Articles by "Google News Tag"
Memaparkan catatan dengan label Google News Tag. Papar semua catatan
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bersedia menemui Nur Sajat untuk membimbingnya yang didakwa berhasrat keluar dari agama Islam. - Foto Astro AWANI

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya smemberi perhatian kepada masalah Nur Sajat yang didakwa merancang keluar dari agama Islam atau Murtad; dan yakin semua pihak memandang serius apa yang berlaku.

Mapim mengulas tindakan usahawan kosmetik, Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang memuatnaik status seolah-olah mahu keluar daripada Islam.

Tindakan tersebut dipercayai ada kaitan dengan waran tangkap yang dikeluarkan ke atasnya selepas gagal hadir dalam sebutan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, 23 Februari lalu berkenaan kes berpakaian wanita di majlis agama anjurannya.

Kenyataan Media MAPIM.

DEMI masa depan dan maruah Islam, kami bersedia bersua dengan saudara Sajat, yang mengikut video yang tular, menyatakan mahu keluar daripada Islam.

Kami amat insaf akan kekhilafan yang berlaku dan mengambil perhatian mengenai apa yang dinyatakan itu.

Kami yakin semua pihak dalam masyarakat Islam memandang berat dengan insiden ini dan umumnya merasa sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku.

Kami bersimpati kepada semua pihak yang mahu menyelesaikan isu ini dan berharap dapat mengawal keadaan agar isu ini dikendalikan dengan sebaik mungkin dan dengan hikmah.

Jalan keluar dengan menghormati tanggungjawab pihak berkuasa dan mengguna pendekatan kasih sayang dan mendidik secara penuh hikmah perlu dilakukan.

Sesungguhnya, apa yang mahu dicapai ialah Sajat, dengan penuh keinsafan, kekal dalam Islam.

Kami sangat yakin Sajat melafaz pernyataan tersebut dalam keadaan tertekan dan emosi yang tidak terkawal dan tidak dari lubuk hati yang sebenar.

Dalam hal ini, kami juga sangat berharap agar masyarakat Islam tidak menambah rumit keadaan.

Inilah saatnya seluruh masyarakat menterjemah rasa kasih sayang antara satu sama lain dan menyelamatkan saudara seagama agar kembali saling bantu- membantu demi kebaikan dan ketakwaan.

Kami memanjangkan tangan silaturrahim kepada Sajat bahawa beliau insan yang perlu bersama diselamatkan dalam menjalani ujian kehidupan yang sangat mencabar di zaman ini.

Kefahaman Sajat mengenai tanggungjawab pihak berkuasa sangat perlu dijelaskan dan kami berharap ada komunikasi yang lancar berlaku untuk mengelakkan salah faham antara dua pihak.

Sebagai badan Islam kami berasa sangat bertanggungjawab untuk turut berperanan menangani isu seperti ini dengan hikmah dan mencari titik penyelesaian yang baik.

Demi Islam dan demi maruah dan kesucian Islam kami dengan penuh harapan dan berdoa agar Sajat menjadi insan yang menyumbang kepada agama, bangsa dan negara dan tidak bertindak keluar Islam.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed. Foto Bernama

Polis mempertahankan tindakan anggotanya yang menggeledah rumah didiami Jufazli Shi Ahmad untuk mendapatkan bahan bukti membantu siasatan di Taman Bukit Segar Cheras, Kajang pada 26 Februari lalu.

Kenyataan pihak polis itu dibuat ekoran penularan video klip berdurasi empat minit 30 saat itu yang tular dalam media sosial di mana selepas kehadiran anggota dan pegawai polis dipertikaikan oleh individu yang berada di rumah tersebut.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, klip video itu memaparkan seorang individu dipercayai Jufazli yang mempertikaikan tindakan polis dengan meminta waran tangkap dan waran geledah semasa pemeriksaan polis di kediamannya.

“Tindakan serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak polis dalam isu ini adalah mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub serta siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

“Tindakan itu juga diambil berlunaskan peruntukan di bawah Seksyen 248 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya jangan terpengaruh dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini seperti dilapor Malaysia Gazette.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat - Foto Sinar Harian

Dalam perkembangan sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor,  Datuk Fadzil Ahmat pula menegaskan, semasa kejadian, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Sepang telah melakukan serbuan di rumah berkenaan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia

Dalam proses siasatan itu, polis dikehendaki mengesan seorang individu dikenali sebagai Jufazli Shi Ahmad yang diperlukan bagi bantu siasatan namun sejak kes dilaporkan, beliau gagal tampil berjumpa pegawai penyiasat walaupun dipanggil beberapa kali.

“Saya menegaskan tindakan yang dilakukan pasukan penyiasat mengikut peruntukan undang-undang dan kuasa-kuasa yang menyiasat yang ditetapkan dan menafikan dakwaan individu itu bahawa polis lalukan serbuan tidak mengikut peruntukan undang-undang.

“Pada malam itu, polis menunggu hampir 30 minit di hadapan pintu rumah namun dia gagal dan tidak memberi kerjasama walaupun polis memperkenalkan diri.

“Akhirnya kami tiada pilihan lain dan terpaksa masuk bagi memastikan siasatan dan pengesanan barang-barang kes berkaitan dibuat.

“Kemungkinan barang-barang kes ini sudah dilenyapkan, tindakan rampasan dan pengeledahan sepertimana diperuntukkan dalam Seksyen 248 AKMM bahawa pengeledahan dan penyitaan tanpa waran oleh polis yang tidak berpangkat rendah daripada inspektor,” tegasnya dipetik Malaysia Gazette.

Polis Selangor terpaksa memcah pintu rumah Jufazli Shi Ahmad bagi mendapatkan bahan bukti - Foto OhMedia.my

Untuk rekod, bekas ahli DAP dari Sabah Jufazli Shi Ahmad pernah ditahan polis di rumahnya pada Mac, 2019.

Dalam siaran langsung di Facebooknya pada masa kejadian, Jufazli menunjukkan sekurang-kurangnya 4 anggota polis tiba di rumahnya untuk menahan beliau.

Katanya, beliau enggan mengikuti pihak polis kerana mereka tidak mempunyai waran tangkap.

Portal Free Malaysia Today melaporkan sekurang-kurangnya 1 laporan polis dibuat terhadap Jufazli kerana didakwa “menyerang secara lisan” Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu video berdurasi 58 minit, beliau menuduh Mahathir melakukan pelbagai jenayah, termasuk rasuah, salah guna kuasa dan membuat pakatan sulit dengan presiden PAS Hadi Awang dan bekas ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud.

“Saya tidak akan memberikan kerjasama penuh kepada polis jika mereka tidak mematuhi undang-undang dan prosedur mereka sendiri,” katanya dipetik FMT dalam video tersebut.
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Penghargaan kepada Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci akan disampaikan oleh Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier di Istana Bellevue pada 19 Mac ini. - Facebook@COVIDDecoded1

Nama saintis Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci mungkin satu ketika dulu begitu asing bagi masyarakat dunia.

