Articles by "Parlimen"
Memaparkan catatan dengan label Parlimen. Papar semua catatan
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Yang di-Pertuan Agong berpandangan Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat dilaksanakan, iaitu pada tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. - Foto The Star

Najib Razak menyuarakan pelik beliau apabila kerajaan kerana tidak memberi sebarang maklum balas selepas Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan Parlimen bersidang semasa tempoh proklamasi darurat yang berkuatkuasa sehingga Ogos.

“Adalah amat luar biasa bahawa tiada seorang daripada pihak kerajaan pernah memberi apa-apa maklum balas kepada titah Yang di-Pertuan Agong sehingga kini?” soalnya di laman Facebook hari ini.

Pada Rabu, Agong berpandangan Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat dilaksanakan, iaitu pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai olehnya atas nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas menerima menghadap Speaker Dewan Negara Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun di Istana Negara.

“Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Indera Ahmad Fadil Shamsuddin

Sebelum ini FMT melaporkan, bekas Ahli Parlimen Sri Gading Ab Aziz Kaprawi menyifatkan keputusan Agong itu sebagai “mimpi ngeri” buat Muhyiddin, dengan berkata, kerajaan tidak lagi boleh bertindak sewenang-wenang.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub semalam menggesa Parlimen kembali bersidang supaya keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dapat diputuskan secara muktamad.

Katanya, gabungan kerajaan itu sepatutnya tidak lagi menggunakan pandemik Covid-19 sebagai alasan untuk menunda “kejatuhan” kerajaan, yang menurutnya “pasti akan berlaku”.

Dua Ahli Parlimen Umno menarik sokongan mereka kepada PN sebelum darurat diisytiharkan, iaitu Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Shahbudin Husin mempertikaikan keabsahan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin berdasarkan jumlah sokongan Ahli Parlimen dan politik negara - Foto Free Malaysia Today

oleh Shahbudin Husin

Meskipun sudah dua hari berlalu, tapi belum terdengar lagi apa-apa kenyataan atau respon daripada Muhyiddin Yassin dan mana-mana menteri kabinet kerajaan berhubung titah Yang Di-Pertuan Agong membenarkan sidang Parlimen diadakan ketika tempoh darurat.

Berbeza ketika Agong mengisytiharkan perkenan baginda mengenai perlaksanaan darurat sebelum ini, tidak sampai berapa jam saja kemudiannya Muhyiddin terus mengadakan perutusan khas secara langsung menjunjung kasih untuk memperincikan tentang darurat yang dilaksanakan, sambil memberi amaran akan bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang cuba menggugat usaha kerajaan menangani Covid19 dalam tempoh darurat yang diperkenankan itu.

Kenapa kali ini Muhyiddin diam seribu bahasa saja?

Adakah berdiam diri itu tanda beliau tidak setuju dengan titah Agong membenarkan Parlimen bersidang ketika darurat?

Begitu juga dengan menteri-menteri kabinet tebuk atap yang sebelum ini lantang bersuara menyokong darurat dan penggantungan Parlimen serta menganggap mereka yang mempertikaikannya sebagai derhaka, di mana semua mereka sekarang ini?

Sekarang, siapa sebenarnya yang derhaka?

Apa pun, perkara penting yang tersirat di sebalik titah Agong membenarkan Parlimen bersidang ketika darurat ini adalah petunjuk jelas betapa baginda amat mementingkan kestabilan politik negara.

Politik negara yang tidak stabil bukan saja meresahkan rakyat, malah memberi kesusahan kepada mereka kerana politik yang tidak stabil secara langsung menjunamkan situasi ekonomi yang akan menyebabkan ruang mencari makan semakin terhimpit jadinya.

Lebih buruk, rakyat yang lapar perutnya adalah umpama bom jangka yang boleh menyebabkan letusan tanpa amaran pada bila-bila masa.

Salah satu sebab ketidakstabilan politik kerajaan PN sekarang adalah kerana keabsahan Muhyiddin sentiasa diragui, selain kegagalan dan ketidakwibaannya mengurus negara dengan lebih baik, tangkas serta boleh memberi keyakinan kepada rakyat.

