SEORANG bekas posmen dilapor meninggalkan isterinya demi wanita lebih muda selepas bergelar jutawan hasil kemenangan perjudian EuroMillions jackpot bernilai £128 juta (RM700 juta).

Adrian Bayford, 44, warga British memenangi judi tersebut pada 2012 sebelum meninggalkan isterinya pada 2013 demi seorang wanita muda iaitu Samantha Burbidge, 28.

Adrian Bayford

Bayford meninggalkan isterinya Gilliana selepas 15 bulan bergelar jutawan.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berbadan gempal terbabit dilapor menghabiskan sebahagian besar wangnya untuk wanita berkenaan yang kini tunangnya.

Mirror Online melaporkan, dalam perkembangan terbaru, Bayford telah membeli 10 ekor kuda dan tanah seluas 35 ekar bernilai £1.5 juta untuk wanita itu bersukan.

Wanita itu juga kini mendiami rumah agam bernilai £6 juta selepas bergelar tunang kepada Bayford. – mStar / Gambar hiasan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share