Seorang ahli parlimen DAP hari ini memberi amaran bahawa KLIA2 menghadapi risiko terbakar dengan hanya percikan api daripada sepuntung rokok.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, ini kerana berlaku kebocoran akibat paip yang rosak di lapangan terbang itu.

Dakwanya, paip-paip berkenaan rosak berikutan mendapan tanah yang sama yang menyebabkan banjir di landasan.

“Ini menimbulkan risiko yang besar.

“Perkara kecil seperti membuang puntung rokok boleh meletupkan seluruh lapangan terbang,” kata Pua.

Semalam dilaporkan bahawa ruang meletak pesawat Q10 dan Q12 di KLIA2 terpaksa ditutup kerana tumpahan bahan api.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata pasukan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Malaysia mula membersihkan ruang berkenaan.

Ia berkata punca tumpahan masih belum diketahui. – Mkini


Tony Pua: KLIA2 fuel pipe damage due to sinking… oleh kinitv

KINITV VIDEO

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share