Untuk itu, titah Agong membenarkan Parlimen bersidang ketika tempoh darurat, selain menekankan perkenan baginda berkenaan perlaksanaan darurat sebelum ini hanya untuk membendung Covid19, tanpa keraguan menunjukkan Agong ingin mengembalikan semula kestabilan politik negara.

Walaupun Muhyiddin sebelum ini ada memaklumkan bahawa PRU15 akan diadakan sebaik wabak Covid19 reda, namun oleh kerana belum dipastikan bila ia sepenuhnya akan reda, sedangkan keadaan politik terus kacau dan tidak stabil sebelum PRU boleh diadakan, di sinilah pentingnya titah Agong ini difahami semua.

Bersandar kemungkinan wabak Covid19 terus berpanjangan tempohnya, bukan saja mengadakan PRU adalah merbahaya kepada kesihatan rakyat, malah dengan tidak dapat dipastikan bila wabak akan reda, bermakna ketidakstabilan politik juga akan terus berlanjutan lantaran PRU sendiri tiada kepastikan bila boleh diadakan.

Dengan yang demikian, sebelum kestabilan politik boleh diperolehi selepas rakyat membuat pilihan mandat dalam PRU15, Agong dalam hal ini ternampak mahukan politik yang stabil dijelmakan terlebih dahulu melalui Parlimen.

Maka itulah barangkali maksud Agong menitahkan agar Parlimen dibenarkan bersidang.

Muhyiddin selaku Perdana Menteri tidak harus hanya berdiam diri atau buat-buat bisu terhadap titah Agong kali ini.

Jika sebelum ini Muhyiddin selalu pantas menjunjung kasih atas sebarang titah Agong, kali ini bukan saja tidak terkecuali, malah beliau sepatutnya tidak berlengah lagi menghadap ke Istana Negara bagi menentukan tarikh Parlimen dibuka dengan segera.

Apabila Parlimen dibuka, sesuai dengan keabsahan Muhyiddin yang semakin diragui, perkara pertama yang harus dijadikan agenda oleh Speaker ialah membenarkan majoriti undi Perdana Menteri diuji terlebih dahulu.

Tanpa membenarkan keabsahan diuji, apa pun cakap Muhyiddin dalam Parlimen tidak akan dipercayai, malah ucapannya, walau berdoa mengenai Covid19 sekali pun, ia sama saja tarafnya dengan ucapan perutusan khas di kaca TV yang membosankan, di samping kecelaruan politik dalam negara akan berpanjangan lagi.

Keprihatinan Agong membenarkan sidang Parlimen diadakan yang bermaksud untuk mewujudkan kestabilan politik negara, menentukan kedudukan Perdana Menteri yang sah adalah kunci utamanya.

Selepas kedudukan Perdana Menteri selepas diuji, sama ada Muhyiddin kekal lagi atau dijatuhkan dan Perdana Menteri baru ditentukan kemudiannya, kestabilan politik secara autimatik akan menjelma.

Lihat keadaan di Perak setelah Ahmad Faizal Azumu atau Peja ditumbangkan melalui usul undi percaya di DUN negeri, segala-galanya kini sudah jadi tenang bak air di kali.

Politik yang tenang bukan saja membolehkan ketua kerajaan mentadbir dengan lebih baik, bahkan menyenangkan hati rakyat untuk cari makan, meski bukan semua bertuah mampu merobek projek bernilai bilion-bilion ringgit.

Lebih tepat atau mudah difahami, dengan titah Agong ini, hasrat membubarkan Parlimen atau mengadakan PRU hendaklah ditangguhkan dahulu bagi memberi laluan kestabilan politik diwujudkan melalui Parlimen yang tidak memberi ancaman merebaknya Covid19 lantaran telah dipersetujui semua Ahli Parlimen akan disuntik vaksin tidak lama lagi.

Lagi pun, setelah setahun berlalu yang menampakkan terlalu banyak kegagalan dan kecelaruan, bukan bermakna ketika ini menukar kerajaan melalui PRU tidak penting, tetapi jauh lebih penting didahulukan adalah meletakkan seorang Perdana Menteri baru.