Namun segalanya berubah selepas pasangan itu berjaya menghasilkan ‘penawar’ kepada pandemik COVID-19.

Kejayaan pengasas syarikat farmaseutikal BioNTech itu menghasilkan vaksin COVID-19 pertama dengan keberkesanan lebih 90 peratus dianggap satu perkembangan baharu dalam dunia perubatan, khususnya dalam melawan pandemik yang meragut lebih 2.5 juta nyawa di seluruh dunia, setakat ini.

Susulan sumbangan mereka, Pejabat Presiden mengumumkan pasangan suami isteri itu akan menerima Darjah Kebesaran Merit oleh Republik Persekutuan Jerman.

Menurut kenyataan, Sahin, 56, dan Tureci, 54, dianugerahkan Darjah Kebesaran Merit Komandan Kesatria, iaitu salah satu penghormatan tertinggi yang diberikan oleh Jerman.

Penghargaan tersebut akan disampaikan oleh Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier di Istana Bellevue pada 19 Mac ini.

“Dengan pembangunan vaksin COVID-19 yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa, Tureci dan Sahin memberikan sumbangan besar dalam membendung penularan COVID-19.

“Kedua-dua saintis itu menghubungkan penyelidikan asas perubatan dengan menterjemahkan untuk penggunaan praktikal,” demikian menurut kenyataan itu dipetik Astro AWANI.

Sahin dan Tureci menubuhkan syarikat BioNTech di Mainz, Jerman pada 2008.

Vaksin Pfizer menggunakan teknlogi baharu mRNA sintetik (asid ribonukleik pengutus) yang menghantar arahan genetik kepada sel manusia untuk membina sebahagian daripada koronavirus.

Molekul mRNA berada dalam partikel lemak untuk melindunginya, tetapi ia mudah terurai lebih cepat berbanding vaksin biasa. Oleh sebab itu, ia memerlukan simpanan suhu ultra-rendah.

Setakat ini, Malaysia antara negara yang menerima vaksin Pfizer, dengan penghantaran kumpulan pertama sebanyak 312,390 pada 21 Februari lalu.

Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci pencipta vaksin Covid-19 - Foto agensi 

Tahukah anda, vaksin Pfizer adalah hasil usahasama syarikat milik Dr Ugur Sahin, seorang pakar onkologi dengan PhD dalam bidang ‘oncology chemotherapy’. 

Beliau telah mengabdikan hidup mereka dalam bidang onkologi dan penyakit berjangkit. Bahkan sudah bertahun-tahun dalam penyelidikan rawatan imunoterapi khusus untuk penyakit kanser.

Dalam mausim pandemik Covid-19 ini mereka memutuskan untuk mencipta satu vaksin yang boleh mencegah daripada jangkitan virus Covid-19 ini.

Pengasas Vaksin Pfizer ini merupakan orang Turki yang beragama Islam. Dr Ugur Sahin yang berhijrah ke Jerman semasa usia masih kecil dan belajar bersama-sama seorang doktor wanita iaitu Dr Ozlem Tureci yang juga berketurunan Turki.

Difahamkan, vaksin ini menggunakan teknologi mRNA iaitu bebas daripada khinzir dan ia hasil daripada penyelidikan di syarikat BioNTech milik beliau dan syarikat Pfizer. Pada asalnya, makmal ini hanya menumpukan kajian imunoloterapi dalam pasakit kanser.

Memetik daripada laporan CNN mengatakan bahawa 90 peratus daripada calon sukarelawan vaksin Pfizer berkesan menggunakan ubat ini sebelum dipasarkan ke dunia.

“Saya rasa mesej ini sangat penting untuk masyarakat dunia tentang kepentingan vaksin ini sangat berkesan untuk mencegah Covid-19,” jelasnya pada wartawan CNN.

Untuk pengetahuan anda, pasangan suami isteri ini antara individu yang terkaya di Jerman dengan nilai aset sebanyak RM 20 billion. Menariknya, walaupun mereka adalah billionair, namun mereka tidak memiliki kereta dan hanya menggunakan basikal untuk ke tempat kerja.

Dr Sahin dan Dr Tureci sama-sama menanam minat untuk penyelidikan tentang kanser dan imunisasi badan manusia.

Sehubungan dengan itu, BioNtech telah menugaskan 500 kakitangannya untuk berganding bahu bersama-sama dua pasangan ini untuk mengkaji vaksin yang bersesuaian untuk melawan Covid-19.

Menurut Dr Sahin, tujuan BioNTech berkolaborasi bersama Pfizer adalah untuk meningkatkan produksi vaksin ini dan berharapdapat menghasilkan 1.3 millian dos pada akhir tahun 2021 ini.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Alor Setar: Jurutera sebuah syarikat di Kulim Hi Tech dekat sini, kerugian RM20,000 selepas menerima mesej WhatsApp daripada lelaki yang menyamar sebagai 'kawan' bernama Zamri yang terdesak mahu meminjam wang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 56 tahun itu menerima mesej berkenaan pada 8.36 malam tadi ketika dia berada di sebuah pasar raya di Jalan Pegawai di sini, lapor Harian Metro.

Menurutnya, dia menerima mesej daripada 'kawan' yang dikenali yang mahu meminjam wang sebanyak RM5,000.

"Tanpa membuat semakan terlebih dahulu, mangsa terus membuat pindahan wang sebanyak empat kali ke tiga akaun berbeza secara perbankan Internet berjumlah RM20,000.

"Bagaimanapun, mangsa mula curiga dan sedar ditipu apabila suspek terus meminta wang untuk membuat pindahan wang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Elias berkata, mangsa kemudian menghubungi Zamri yang sebenar dan rakannya menafikan menghubungi mangsa untuk meminjam wang.

Menurutnya, rakan mangsa memberitahu WhatsApp miliknya sudah digodam selepas menyerahkan nombor kod WhatsApp yang diterima kepada nombor yang tidak dikenali.

"Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis di sini, untuk tindakan lanjut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Kes ditipu kenalan sepanjang tahun lalu merekodkan 25 kes yang membabitkan kerugian berjumlah RM100,216.76.

"Bagi Januari dan Februari tahun ini, jumlah ditipu kenalan dicatatkan sebanyak 11 kes membabitkan kerugian RM49,935.15 dan ini menunjukkan peningkatan yang sangat ketara," katanya.

Menurut Elias, pihaknya ingin menasihatkan orang ramai jangan mudah percaya pada panggilan atau WhatsApp daripada orang yang tidak dikenali dan mendakwa kenalan lama atau keluarga kerana suspek berkemungkinan menggunakan gambar rakan dan keluarga untuk menipu.

Beliau berkata, buat pengesahan terlebih dahulu dengan menghubungi rakan atau keluarga anda melalui nombor telefon sebenar mereka dan berhati-hati berkongsi maklumat peribadi di media sosial supaya tidak disalahgunakan sindiket penipuan.

