Articles by "Kereta"
Memaparkan catatan dengan label Kereta. Papar semua catatan
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
KUALA LUMPUR, 29 Jan -- Proton Holdings Bhd menyasar untuk menggandakan jualan eksportnya dalam tempoh 12 bulan dengan mengandaikan aktiviti eksport tidak terjejas oleh sekatan untuk mengawal pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

Syarikat itu berkata sasaran tersebut ditetapkan selepas aktiviti besar-besaran pada Disember 2020, termasuk bermulanya operasi pemasangan tempatan di Kenya dan pelancaran Proton X70 di Pakistan yang menyaksikan sumbangan pertumbuhan jualan eksport sebanyak 50 peratus berbanding jualan tempatan hanya sebanyak 8.8 peratus.

“Model yang akan menerajui pertambahan jualan adalah model Proton paling popular, Proton Saga, diikuti Proton X70 dan Proton X50 yang akan diperkenalkan ke pasaran antarabangsa secara beransur-ansur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah bahagian antarabangsanya Steven Xu berkata Proton perlu meningkatkan jumlah pelanggannya dan mencari peluang jualan di negara lain dalam usaha untuk berkembang pada masa depan, walaupun pada masa sama menerajui jualan di pasaran tempatan adalah matlamat utama.

“Pasaran eksport adalah penting bagi mencapai matlamat jangka panjang Proton untuk menjadi jenama automotif ketiga terlaris di ASEAN menjelang 2027,” katanya.

Beliau berkata syarikat automotif itu telah berjaya meningkatkan jumlah eksportnya, memasuki pasaran baharu seperti Kenya dan melancarkan Proton X50 di Brunei hampir dua bulan setelah pelancarannya di Malaysia, oleh itu terdapat banyak perkara positif yang harus diambil kira pada tahun ini.

“Proton Saga kekal menjadi model popular di kebanyakan negara kerana ketahananya, lebih praktikal dan lebih nilai untuk wang, justeru untuk menaik taraf imej jenama kami, adalah penting untuk model baharu kami dieksport,” katanya.

Mengenai kerjasama dengan rakan niaga asing, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata rangkaian produk terbaharunya dan yang dikembangkan bersama dengan Geely memberikan peluang dengan membuka pemilikan ke lebih banyak negara dan mencari pasaran siap di banyak negara.

"Dengan bekerja sama dengan rakan kongsi asing, kami berhasrat untuk menyampaikan mesej secara konsisten di semua pasaran eksport kami dan akhrinya, ini akan menjadikan jenama ini lebih mudah untuk berdiri di lebih banyak negara," katanya. - Bernma
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Klip video yang dikongsi dalam talian menunjukkan sebuah SUV dipandu melawan arus di sebuah lebuh raya Butterworth.

GEORGE TOWN: Polis sedang menyiasat satu klip video menunjukkan sebuah kereta dipandu melawan arus di sebuah lebuh raya di Butterworth.

Klip video itu dipercayai dirakam seorang penunggang motosikal di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad berkata, tarikh dan masa kejadian itu belum dapat ditentukan.

Dipercayai, pemandu itu cuba mengelak satu sekatan jalan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Katanya, kenderaan dalam video itu dilihat melawan arus di laluan kira-kira KM2.5 lebuh raya itu, di mana sekatan jalan untuk memeriksa perjalanan rentas daerah diadakan.

Shafee berkata, penyiasat sedang memeriksa rakaman CCTV lebuh raya itu untuk mendapatkan gambaran lebih jelas nombor pendaftaran kenderaan itu.

“Kami akan mengesan kereta itu dan mereka yang menyaksikan kejadian itu diminta hubungi polis,” katanya seperti dilapor portal FMT.

KLIK BACA: Datuk Seri Bergaduh Dengan Datuk Sampai Parking Helikopter Depan Rumah

KLIK BACA: 70 menteri tertinggi dalam sejarah Msia dan dunia tak berfungsi??? - Raja Bahrin

KLIK BACA: Anggota Polis IPD Klang meninggal dunia ketika jalani kuarantin COVID-19 di rumah

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
 Ferrari terbakar di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Seberang Jaya - Foto The Star
Keadaan Ferrari 430 yang hangus terbakar dalam kejadian di susur keluar Permatang Pauh dekat Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Seberang Jaya - Foto Ihsan JBPM 

BUTTERWORTH: Sebuah kereta mewah Ferrari 430 hangus terbakar di susur keluar Permatang Pauh dekat Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Seberang Jaya, di sini, petang tadi. 

 Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pemandunya sempat menyelamatkan diri. 

 Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.08 petang berhubung kejadian itu.

 "Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dengan bantuan BBP Penanti bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi memadamkan kebakaran.

 "Ketika tiba didapati Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela (PBS) Sungai Puyu sudah memadamkan kebakaran terbabit. 

 "Siasatan mendapati kereta mewah itu mengalami kemusnahan sehingga 80 peratus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pemandunya berjaya menyelamatkan diri," katanya dalam kenyataan seperti dilapor NSTP.
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
LONDON: Japanese carmaker Honda said it would halt output at its British factory from Monday to Thursday next week due to Covid-19 related global supply chain issues, the latest production suspension in recent weeks. “The situation is currently being monitored with a view to restart production on Friday Jan 22,” the company said in a statement. Honda also stopped car output for a few days in December as some major container ports, such as Felixstowe, struggled to cope with disruption caused by Covid-19, pre-Brexit stockpiling and Christmas. A further stoppage occurred at the start of January. On Friday, Honda said its domestic output could be affected by a shortage of semiconductors as automakers and electronic makers face a lack of chips while consumer demand has been bouncing back from the pandemic. In Britain, the firm made just under 110,000 Civic cars in 2019 but is due to permanently close the site this year. - Reuters