Perdana Menteri yang lebih berwibawa dan punya hubungan antarabangsa bagi memberi keceriaan kepada rakyat sebelum mereka turun membuat pilihan dengan lapang dada melalui peti undi sebelum tempoh matang pada 2023 akan datang. 

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Dr Puad Zarkashi - Foto Mole.my

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi menulis di Facebook beliau:

PPBM TELOR DI HUJUNG TANDUK

Nak tanya Muhyiddin, semalam mana yang lebih sakit. Kena cucuk vaksin atau Titah YDP Agong bahawa Parlimen boleh bersidang.

Tiba tiba angka COVID mencanak naik 3545 kes.

Perkara yang paling ditakuti oleh Muhyiddin dan PPBM ialah sidang Parlimen dan PRU. Silap langkah PPBM boleh meninggal.

Kehilangan Johor dan Perak di ketika PPBM amat berkuasa di Kerajaan pusat menghiris hati pemimpin PPBM.

PPBM memang runsing bila 147 Ketua UMNO Bahagian menolak kerjasama dengan PPBM.

Itu bermakna UMNO tetap bertanding di 16 kerusi lompat dari UMNO ke PPBM.

Maka apa yang tinggal untuk PPBM. Pagoh sendiri belum tentu dapat dipertahankan.

Apa jaminan bukan Melayu akan mengundi PPBM?

PPBM bukan parti akar umbi. Tun M rancang jika PH berkuasa, Cawangan UMNO automatik jadi cawangan PPBM.

Sekarang apa jadi? Boleh tanya tak, berapa cawangan PPBM di 16 kerusi lompat. Contoh Larut dan Mersing.

Saja tanya. Jangan saman pula.

DR. PUAD ZARKASHI

Ahli MT UMNO

PPBM TELOR DI HUJUNG TANDUK Nak tanya Muhyiddin, semalam mana yang lebih sakit. Kena cucuk vaksin atau Titah YDP Agong...

Posted by DrPuad Zarkashi on Wednesday, February 24, 2021
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Kenyataan media Presiden PKR, Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kes Malaysiakini didenda kerana komen pembaca dan penerbit buku Memoir Tommy Thomas - Foto MKini

oleh Anwar Ibrahim 

Saya terkesan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini terhadap laman berita Malaysiakini atas sebab menghina mahkamah dan juga denda yang melampau tinggi yang dikenakan terhadapnya.

Serbuan pihak berkuasa terhadap Gerakbudaya dan tindakan merampas sebahagian dari komputer mereka adalah juga memprihatinkan.

Kebebasan bersuara adalah tiang seri dan elemen terpenting dalam mana-mana sistem masyarakat yang demokratik.

Kesemua cabang pemerintah adalah bertanggungjawab dalam memelihara dan melindungi kebebasan bersuara sepertimana yang diperteguh di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam perkara terkait penghinaan terhadap mahkamah dan subjudis, kita boleh bersetuju dengan sudut pandang Majlis Peguam bahawa mesti wujud keseimbangan antara pemeliharaan prinsip kebebasan bersuara dan penegakan hukum yang jelas.

Dalam masa yang sangat singkat Perikatan Nasional mengemudi negara, tampaknya terdapat serangan yang berterusan ke atas kebebasan bersuara dan kebebasan media, termasuk penyiasatan dan gangguan terhadap para wartawan, para pemuka masyarakat madani, ahli-ahli Parlimen dan kini badan-badan berita yang bebas.

Pemerintah yang kuat dan yang punyai keyakinan terkait keabsahan mereka tidak mungkin akan berkelakuan seperti ini.

Apa yang kita dihadapkan hari ini adalah sikap sebuah kerajaan yang lemah yang sentiasa mencari jalan untuk mengelak dari masyarakat umum dan kebertanggungjawaban dalam bentuk Pengisytiharan Darurat, penggantungan Parlimen dan serangan yang berterusan terhadap media yang bebas.

