Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti mengambil cuti serta-merta agar siasatan ke atas penyelewengan 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dijalankan menyeluruh, telus dan berwibawa.

Langkah ini kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad ekoran penyiaran beberapa siri dokumen yang didakwa menunjukkan kemasukan berbilion ringgit ke dalam akaun Najib seperti didedahkan akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Katanya, jika benar, ini amatlah merisaukan dan memberi gambaran buruk terhadap ketelusan Najib dan juga pentadbiran serta sistem perbankan negara.

“Ini ditambah dengan kenyataan panel siasatan Kamar Peguam Negara, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), polis dan Bank Negara bahawa enam akaun bank telah dibekukan selepas pendedahan WSJ. – MalaysiaStylo

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share