"Bukan itu saja, orang ramai juga disarankan supaya tidak membenarkan kenalan anda untuk menggunakan akaun bank sebagai akaun tumpang kerana dikhuatiri untuk tujuan penipuan," katanya dipetik Harian Metro.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Wawancara Khas Bersama Perdana Menteri dengan beberapa organisasi media sempena setahun beliau menjadi perdana menteri di kediamannya di Bukit Damansara, di sini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perisytiharan darurat sama sekali tiada kaitan dengan politik atau untuk membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya langkah itu bagi membolehkan isu COVID-19 diuruskan secara berkesan dan segera.

Ketika menjelaskan kedudukan sebenar darurat yang diisytiharkan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas nasihat Perdana Menteri, Muhyiddin berkata beliau tetap berpegang pada janji bahawa darurat akan ditamatkan lebih awal daripada tarikh 1 Ogos jika pandemik COVID-19 berjaya dibendung.

"...kalau boleh selesai awal (dan) jawatankuasa khas bebas yang ditubuhkan kata dah boleh (tamat), saya ikut sahajalah... Kita pun tak nak selama-lama dikongkong oleh peraturan sebegini," kata Muhyiddin semasa wawancara khas bersama Bernama dan beberapa organisasi media sempena setahun beliau memegang jawatan perdana menteri di kediamannya di Bukit Damansara, di sini.

Muhyiddin berkata melalui Ordinan Darurat, kerajaan boleh mencadangkan pindaan-pindaan terhadap beberapa akta atau perkara-perkara baharu yang ingin dibuat dalam bentuk ordinan tanpa menunggu proses melalui Parlimen dan mengambil masa yang lama.

"Jadi saya sebutkan ini bukan makna darurat tu untuk darurat supaya saya boleh duduk lama jadi Perdana Menteri, saya pun tak tahu parti mana sekarang yang mempunyai jumlah kerusi yang lebih besar daripada saya, dulu adalah contoh nak tunjukkan tapi tak terbukti.

"Saya yakin bahawa saya mempunyai sokongan yang besar. Saya yakin kedudukan saya ini mengikut Perlembagaan. Sah di sisi undang-undang. Saya tak boleh duduk sebagai Perdana Menteri haram. Saya buat kerja betul, tu sebabnya. Jadi saya tak bimbang itu.

"Tapi pengisytiharan darurat ni bukan soal politik, ada orang politik faham sebab politik, tidak. Politik tiada penggunaan darurat, tapi COVID ini perlukan darurat... Jadi saya harap rakyat faham, bukan pasal soal takut tak dapat majoriti di Parlimen," katanya.

Muhyiddin berkata Pilihan Raya Umum ke-15 akan diadakan bila tiba masa yang sesuai kerana apa yang penting sekarang ialah kerajaan perlu menyelesaikan isu pandemik COVID-19 terlebih dahulu yang sehingga kini menjangkiti hampir 300,000 orang di seluruh negara dan menyebabkan lebih 1,000 kematian.

"... yang mustahak kita selesaikan ini (COVID) dahulu, apabila selesai, saya tak nak tunggu sehari pun...bukan kita bimbang apa-apa pun...," katanya.

Jangkitan COVID-19 mula melanda negara pada 25 Jan tahun lepas dengan gelombang pertama melibatkan kes-kes import manakala gelombang kedua pada akhir Februari 2020. Kes jangkitan COVID-19 memasuki gelombang ketiga pada pertengahan September 2020 selepas Pilihan Raya Negeri Sabah.

Berikutan kes gelombang ketiga yang sehingga kini melonjak naik dari puluhan ke ribuan kes sehari, Perdana Menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat. Pada 12 Jan, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos.

Proklamasi darurat itu adalah sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan dengan cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang dianggotai oleh Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan, yang akan mengesyorkan kepada Seri Paduka sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal.

Berikut adalah antara sedutan soalan dan jawapan temu bual bersama Perdana Menteri.

S: Perisytiharan darurat untuk mengawal COVID-19 terus menjadi bahan politik termasuk daripada rakan sekutu dalam Kerajaan PN sendiri, kononnya kerajaan terpaksa memohon darurat kerana sudah hilang sokongan majoriti di Parlimen. Apa komen Tan Sri?

J: Ya, satu kita buat keputusan untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong atas sebab-sebab yang agak berpatutan dan sesuai untuk masa ini. Kalau ingat masa kita nak buat yang pertama, Baginda tak berkenan, tapi yang kedua ni Baginda berkenan. Kenapa? Kerana situasi COVID yang cukup membimbangkan kita, sekarang pun masih membimbangkan kita. 

J: Sebab itu kita minta supaya diisytiharkan darurat, supaya dengan darurat tu kita boleh menggunakan peruntukan Ordinan Darurat untuk menguruskan masalah COVID secara lebih cepat, kerana dengan ada Ordinan Darurat, kerajaan boleh mencadangkan pindaan-pindaan kepada beberapa akta atau pun perkara-perkara baharu yang nak dibuat dalam bentuk ordinan, dibawa kepada Kabinet, kemudian dibawa kepada Agong.

Agong berkenan, esok diwartakan, boleh jalan. Kalau nak tunggu proses Parlimen, boleh juga, tapi biasanya ia akan mengambil masa yang panjang, sedangkan COVID ini tak boleh tunggu esok, dia kena selesai hari ini.

Sebab itu bila kita buat keputusan untuk kuatkuasa kita dah pinda dah Akta 342, Akta 446. Akta 342 berkenaan dengan kesihatan umpama kalau dulu maksimum denda RM1,000, besar kecil RM1,000 sahaja, dah pinda dah boleh naik sampai RM10,000 atau kalau melibatkan syarikat dan seumpamanya boleh sampai RM50,000. Itu tujuan apa? Untuk mengekang, jangan ada pelanggaran untuk penguatkuasaan dan sebagainya.

Atau dulu tentera tak boleh tangkap, kalau dia nak bantu polis dia tak boleh buat apa-apa, jadi kita berikan kuasa untuk dia boleh menahan dan menangkap ikut kuasa polis yang ada. Kemudian kalau zaman biasa, macam sekarang ni zaman luar biasa susah, hospital kita sampai peringkat orang kata nak pecah, kapasiti tak boleh mampu nak tampung, jadi kita nak buat macam mana? 

Kita bina hospital sementara, MAEPS misalnya, dengan kuasa yang ada ni, kita boleh ambil alih secara sementara hospital swasta dan kalau hospital termasuklah dengan katil dia, alatan dia, doktor-doktor dia, jururawat dia. Boleh, kalau ada ini (kuasa ordinan), ini sebab kita gunakan itu. Tapi bagusnya di negara kita ni walaupun ada akta tu, mereka bersedia secara sukarela. Jadi sekarang ni kita dapat 1,300 katil tambahan, kalau nak buat 1,300 cuba kira berapa juta kita nak belanja.