Malaysiakini tidak dituduh kerana melaporkan berita palsu, tetapi mereka dihukum kerana komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna-pengguna internet yang tidak dikenali di laman berita mereka.

Taktik semacam ini pernah dilakukan oleh banyak kerajaan di seluruh dunia, dan ini adalah tanda-tanda bahawa Malaysia sedang bergerak pantas ke arah kediktatoran.

Tindakan ini hanya akan merobek kepercayaan dan keyakinan dalam soal penegakan negara hukum di Malaysia dan akan menjauhkan lagi para pelabur asing dari negara ini.

Saya terharu dengan dukungan rakyat terhadap Malaysiakini saat ini. Majoriti rakyat Malaysia senantiasa komited dalam memperteguh dan mempertahankan prinsip-prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan.

ANWAR IBRAHIM

19 Februari 2021.

*Kenyataan media di atas diambil dari laman Facebook Anwar Ibrahim tidak semestinya mewakili pandangan MalaysiaStyloNews.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian

TABEK SPRING UNTUK AZALINA Memang salute kepada Datuk Azalina. Pertama menyatakan pendirian tegas bahawa legislatif...

Posted by DrPuad Zarkashi on Wednesday, February 17, 2021
Kenyataan terbuka Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Puad Zarkashi di laman Facebook beliau - Foto New Straits Times

oleh Puad Zarkashi

Memang salute kepada Datuk Azalina. Pertama menyatakan pendirian tegas bahawa legislatif lumpuh bila Parlimen digantung.

Kedua, Azalina hantar surat kepada Peguam Negara dengan peringatan, tugas Peguam Negara ialah menjadi penasihat perundangan yang bebas kepada Kerajaan.

Peguam Negara mesti tidak takut dan tidak memihak. Mesti saksama (impartial). Justeru dia mahu AG beri nasihat perundangan yang telus kepada Perdana Menteri.

Beranikah AG? Semoga TS Idrus Harun ada hati nurani yang kuat. Kita tidak mahu Tommy Thomas 2.0.

Azalina juga mahu Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committees) berfungsi ketika darurat. Betulkah Peguan Cara Negara tidak setuju?

Azalina turut cadang supaya Kabinet sekarang digantung dan diganti dengan “Kabinet Khas Darurat” yang fokus kepada kementerian yang relevan sahaja.

Sekarang “Eksekutif” termasuk Jamaah Menteri terlalu bebas mentadbir negara. Tiada pertanggungjawaban Parlimen. 

Siapa boleh persoal bila kuarantin Menteri balik dari luar negara dikurangkan kepada 3 hari dari 10?

Agaknya itu sebab Rina Harun boleh buat kerja sambilan dan pejabatnya jadi tempat sesi fotogarfi menjadi model. Kalau ada Select Committee, Rina mungkin dihadapkan ke Jawatankuasa Pilihan Khas.

Inisiatif Azalina wajar dipuji dan disokong. Tetapi kuncinya ialah PM. Muhyiddin yang “mengkucar-kacirkannya”.

Beranikah AG?

DR PUAD ZARKASHI, AHLI MT UMNO

17 Februari 2021.

*Kenyataan MT Umno di atas diambil dari Facebook beliau tidak semestinya mewakili pandangan MalaysiaStyloNews.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Muhyiddin Yassin ketika menghadiri sidang dewan rakyat Parlimen - Foto ihsan BorneoPost

Pemerhati politik berpendapat, persidangan Dewan Rakyat boleh diteruskan, sekiranya anggota parlimen tidak mempunyai motif politik dan hanya memfokuskan isu rakyat.

Penganalisis politik Azmi Hassan, masalah timbul apabila persidangan Parlimen digunakan untuk menekan keabsahan kerajaan yang didakwa sudah hilang majoriti.

“(Persidangan Parlimen) tak jadi masalah. Masalahnya apabila ia digunakan untuk tujuan politik bukan untuk semak dan imbang bagi tangani pandemik (Covid-19).

