Advertisements

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keadaan itu akan kekal sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak masih diberi tanggungjawab sebagai Perdana Menteri. – Foto Astro Awani

Negara kini berada pada zaman yang menakutkan apabila bukan sahaja ekonomi merosot malah politik, sosial, dan perkauman juga berada pada tahap yang sangat membimbangkan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keadaan itu akan kekal sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak masih diberi tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.

“Saya juga takut sebab duduk dalam pemerintahan yang menakutkan. Kita tidak boleh bercakap nanti dipanggil untuk soal siasat dan dikatakan berniat untuk jatuhkan kerajaan dan akan didakwa bawah Akta Kesalahan Keselamatan atau Langkah-langkah Khas (Sosma).

“Ini perkara yang kita takutkan, kita memang berada pada zaman menakutkan. Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) kata nak panggil saya soal siasat, takut juga saya,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Minum Petang Bicara Politik Kembalikan Maruah Melayu.

Mahathir berkata, hari ini ramai orang yang menolak kerajaan dalam diam kerana takut untuk buka mulut dan dianggap ingin sabotaj kerajaan.

Advertisements

“Dari segi politik tidak boleh buat teguran tetapi dalam ekonomi duit kita juga jatuh merudum sehingga cecah RM4.45 sedolar (Amerika Syarikat).

“Kita percaya apa pemimpin kita cakap bahawa ekonomi kita (dalam) keadaan baik, yang ini kita baik, kita bersatu sokong pemimpin kita,” katanya.

Menurutnya, mata wang negara akan kembali pulih hanya apabila Najib meletakkan jawatan kerana kerosakan dihadapi negara berpunca daripada beliau.

Katanya, pendirian itu dibuat berdasarkan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebelum ini bahawa penyelesaian skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mampu pulihkan semula penyusutan nilai ringgit.

“Dia letak jawatan, sekejap sahaja mata wang kita naik balik, itu saya rasa. Nak selesai itu hanya kalau Najib tidak ada, selagi Najib masih ada masalah tidak akan selesai,” katanya.

“Kalau kita dengar Zeti kata selagi masalah 1MDB tidak diselesaikan, nilai mata wang tidak akan pulih. Zeti cakap dan saya pun berpendapat macam itu.

“Semua mata wang jatuh tapi mata wang kita jatuh lebih teruk daripada yang lain saya kaji juga (ekonomi) itu,” katanya.

Dakwa beliau, hari ini kerana RM200 orang sanggup menjual bangsa dan jika tidak dibendung perkara itu maruah bangsa Melayu sukar dipulihkan. – Sumber ihsan Sinar Harian


Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK VIDEO: Video amanat Tun Mahathir kepada penduduk Pekan, tolonglah…

KLIK BACA: Ezam nasihat Ulamak PAS berhati-hatilah….

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Mahathir bertanding PRU-14 di Putrajaya kota yang dibangunkannya – Husam Musa

KLIK BACA: Zaman Mahathir rakyat tidak terkongkong – Bekas MB Selangor Mat Taib

KLIK BACA: Kita berada pada zaman yang menakutkan – Tun Mahathir

MESTI BACA: Sanusi: Tun Mahathir cuba tegur tapi seperti mencurah air di daun keladi

KLIK BACA: 29 Dalil Kesalahan-kesalahan krusial Kit Siang

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share