Mayat Anthony Kevin Morais ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, Rabu lepas.

Polis sedang mencari dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata mereka ialah M. Vishwanath, 24; dan R. Dinishwaran, 22.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki itu boleh menghubungi mana-mana balai polis atau pegawai penyiasat di talian 012-3482737,” katanya ketika dihubungi.

Tujuh individu ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes itu.

Mayat Morais, 55, ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat Kuala Lumpur, Rabu lepas.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana bernombor pendaftaran WA6264Q. – Bernama

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE