Audi R8 yang sinonim dengan watak adiwira Iron Man ini sememangnya jentera yang sangat berkuasa. – Foto Audi R8 / fastestlaps

Dijana enjin berkuasa 5,200 cc, tidak hairanlah ia menjadi pilihan ‘Tony Stark’ sebagai kenderaan rasminya.

Bertempat di Litar Neuberg, enam jentera R8 V10 berwarna biru tersedia untuk diratah wakil media yang sejak awal kelihatan teruja.

Jurutera Audi, Harald Buttner mengenai keupayaan dan teknologi termaju yang terperuk di bawah but belakang kereta selain keselamatan ketika memandu di litar.

Unit pandu uji disediakan berupaya memecut dari kedudukan pegun ke 100 km/j hanya dalam tempoh 3.2 saat manakala kelajuan maksimum direkodkan adalah setinggi 314 km/j, hampir menyamai kelajuan jentera Formula Satu.

Menariknya, jentera ini adalah spesifikasi sama yang ditawarkan Audi di atas jalan raya. – MalaysiaStylo

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share