Kita boleh gunakan ambulans, ambulans ni takkan dia nak bagi, tapi kerana akta darurat, dia boleh gunakan itu. Jadi banyak lagi perkara-perkara yang kita dah buat dan bila kita dapati antara perkara yang menjadi masalah besar kita dalam COVID ini ialah kerana majikan tak ikut undang-undang Akta 446, apa dia Akta 446? 

Itu di bawah sumber manusia, dalam Kementerian Sumber Manusia ada akta yang mewajibkan majikan mesti sediakan tempat tinggal yang bersesuaian. Hampir 70 peratus tak ikut itu. Bila tiada COVID tak tahulah, bila ada COVID tak ikut, itu melecup naik sana, naik sini.

Now kita dah pinda sikit akta tu, boleh ambil tindakan cepat. Yang akan kita kemukakan pada Agong untuk perkenan sekarang ini ialah tentang fake news berkenaan COVID. Dalam masa seminggu kita draf akta, AG (Peguam Negara) buat semua sekali, lulus oleh Kabinet, nanti bawa pada Agong, kalau Agong berkenan, tandatangan, diwartakan, bermakna kalau ada orang cerita macam-macam pasal COVID yang berita palsu, jadi pihak yang ada kuasa boleh menahan, menangkap atau ambil tindakan segera.

Jadi saya sebutkan ini bukan makna, darurat tu untuk darurat supaya saya boleh duduk lama jadi Perdana Menteri. 

Saya pun tak tahu parti mana sekarang yang mempunyai jumlah kerusi yang lebih besar daripada saya, dulu adalah contoh nak tunjukkan tapi tak terbukti. Saya yakin bahawa saya mempunyai sokongan yang besar.

Saya yakin kedudukan saya ini adalah sah di sisi undang-undang. Legal. Saya tak boleh duduk sebagai PM haram. Saya buat kerja betul, tu sebabnya. Jadi saya tak bimbang itu. 

Tapi pengisytiharan darurat ni bukan soal politik. Ada orang politik faham sebab politik, no (tidak). Politik tiada penggunaan darurat, tapi COVID ini perlukan darurat.

Dengan adanya kuasa Ordinan Darurat, maka kita boleh bertindak secara lebih berkesan, bila dah selesai esok, tak perlu lagilah. Kalau darurat yang dahulu, sepanjang masa darurat, tiada tempoh masa. Saya bagi sampai 1 Ogos, tapi kalau boleh selesai awal, Jawatankuasa Khas Bebas yang dah ditubuhkan kata dah boleh (tamat), saya ikut sahajalah.

Bukan saya nak duduk sepanjang dua tahun pasal kalau dulu darurat sampai dua tahun. Kita tak perlu itu. Bila kita gunakan untuk tujuan dah selesai, balik semula (seperti biasa). Kita pun tak nak selama-lama dikongkong oleh peraturan sebegini. Sebab itu tujuan saya ialah bukan itu. Jadi saya harap rakyat faham, bukan pasal soal takut tak dapat majoriti di Parlimen.

Dulu orang cabar saya, pergi ke Parlimen, dia kata tak dapat majoriti, 27 kali Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) kita diluluskan. Saya bukan nak mendabik dada, itu rekod di Parlimen dulu, Bajet 2021 lulus. Kalau tak dapat majoriti macam mana dapat kelulusan. Jadi saya harap rakyat jangan ragu, kerana saya tahu kedudukan saya, dan saya hanya menjalankan tugas, amanah untuk menjaga rakyat, ini yang saya buat sekarang.

S: Pakar epidemiologi berkata kira-kira setahun selepas vaksin diambil, barulah kehidupan kita kembali normal. Adakah Tan Sri melihat kemungkinan Pilihan Raya Umum diadakan tahun ini? (Epidemiologists say it will take about a year after the start of vaccination before normal life is back to order. Do you foresee the General Election being held this year?

J: Ia bergantung kepada semua perkara itu. Perkara pertama tentunya untuk melihat bagaimana kita boleh mengurus COVID. (It will be subject to all those thing. First thing first of course to see that we can manage COVID). Kalau COVID tu sudah landai, dikatakan negara sudah terselamat, daripada wabak ini, itu yang kita harapkan.

Itu yang pertama. Soal yang kedua, darurat akan ditamatkan tu, tertakhluk kepada apa yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Bebas yang memang tujuannya satu sahaja, bila dapat maklumat darurat boleh tamat daripada pihak kesihatan, semua dah OK, kat luar sebahagian besar dah kena suntik ataupun kalau tak semua suntik, dia dah turun ke satu kadar, katalah dua digit. Lepas tu laporan pakar, epidemitologist kata ini Malaysia dah clear, dah ok, kita tamatkan.

Bukan kerajaan yang akan putuskan. Jawatankuasa itu yang akan menasihat Agong, that now that is over, we can end the darurat, back to normal.

And then soal ketiga tadi, bila PRU (Pilihan Raya Umum) ? kalau ikut perlembagaan bila mana kerajaan yang mentadbir negara sekarang berpendapat perlu adakan PRU, maka Perdana Menteri yang akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk minta supaya Parlimen dibubarkan, itu cara dalam perlembagaan, jadi bila dinasihat, maka Agong nanti perkenan, maka barulah Parlimen dibubarkan.

The question is when? You boleh jawab? Jadi bila sampai masa yang sesuai, sebab tu first thing first let settle this COVID first, pasal dulu apa berlaku di Sabah? 

Kita tak kisah pasal undang-undang kita kata perlu adakan pilihan raya (negeri), maka sampai sekarang pun (COVID) tak settle lagi, lepas tu ada by-election lagi di sana, iaitu di Bugaya, lepas tu di Batu Sapi, pasal takut COVID kita gantung, itu cerita dia, jadi yang mustahak kita settle this first, when we done with, saya tak nak tunggu sehari pun. Bukan kita bimbang apa-apa pun, itu paling mustahak.

Sumber - BERNAMA

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman Datuk Razarudin Husain  - Foto BERNAMA

Kuala Lumpur: Seorang individu bergelar Tan Sri dan dua Datuk adalah dalang utama aktiviti pengedaran dadah kokain di negara ini sejak empat tahun lalu.

Tindak tanduk mereka amat sukar dihidu selepas hanya mempamerkan kehidupan seharian dengan terbabit dalam perniagaan sektor perhotelan, perkapalan, pengangkutan dan pembuatan besi.

Namun sebaliknya aktiviti yang menjana kehidupan mewah mereka adalah hasil daripada penyeludupan dan pengedaran dadah kokain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata, ketiga-tiga kenamaan itu juga dikesan tidak menggunakan kakitangan perniagaan sah untuk aktiviti 'perniagaan' pengedaran dan penyeludupan dadah bagi mengelak sebarang kebocoran maklumat sekiranya kakitangan terbabit mengetahui tentang kegiatan dadah.

Menurutnya, Tan Sri dan Datuk ini mempunyai kakitangan lain untuk melaksanakan perniagaan dadah mereka daripada proses membawa masuk dadah menggunakan perairan negara, penyimpanan sehinggalah proses pengedaran ke luar negara.

"Tindakan JSJN Bukit Aman, pada masa ini adalah mengumpulkan maklumat dan bukti kukuh daripada ahli-ahli sindiket pengedaran dadah tempatan yang sudah diberkas sebelum ini sebelum melakukan tindakan tangkapan ke atas Tan Sri dan Datuk terbabit.

"Malah kita juga sudah menahan beberapa 'anak buahnya' melalui beberapa kejayaan yang sudah dilakarkan dalam operasi-operasi sebelum ini yang membabitkan peringkat Bukit Aman, Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara,"katanya ketika dihubungi, hari ini.

Razarudin berkata, adalah amat penting bagi pasukannya mengumpulkan bukti kukuh sebelum sesuatu tindakan tangkapan dilaksanakan bagi memastikan ketiga-tiga dalang utama ini menerima hukuman sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

"Ada pepatah yang menyatakan 'jerat selalunya tak lupakan pelanduk' dan kita akan memberkas mereka yang dikesan aktif di semenanjung Malaysia ini apabila segala bukti yang kita ada jelas menunjukkan pembabitan mereka dalam kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan perisikan awal yang dijalankan, orang bawahan atau suruhan kepada tiga Tan Sri dan Datuk ini akan menguruskan penghantaran dadah ke Indonesia, Taiwan, Hong Kong dan Australia menggunakan kargo udara dan khidmat perkapalan.

Katanya, kes rampasan 12 tan kokain bernilai RM2.4 bilion yang disembunyikan dalam arang batu serta menjadi sejarah rampasan terbesar dadah dalam negara di Terminal Kargo Utara Butterworth, Pulau Pinang, pada 10 September 2019, dipercayai turut mempunyai kaitan dengan Tan Sri dan Datuk terbabit.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti dalang utama sindiket penyeludupan dadah di negara ini yang berselindung di sebalik status Tan Sri dan Datuk.

Abdul Hamid berkata, beliau akan memastikan individu berstatus Tan Sri dan Datuk itu dipenjarakan atau dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) sebaik pembabitan mereka dapat dibuktikan oleh JSJN.

Sumber: Harian Metro

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Antara individu yang dikompaun kerana gagal mematuhi SOP di sebuah gelanggang futsal di Gombak pada Sabtu.

Polis Gombak mengeluarkan 30 kompaun ke atas individu yang dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah gelanggang futsal di Sri Gombak pada Sabtu, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mereka yang dikompaun terdiri 28 pemain futsal dan dua pemilik pusat sukan tersebut.

Menurutnya, pihaknya menerima aduan orang awam terdapat sekumpulan anak muda bermain futsal di premis tanpa pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada jam 9.30 malam.

Facebook Asal Gombak yang berkongsi kisah 30 individu dikompaun kerana melanggar SOP di gelanggang futsal di Sri Gombak pada Sabtu. Surat kompaun yang dikeluarkan oleh IPD Gombak.

"Bertindak atas aduan, team Taskforce Pemantauan Pematuhan PKP IPD Gombak telah menjalankan pemeriksaan.

"Didapati 28 orang berumur antara 19 hingga 23 tahun gagal mematuhi SOP iaitu penjarakan fizikal dan menjalankan aktiviti yang masih tidak dibenarkan dalam sektor sukan dan rekreasi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, Facebook Asal Gombak berkongsi kejadian premis tersebut diserbu polis dan sekumpulan pemain futsal dikompaun kerana tiada penjarakan fizikal.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi menggesa bekas gabenor BNM Zeti Akhtar Aziz menjawab laporan mengenai transaksi dana ke dalam akaun suami dan anaknya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Puad Zarkashi meminta kemas kini daripada pihak berkuasa mengenai laporan polis yang dibuat terhadap bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz dan keluarganya berhubung dakwaan mereka terlibat dalam skandal 1MDB.

Dalam catatan di Facebook, Puad mempersoalkan sekiranya wujud “konspirasi” untuk merahsiakan perkara itu dengan berkata, sudah dua bulan sejak laporan dibuat terhadap Zeti dan keluarganya.

Beliau juga bertanya mengapa kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan “menyembunyikan fakta” yang diakui oleh keluarga Zeti bahawa dana 1MDB dimasukkan ke akaun mereka melalui akuan berkanun (SD) pada 2019.

Puad juga menggesa Zeti menjawab laporan semalam yang mendakwa polis Singapura memberitahu BNM mengenai transaksi mencurigakan melibatkan syarikat milik suaminya dan anaknya, dengan dana yang berasal dari akaun dikaitkan dengan Low Taek Jho, atau Jho Low.

The Edge melaporkan berdasarkan dokumen yang dilihatnya, Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) berkongsi maklumat dengan bank pusat itu pada 2015 dan 2016.

Zeti merupakan gabenor BNM ketika maklumat ini disampaikan kepadanya.

Ini melibatkan dana mencurigakan yang masuk ke dalam akaun bank milik Iron Rhapsody Ltd, yang dimiliki Tawfiq Ayman, dan seorang anak lelaki mereka yang tidak disebutkan namanya.

Pada Disember tahun lalu, Pemuda Umno membuat laporan terhadap Zeti dan keluarganya susulan dakwaan sebuah laman blog bahawa mereka menerima lebih RM100 juta daripada Low, termasuk dana 1MDB.

Menurut catatan tersebut, ahli keluarga Zeti didakwa membuat SD tersebut, yang menyaksikan mereka mengaku menerima dana daripada bank di Singapura, dan ia berasal daripada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Low.

Sumber: Free Malaysia Today

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Tiga maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kuching. - Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kuching, di sini, pada Ahad.

Dua daripada mangsa dilaporkan adik beradik, lapor Sinar Harian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata mangsa yang maut ialah Lee Pan Nee, 45, dan adik lelakinya, Lee Veeran, 35, serta Muhammad Hafiz MD Isa, 32.

"Kita terima maklumat berlaku satu kemalangan maut di Jalan Kuching pada jam 12.30 tengah malam melibatkan sebuah kereta Proton Satria Neo yang dipandu Muhammad Hafiz dan kenderaan pacuan empat roda Mazda BT 50 yang dinaiki oleh Pan Nee dan Veeran," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Zulkefly berkata siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Satria Neo dari arah Kepong menghala ke Bulatan Segambut hilang kawalan lalu melanggar batu penghadang di tengah jalan.

"Kereta itu kemudian masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Mazda BT 50 yang sedang bergerak di lorong paling kanan," katanya.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, kesemua individu tersebut mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat dibawa ke Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dah bedah siasat akan dibuat setelah keputusan ujian Covid-19 diperolehi," katanya.

Zulkefly memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan pelarian skandal kewangan terbesar dunia 1MDB Jho Low. - Foto FMT

KUALA LUMPUR: Polis Singapura berkongsi maklumat dengan Bank Negara (BNM) mengenai transaksi mencurigakan akaun bank milik syarikat suami dan anak Zeti Akhtar Aziz, melibatkan wang daripada syarikat atau akaun bank yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, pada 2015 dan 2016.

Zeti masih gabenor BNM pada 2015 apabila Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) polis Singapura berkongsi maklumat dengan bank pusat itu, mengenai transaksi akaun bank milik Iron Rhapsody Ltd, yang dimiliki Tawfiq Ayman, dan seorang anak lelaki mereka, menurut laporan The Edge.

Iron Rhapsody, menerima USD16.22 juta daripada syarikat atau akaun bank yang dikaitkan dengan Low, pada 2008 dan 2009, kata laporan itu lagi, menurut dokumen yang dikongsi CAD dengan penyiasat di Malaysia.

Zeti bersara sebagai gabenor BNM pada April 2016.

Zeti “mungkin cukup tahu” mengenai akaun bank yang dimiliki suaminya di Singapura, menurut The Edge, yang membuat rumusan itu berdasarkan dokumen yang ditelitinya.

Zeti sebelum ini menafikan ahli keluarganya menerima dana 1MDB walaupun suami dan dua anaknya, mengaku mengetahui tentang wang 1MDB di dalam akaun mereka, menurut akuan berkanun (SD) yang ditandatangani mereka pada Mac 2019.

SD itu, yang dilihat FMT, adalah tulen dan boleh dipercayai, menurut peguam yang menandatangani dokumen itu.

Tawfiq Ayman, dan anak mereka, Abdul Aziz dan Alif Ayman Aziz, menguruskan akaun itu bawah nama Cutting Edge Industries LTd, yang berpangkalan di Singapura.

Menurut pendedahan MalaysiaToday, wang dalam akaun mereka itu disalurkan daripada Iron Rhapsody Ltd, yang ditubuhkan untuk menerima wang daripada Low.

Menurut The Edge, polis Singapura menghubungi BNM mengenai transaksi mencurigakan akaun Iron Rhapsody pada 2015, selepas beberapa negara, termasuk Malaysia, melancarkan siasatan mengenai penyelewengan dan penggubahan wang berbilion ringgit milik 1MDB.

The Edge turut melaporkan bahawa Ayman bersama Low adalah rakan kongsi syarikat Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Corp (ADKMIC) yang ditubuhkan pada 2007.

Dari Jun 2011 hingga Sept 2013, siasatan CAD mendapati USD153 juta dipindahkan ke akaun ADKMIC di Singapura dari akaun Good Star Ltd di Switzerland, menurut The Edge.

Good Star dimiliki oleh Low. Syarikat itu dilaporkan menerima USD700 juta daripada 1MBD pada 2009 secara haram.

Sumber: Free Malaysia Today

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Pembunuhan Jamal Khashoggi pada 2018 telah diarah Putera Mohammed Salman menurut laporan rasmi perisikan Amerika. - Foto Middleeasteye

WASHINGTON DC - Laporan risikan yang diterbitkan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, 26 Febuari, mendedahkan pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi pada 2018, diarah oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman.

Pentadbiran Presiden Biden telah mengeluarkan laporan perisikan mengenai pembunuhan wartawan Saudi, Jamal Khashoggi dengan menyimpulkan bahawa "Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman menyetujui operasi di Istanbul, Turki, untuk menangkap atau membunuh wartawan Saudi, Jamal Khashoggi." 

Laporan oleh Pejabat Pengarah Perisikan Nasional, yang dikeluarkan pada hari Jumaat juga, Setiausaha Negara Antony Blinken mengenakan sekatan visa ke atas 76 individu Saudi yang “dipercayai terlibat dengan ancaman pembangkang di luar negara, termasuk tetapi tidak terbatas pada pembunuhan Khashoggi.” 

Laporan berkenaan menyenaraikan tiga sebab mengapa AS percaya pembunuhan itu mendapat lampu hijau Putera Mahkota.

Pertama, Putera berkenaan mengawal hal membuat keputusan di Arab Saudi sejak 2017.

Kedua, penglibatan langsung penasihat serta pengawal peribadinya.

Ketiga, sokongan diberikan Putera Salman untuk menutup mulut mereka yang tidak sependapat.

Ini adalah kali pertama AS mengaitkan Putera Mahkota itu dengan pembunuhan Khashoggi secara langsung.

Khashoggi dibunuh ketika berada di dalam bangunan Konsulat Arab Saudi di Turki.

Mayatnya yang dipercayai dikerat dan dibuang tidak ditemukan sehingga kini.

Mahkamah di Arab Saudi sebelum ini menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas lima individu yang didakwa bertanggungjawab di atas pembunuhan Khashoggi.

Putera Mohammed Salman [MBS] bagaimanapun menafikan terlibat dalam mengarahkan pembunuhan itu.

Khashoggi merupakan pengkritik lantang pentadbiran Arab Saudi.

Bekas Presiden Trump enggan menegur Arab Saudi atau MBS atas pembunuhan seorang penduduk AS. 

Beberapa penggubal undang-undang meminta Biden untuk membalas kematian Khashoggi, mungkin melalui sekatan.

Sumber: CNBC

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Ordinan baharu 'Darurat' denda RM10 ribu jika melanggar SOP itu bakal berkuat kuasa pada 11 Mac ini. (Gambar Bernama)

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim membidas kerajaan selepas menaikkan denda kerana melanggar peraturan Covid-19 kepada RM10,000 dengan berkata keluarga miskin yang akan menjadi mangsa jumlah setinggi itu.

Free Malaysia Today melaporkan, dalam video dimuat naik ke media sosial, Presiden PKR itu mempersoalkan apa yang diutamakan kerajaan.

“Jika kerajaan melakukannya untuk memastikan peraturan dipatuhi, saya bersetuju namun ini hanya akan membebankan rakyat,” katanya dengan merujuk kepada beberapa kes orang kenamaan ‘terlepas’ hukuman berbanding orang biasa.

Ordinan Darurat (Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit) 2021 baharu yang diterbitkan di laman web Warta Persekutuan memperuntukkan seseorang boleh didenda sehingga RM10,000 kerana melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ordinan yang berkuat kuasa pada 11 Mac ini turut menyatakan syarikat yang melanggar peraturan PKP boleh didenda sehingga RM50,000.

Susulan itu, Anwar berkata, walaupun memandang serius perbuatan mereka yang melanggar peraturan berkenaan, beliau tidak dapat menerima keadaan dianggap dwistandard.

“Saya menggesa kerajaan menyemak semula denda ini,” katanya dipetik FMT.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Polis masih lagi mengesan seorang lagi rakan suspek, dikenali sebagai 'Bob Mah Sing', berusia 40-an yang masih lagi bebas. - Foto ihsan PDRM

Seorang pemandu kereta Proton Waja yang merempuh dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas di Sungai Buloh, di sini sehingga memaksa polis melepaskan beberapa tembakan, berjaya diberkas.

Astro AWANI melaporkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di kawasan perumahan Desa Aman, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

"Berdasarkan semakan, suspek mempunyai lapan rekod lampau berkaitan kes dadah dan masih lagi mengesan seorang lagi rakan suspek, dikenali sebagai 'Bob Mah Sing', berusia 40-an yang masih lagi bebas," katanya dalam kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari, kedua-dua lelaki tidak mengendahkan polis ketika diminta keluar daripada kenderaan ketika pemeriksaan dilakukan.

Sebaliknya kata beliau, mereka bertindak memecut kenderaan berkenaan lalu merempuh beberapa kenderaan yang berada di hadapan laluan yang sama bagi meloloskan diri.

"Cubaaan mereka untuk merempuh kereta peronda polis berhampiran Bulatan Sierramas, Sungai Buloh, memaksa salah seorang daripada anggota melepaskan tembakan ke arah kedua-dua tayar kenderaan itu.

"Kenderaan suspek kemudian cuba memecut ke arah Kuala Selangor-Sungai Buloh, namun begitu kereta itu ditinggalkan di tepi jalan ekoran kebocoran pada tayar," ujarnya.

Nik Ezanee memberitahu, polis turut merampas satu bungkusan plastik mengandungi dadah jenis heroin seberat 1.7 gram dalam kenderaan yang ditinggalkan itu.

Beliau memberitahu, suspek yang dtahan itu akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah reman.

Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 307, 427 dan 188 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian atau seorang lagi suspek yang masih bebas diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Chew Yong Hoa di talian 014-3929448 atau balai polis berhampiran dengan segera.


Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Video tular menunjukkan sebuah kereta merempuh beberapa kenderaan lain dalam usaha pemandunya melarikan diri daripada polis.

PETALING JAYA: Dua anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta selepas pemandunya merempuh beberapa kenderaan untuk melepaskan diri di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh.

Suspek bertindak agresif dan enggan menyerah diri walaupun keretanya dikepung anggota polis terbabit.

Kejadian berlaku sekitar 12.40 tengah hari tadi apabila anggota polis cuba menahan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja.

Bagaimanapun, dua lelaki itu enggan membuka pintu kereta walaupun berulang kali diarahkan polis.

Pemandu kereta sebaliknya merempuh lori dan kenderaan lain dalam cubaan untuk meloloskan diri.

Dua anggota polis yang berada di lokasi kejadian melepaskan tembakan ke arah tayar kereta itu.

Kereta penjenayah turut merempuh kenderaan lain, sebelum melepaskan diri.

Kereta penjenayah itu akhirnya ditemui ditinggalkan berhampiran MRT Damansara Damai, Harian Metro melaporkan.

Dua penjenayah di dalamnya dipercayai melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran.

Ketua Polis Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan kejadian itu dan berkata anggota polis terbabit adalah dari Ibu Pejabat Polis Gombak, lapor The Star.

- FMT

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Samirah Muzaffar, 46, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 17 dan 14 tahun didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, membunuh Nazrin Hassan. - Foto FMT

SHAH ALAM: Perbicaraan kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan diberitahu bahawa dua telefon bimbit yang diambil di lokasi kejadian tidak meletup berdasarkan keadaan fizikalnya.

Bekas pegawai persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor Mohd Sa’ad Mat Nasib, 61, berkata pemerhatiannya terhadap dua telefon bimbit yang diberikan oleh pegawai penyiasat kes itu, Mohd Nizam Daud mendapati keadaan alat telekomunikasi berkenaan tidak menunjukkan ia meletup apabila bateri masih berada di perumah bateri.

Beliau yang juga saksi pendakwaan ke-35 berkata, keadaan fizikal telefon bimbit pertama adalah 90% baik namun hanya terdapat beberapa kesan melecur akibat haba kebakaran manakala telefon bimbit kedua pula teruk terbakar.

“Walaupun keadaan telefon bimbit kedua teruk terbakar, baterinya masih di perumah bateri alat komunikasi itu. Saya tidak rasa ada satu letupan yang kuat kerana jika berlaku, bateri akan terkeluar daripada perumahnya, tetapi dalam kes ini bateri masih di perumahnya.

“Rupa bentuk bateri berkenaan masih lagi ada. Kepingan besi di perumah bateri juga masih berkilat dan dalam keadaan baik,” katanya ketika disoal oleh timbalan pendakwa raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail di hadapan hakim Ab Karim Ab Rahman di Mahkamah Tinggi.

Mohd Sa’ad berkata, sekiranya bateri telefon bimbit yang diperbuat daripada Lithium dan dibalut dengan bahan seakan zink terlebih cas, ia akan mewujudkan gas antara bateri dengan pembalut dan akan menyebabkan ia pecah seterusnya berlaku letupan serta percikan cahaya atau api.

“Bateri telefon bimbit biasanya adalah gabungan beberapa buah bateri, kebiasaannya tiga atau empat bateri. Jika berlaku letupan yang kuat, bateri ini akan terkeluar daripada perumahnya,” katanya yang juga bekas pegawai pemusnah bom.

Berdasarkan latihan dan pengetahuannya berkaitan alat letupan, jika bateri telefon bimbit berkenaan meletup ketika dicas dengan kedudukan skrin di atas dan bateri di bawah, alat telekomunikasi berkenaan akan naik tidak lebih daripada dua kaki tinggi hasil letupan berkenaan.

Samirah Muzaffar, 46, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang juga isteri Nazrin serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 17 dan 14 tahun didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, membunuh mangsa.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Perbicaraan bersambung Isnin ini.

- BERNAMA

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi. - Foto ihsan NSTP / Aswadi Alias

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM232.3 juta bagi suku keempat (S4) berakhir 31 Disember 2020, berbanding kerugian bersih RM7.43 juta pada suku sebelumnya.

Kumpulan itu meraih pendapatan berjumlah RM544.6 juta pada suku dikaji, menurun 12.6 peratus daripada RM623.03 juta pada suku sebelumnya.

Kejatuhan pendapatannya pada suku dikaji itu adalah disebabkan penurunan pendapatan daripada mel dan perniagaan antarabangsanya.

Bagi tahun kewangan penuh 2020, Pos Malaysia merekodkan pendapatan berjumlah RM2.33 bilion dan kerugian sebelum cukai sebanyak RM303.5 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Syed Md Najib berkata, cabaran dan ketidakpastian disebabkan pandemik COVID-19 tahun lalu menguji ketahanan dan responsif kumpulan untuk mempertahankan perniagaannya.

Katanya, ia juga bagi memastikan inisiatif transformasi yang telah dirancang dapat dilakukan supaya kekal relevan dalam pasaran.

