MIRI – Seorang lelaki bersenjata melarikan wang berjumlah RM474,000 dari Pusat Komersil Pelita di sini hari ini.

Dalam kejadian petang tadi, lelaki berkenaan bersenjatakan senapang patah bertindak menyerang dua pengawal keselamatan yang mengiringi wang berkenaan daripada sebuah pasar raya ke van keselamatan.

Dipercayai suspek terbabit yang menutup mukanya menyerang pengawal keselamatan berkenaan dari belakang sebelum merampas beg wang tunai itu.

Suspek kemudiannya bertindak melarikan diri menaiki sebuah skuter berwarna ungu tanpa nombor pendaftaran.

Timbalan Ketua Polis Miri, Supt Stanley Johanthan Ringgit berkata, tiada tembakan dilepaskan ketika kejadian, namun pengawal berkenaan mengalami kecederaan.

“Suspek bersenjata dan amat berbahaya. Kami telah mengarahkan semua pihak di kawasan terbabit agar berjaga-jaga dan operasi mengesan suspek giat dijalankan,” katanya.

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share