

Hias dengan daun ketumbar atau daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber ihsan mStar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share