Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaafar mengakui agensi itu menghadapi cabaran terbesar dan paling hebat yang dilalui sekarang bagi berhadapan dengan siasatan yang membabitkan orang paling berkuasa dalam negara.

“Kebetulan saya bakal bersara, SPRM sedang menjalankan siasatan paling besar.

“Oleh itu pegawai- pegawai yang terlibat dalam siasatan kes ini harus diberi sokongan dan suntikan semangat kepahlawanan untuk berjuang di medan yang paling sukar ini.

“Kita berhadapan dengan satu siasatan yang melibatkan orang paling berkuasa dalam negara,” katanya tanpa menamakan individu berkenaan.

Berucap pada majlis persaraannya di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini, Zakaria berkata cabaran itu akan menentukan sejauh mana keberkecualian dan profesional anggota suruhanjaya itu di mata rakyat.

SPRM sedang menyiasat ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bercadang menyoalnya. – Malaysiakini

DIKEMASKINI: Anugerah ditunda tahun depan, Rosmah tolak – Pejabat PM

VIDEO TERKINI: 2 AJK Umno Gombak lapor polis dakwa diugut bunuh pemimpin Umno

KLIK BACA: Zaid pesan Nazri ingat jasa Dr Mahathir kepadanya…

TERKINI: Kenyataan bersama Anwar, Tun Mahathir tentang Akta MKN

Klik baca: Kerajaan ingkar perintah Raja – Datuk A Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share