“Tetapi untuk tekan perdana menteri supaya letak jawatan, bubar parlimen, (dcengan alasan) kerajaan tak cukup majoriti dan sebagainya,

"Sekiranya setiap anggota parlimen dapat mengemukakan surat akujanji untuk tidak membahas soal isu keabsahan kerajaan, maka tidak mustahil persidangan boleh diteruskan.

“Kalau ahli parlimen boleh buat surat akujanji supaya sidang diadakan dan mereka tidak akan biarkan ia gelumang dengan agenda politik. Jadi tak perlu digantung (persidangan Dewan Rakyat).

“Kita perlukan anggota parlimen untuk membahas isu kesihatan awam dan cara penyelesaian untuk tangani isu tersebut,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Bekas pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof Dr Jeniri Amir, dilapor Malaysiakini turut berpendapat, persidangan Parlimen boleh diadakan sekiranya wakil rakyat fokus untuk hanya membahaskan lima isu utama, iaitu isu Covid-19, keselamatan, pendidikan, rakyat, dan polisi.

Prof Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya menjelaskan, amat wajar sidang Dewan Rakyat dilaksanakan secepat mungkin.

“Rakyat sendiri berasa pelik kerana banyak pembukaan pelbagai sektor dibenarkan namun parlimen yang khusus 222 ahli parlimen tidak dibenarkan. Akibat daripada ini ramai beranggapan tindakan ini lebih bermotif politik.

“Sebaliknya jika tak mahu laksana sidang Parlimen yang akan timbulkan isu seperti perdana menteri dan Perikatan Nasional (PN) cuba elak berdepan isu keabsahan,” katanya dipetik Malaysiakini.

Pemerhati politik Arif Anwar Lokmanol Hakim pula berkata, tiada masalah sekiranya kerajaan ingin meneruskan sidang Parlimen tetapi ia terletak di tangan Muhyiddin.

Ketika ini, negara berada di bawah darurat susulan pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 12 Jan lalu bagi membendung pandemik Covid-19 di negara ini. Ia berkuat kuasa dari 11 Jan hingga 1 Ogos nanti.

Susulan itu, sidang parlimen, dewan undangan negeri (DUN) dan pilihan raya - termasuk pilihan raya umum, negeri atau kecil - tidak akan diadakan sepanjang perintah darurat berkuat kuasa.

Bagaimanapun, pengkritik menuduh Muhyiddin menggunakan darurat untuk terus berkuasa setelah didakwa hilang majoriti di Dewan Rakyat.

Perkembangan itu juga hadir ketika beberapa wakil rakyat Umno menarik semula sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Anggota Parlimen BN, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) sebelum ini mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan diikuti Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) serta Nazri Aziz (Padang Rengas).
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Dr Mahathir ketika program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar anjuran Sinar Harian - Foto Rosli Talib & Asril Aswandi Shukor

Pengisytiharan darurat untuk mengawal penularan Covid-19 di negara ini tidak perlu sama sekali kerana undang-undang sedia ada mencukupi bagi menangani situasi itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak nampak sebab perlu ada kuasa lain selain daripada undang-undang sedia ada.

"Saya tidak nampak ada kuasa yang lebih kerana setakat yang saya lihat dan saya tahu kita tidak perlu kepada kuasa yang lebih daripada kuasa yang sudah diperuntukan oleh undang-undang sedia ada (isytihar darurat).

"Kalau kita kaji kita akan dapati bahawa semua tindakan itu mengikut undang-undang. Selepas diisytihar darurat pun tak ada tindakan yang lebih daripada apa diperuntukan oleh undang-undang biasa.

"(Jadi) darurat itu tidak perlu sama sekali," katanya pada program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, apabila kerajaan mengisytiharkan darurat, ia secara tidak langsung menjadikan undang-undang biasa tidak lagi terpakai.

Katanya, disebabkan keputusan yang diambil kerajaan itu, ia menyekat banyak perkara termasuk Parlimen tidak boleh bersidang.

