CALIFORNIA – Google telah melancarkan logo baru untuk perkhidmatan carian terasnya dalam satu kenyataan rasminya pada Selasa.

Perubahan ini sekaligus menjadikan logo terbaru organisasi teknologi itu lebih terkini dan mesra, tetapi mengekalkan bentuk asal yang membentuk logo berdasarkan nama Google berwarna-warni.

Perubahan itu dikatakan perlu kerana orang ramai kini mencapai Google pada banyak peranti mudah alih dan bukan hanya komputer desktop konvensional.

Perkembangan terbaru ini berlaku selepas Google baru-baru ini diletakkan di bawah salah satu bahagian di bawah satu payung syarikat yang dikenali sebagai Alphabet.

Menurut kenyataan syarikat gergasi itu, logo terbaru ini memiliki banyak variasi dan akan kelihatan lebih baik pada skrin yang berbeza saiz, bergantung kepada penggunaan perkhidmatan Google oleh pengguna. .

Google mengumumkan perubahan tersebut dalam satu kenyataan rasmi di blog mereka lapor The Rakyat Post.

Selain itu, logo baru ini dikatakan lebih ‘simple, tersusun, berwarna-warni, mesra’ yang mewakili perkhidmatan yang terbaik daripada Google.

Kali terakhir Google mengemaskini logonya adalah pada September 2013.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share