"Jadi tindakan itu bukan sahaja tidak boleh disoal dalam Parlimen dan mahkamah sendiri. Ini bermakna kebebasan, hak rakyat sudah dirampas oleh kerajaan," katanya. - Sinar Harian

MESTI BACA: "Selepas Vaksin, Darurat Politik, Takda Alasan Lagi Gantung Parlimen," Kata Rafidah Aziz

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Cabang legislatif telah dilumpuhkan akibat keputusan eksekutif untuk menggantung Parlimen, kata Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azalina Othman Said dalam sepucuk surat kepada Peguam Negara Idrus Harun.

Menurut Azalina, ia menyebabkan cabang eksekutif seolah-olah mentadbir secara bebas dalam hal ehwal negara dan tidak dipertanggungjawabkan kepada Parlimen.

Idrus adalah abang kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

Malaysiakini melaporkan dalam surat itu, Azalina berkata dia bingung mengapa Malaysia sama ada tidak dapat atau tidak mahu berusaha melaksanakan sidang Parlimen seperti negara lain, seperti dengan mengurangkan penyertaan ahli Parlimen, menggunakan waktu sidang yang anjal, mahupun menyiarkan persidangan kamar khas.

Azalina memetik Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan "jemaah menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen".

"Saya perltu tekankan bahawa pertanggungjawaban kementerian (ministerial responsibility) dalah penting dalam sistem Parlimen kerana ia menjamin kebertanggungjawaban kerajaan kepada legislatif, dan maka, kepada pengundi secara keseluruhan," katanya.

"Seolah-olah itu belum memadai, Pejabat Peguam Negara juga telah menasihati kerajaan, dan saya perlu tambah secara membatas, yang semua kegiatan jawatankuasa di Parlimen termasuk jawatankuasa pilihan khas tidak boleh lagi diteruskan walaupun jika dibuat secara maya," katanya lagi.

Azalina yang juga ahli Parlimen Pengarang berkata lagi, nasihat yang dibuat oleh Peguam Cara Negara II Siti Zainab Omar itu menghalang ahli Parlimen yang menganggotai jawatankuasa tersebut daripada menyiasat atau meneliti isu-isu berkaitan.

Azalina berkata lagi, penggantungan Parlimen membangkitkan beberapa soalan, antaranya bagaimana eksekutif akan dipertanggungjawabkan dalam keputusan yang dibuat, dan apakah sebab untuk turut melarang jawatankuasa khas daripada meneruskan tugas mereka.

"Bagaimana untuk ada Kabinet yang berfungsi sepenuhnya jika tiada cara menjalankan pertanggungjawaban kementerian? Mengapa tiada Kabinet Khas Darurat?"

Azalina berharap Idrus dapat menimbang untuk menasihatkan agar Kabinet sekarang digantung dan digantikan dengan Kabinet Khas Darurat yang hanya merangkumi kementerian yang relevan pada masa ini.

"Kabinet Khas Darurat ini boleh dibenarkan untuk berfungsi dengan kuasa terhad sehinggalah Darurat tidak lagi dikuatkuasakan.

"Pada masa sama, jawatankuasa parlimen khas yang dianggotai ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang boleh dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang antara lain untuk melaksanakan pertanggungjawaban kementerian dan melaksanakan semak dan imbang yang perlu," katanya lagi.

Surat itu turut dihantar kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Harun, Ketua Whip Perikatan Nasional Azmin Ali, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Penasihat Lembaga Penasihat BN Najib Razak dan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) Shahidan Kassim.

Surat bertarikh hari ini itu dikongsi Azalina di Twitternya.

Berita penuh sumber: Malaysiakini


Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Muhyiddin dan kerajaan memfailkan permohonan itu atas alasan tuntutan saman Khairuddin berkaitan Darurat. - Foto Bernama

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Malaysia memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula bekas penyelaras Parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mencabar tindakan Perdana Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi mengekang penularan COVID-19.

Muhyiddin dan kerajaan sebagai defendan pertama dan kedua memfailkan permohonan itu menerusi Peguam Persekutuan hari ini atas alasan tuntutan saman tersebut mengaibkan, remeh, menyusahkan dan suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

Peguam Cara Negara Datuk Abdul Razak Musa, menerusi afidavit sokongan difailkan bersama permohonan itu berkata tiada sebarang bukti dalam permohonan Khairuddin, selaku plaintif mahupun afidavit sokongannya yang menyokong penegasan plaintif bahawa Muhyiddin telah hilang kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Menurut Abdul Razak, plaintif juga gagal mengenal pasti hak umum dan hak persendirian atau kepentingan undang-undang plaintif yang telah dinafikan lanjutan daripada nasihat defendan pertama itu atau kerugian dialami secara peribadi akibat nasihat berkenaan dan isu atau kontroversi di antara diri plaintif dengan kedua-dua defendan yang memerlukan keputusan daripada mahkamah.

"Saya sesungguhnya percaya dan menyatakan permohonan plaintif adalah sia-sia dan membazirkan masa mahkamah kerana hanya mengandungi persoalan semata-mata tanpa matlamat yang sahih dan tidak memberikan manfaat kepada mana-mana pihak.

"Permohonan plaintif juga adalah salah di sisi undang-undang dan tidak bermerit," katanya menerusi afidavit sokongan itu.

Pada 18 Jan lepas, Khairuddin memfailkan saman pemula itu antara lain memohon mahkamah memutuskan empat persoalan undang-undang dan keperlembagaan bahawa pengisytiharan Proklamasi Darurat tersebut adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan.

MESTI BACA: "Selepas Vaksin, Darurat Politik, Takda Alasan Lagi Gantung Parlimen," Kata Rafidah Aziz

Pada 12 Jan lepas, Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos 2021 sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19.

Muhyiddin, pada hari sama, menjelaskan bahawa Jemaah Menteri telah menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan proklamasi darurat bagi seluruh negara mengikut Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa mulai 11 Jan hingga 1 Ogos 2021.

Antara lain, Perkara 150 (1) memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat jika baginda berpuas hati suatu darurat besar sedang berlaku menyebabkan keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan terancam.

Pandemik COVID-19 kini menjadi ancaman besar terhadap kehidupan ekonomi rakyat di negara ini. - BERNAMA

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Lim Guan Eng - DAP dan Mohamad Sabu - Amanah sokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim merayu Agong menarik balik perisytiharan darurat serta sidang Parlimen diadakan segera. - Foto Twitter

Presiden Amanah Mohamad Sabu menjelaskan pemimpin Pakatan Harapan (PH) bersetuju dengan keputusan Anwar Ibrahim menghantar senarai Ahli Parlimen menolak pelaksanaan darurat dan Parlimen bersidang segera kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Tindakan Anwar menghantar nama-nama majoriti MP (Ahli Parlimen) yang menyokong beliau kepada Agong dan tindakan tiga ADUN dari Johor, Perak dan Kedah menyaman Muhyiddin Yassin atas nasihat yang salah untuk dilaksanakan darurat adalah keputusan bersama PH,” tulisnya di Twitter.

Kenyataan Mohamad atau Mat Sabu itu menyusul selepas polis berkata, mereka sedang menyiasat Anwar berhubung kenyataannya merayu Agong membatalkan perisytiharan darurat.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Anwar difahamkan telah menghantar senarai 99 Ahli Parlimen, terdiri daripada PH, Pejuang dan beberapa parti di Sarawak kepada Agong pada 19 Jan lalu, sementara Warisan menghantar senarai berasingan.

Pada 14 Jan lalu, Anwar memaklumkan beliau sudah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah membatalkan pelaksanaan darurat dan sidang Parlimen segera diadakan.

Ia disusuli tindakan Anwar memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung peranan perdana menteri dalam perisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen pada 25 Jan lalu.

Selasa lalu, tiga wakil rakyat PH memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap peranan perdana menteri dalam perisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen serta semua Dewan Undangan Negeri.

Pada 12 Jan lalu, Agong memberi perkenan darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos atau lebih awal, jika angka kes Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Anwar pada 23 Jan lalu mendakwa 114 atau 115 Ahli Parlimen menolak usul darurat daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, jumlah itu mencukupi dan meminta Agong mempertimbangkan usul itu serta segera memanggil Parlimen bersidang.