"Kemajuan perjalanan transformasi kami dan peningkatan prestasi kewangan yang dilihat pada suku kedua (S2) dan suku ketiga (S3) pada tahun kewangan 2020 telah memberikan kami keyakinan untuk melakukan penambahbaikan dalam keuntungan kumpulan tahun ini.

"Kumpulan kini sedang melaksanakan rancangan pemulihan perniagaannya dan yakin yang sektor penerbangan akan pulih sekiranya wabak ini dapat dikawal tahun ini.

"Kami akan meneruskan perjalanan transformasi kami untuk menambahbaik kedudukan kami dalam meningkatkan pengalaman pelanggan, menggunakan teknologi dan digitalisasi sambil memanfaatkan pertumbuhan pesat sektor e-dagang," katanya.

Artikel penuh - BHOnline

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Pengurusan kondominium di Ampang mengeluarkan denda terhadap kanak-kanak yang tidak memakai pelitup muka patuh SOP Covid-19. - Foto hiasan The Atlantic

Badan pengurusan kondominium tiada hak untuk mengenakan sebarang penalti terhadap penghuni yang tidak memakai pelitup muka, kata menteri kanan keselamatan Ismail Sabri Yaakob.

Seorang budak lelaki berusia setahun dilaporkan didenda RM100 oleh badan pengurusan sebuah kondominium di Ampang awal minggu ini kerana tidak memakai pelitup muka di dalam lif, dengan kejadian itu tular selepas dikongsikan ibunya di Facebook.

Walaupun memakai pelitup muka diwajibkan sejak 1 Ogos, ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah dikecualikan.

Portal FMT melaporkan Ismail Sabri berkata, hanya pegawai kementerian kesihatan dan polis mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kompaun terhadap mereka yang gagal memakai pelitup muka mengikut peruntukan Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Apa dilakukan pengurusan kondominium di Ampang itu salah,

“Kuasa mengeluarkan kompaun dan tindakan lain mengikut Akta 342 adalah untuk kementerian kesihatan dan pihak yang diberi kuasa oleh kementerian seperti polis.

“Sehingga kini kami tidak memberikan kuasa itu kepada badan pengurusan kondominium dan pangsapuri, mahupun pejabat lain. Mereka tidak mempunyai kuasa itu.

“Saya berharap mereka membatalkan kompaun untuk budak berusia setahun itu. Tidak masuk akal pada saya.” katanya. 

Ketua polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak memberitahu FMT, ibu bapa kanak-kanak itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Peraturan baharu itu berkuat kuasa pada 11 Mac, mengikut ordinan yang diterbitkan di laman web Warta Persekutuan hari ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR - Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.

Perkara itu dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuat naik dalam Portal rasmi Jabatan Peguam Negara hari ini.

Ordinan itu turut menyatakan syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan berkaitan SOP boleh didenda sehingga RM50,000.

Warta itu menyebut bahawa suatu Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bahawasanya disebabkan oleh suatu darurat besar sedang berlaku yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit  iaitu Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), suatu Proklamasi Darurat telah dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan pada 11 Jan 2021.

Ia menyatakan yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa tindakan serta-merta adalah dikehendaki untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang dinamakan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Ordinan itu turut merangkumi pindaan terhadap penalti umum mengikut Seksyen 24 dan menyatakan mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta itu, yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, berdepan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda RM100,000.

Ia juga menyebut bahawa orang yang diberi kuasa boleh mengarahkan pesakit COVID-19 atau kontak rapat untuk memakai peranti pengesanan seperti gelang tangan atau apa-apa peranti lain yang diberikan pegawai yang diberi kuasa.

“Mana-Mana orang yang memusnahkan, merosakkan, menghilangkan atau mengubah peranti pengesanan itu melakukan suatu kesalahan,” menurut ordinan itu.

Selain itu, bagi syarikat yang melanggar SOP tersebut, wakilnya boleh didakwa di mahkamah. 

Sumber:- BERNAMA
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Lelaki rakam bawah skirt wanita ditangkap - Foto hiasan

KAJANG: Tindakan seorang penghantar makanan merakam video dengan meletakkan telefon bimbitnya di bawah skirt seorang wanita, membawa padah apabila dia didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli menjatuhi hukuman itu terhadap Shahidan Mohammad, 46, selepas dia mengaku bersalah dan memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Shahidan didakwa melakukan kesalahan itu ke atas mangsa berusia 38 tahun di dalam lif sebuah pangsapuri di Bandar Damai Perdana di sini pada 9 malam, 20 Feb lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, ketika mangsa berada di dalam lif bersama tertuduh yang juga penghuni pangsapuri berkenaan, dia merasakan lelaki terbabit mencubit pahanya.

Curiga dengan tindakan lelaki itu, mangsa telah mengekori lelaki tersebut sehingga ke rumahnya dan meminta pihak pengurusan menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum mendapati lelaki itu telah merakam video dengan meletakkan telefon bimbitnya di bawah skirt mangsa.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran mengambil kira tindakan lelaki itu jelas tidak menghormati dan mengganggu kesantunan seseorang wanita.

Peguam S Priyalatha yang mewakili tertuduh bagaimanapun memberitahu anak guamnya memohon maaf kepada mangsa dan semua pihak serta merayu hukuman ringan kerana perlu menyara isteri yang bekerja sebagai kerani serta enam anak berusia antara lima hingga 17 tahun.

- BERNAMA

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Rosmah Mansor berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perbicaraan kes Rosmah Mansor berhubung pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750 dan pengelakan cukai, akan bermula selepas Mahkamah Tinggi mendengar pembelaannya dalam kes rasuah projek solar hibrid untuk sekolah pedalaman Sarawak.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 17 hari mulai 15 Nov ini untuk mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai berkenaan.

Timbalan pendakwa raya Poh Yih Tinn berkata, Mohamed Zaini menetapkan tarikh itu semasa prosiding pengurusan kes hari ini.

“Pengurusan kes ditetapkan pada 9 Sept tahun ini dan pihak pendakwaan akan memanggil 15 saksi pendakwaan untuk memberi keterangan,” katanya kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp.

Peguam Geethan Ram Vincent yang mewakili isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu turut mengesahkan tarikh perbicaraan berkenaan.

“Pihak pendakwaan juga telah memaklumkan mahkamah bahawa mereka tidak akan membuat permohonan untuk memindahkan kes itu ke mahkamah lain,” katanya melalui mesej hari ini.

Pada 18 Dis tahun lepas, Mohamed Zaini mencadangkan perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Rosmah dipindahkan ke hadapan hakim lain bagi membolehkan ia didengar lebih awal, atau hanya mengekalkan perbicaraan itu di hadapannya.

Sebelum ini, perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai itu yang pada awalnya ditetapkan bermula Mei tahun lepas ditangguhkan bagi memberi keutamaan kepada perbicaraan kes solar hibrid, yang sedang berjalan.

Pada 18 Feb lepas, Mohamed Zaini memerintahkan Rosmah, 69, membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan mengelakkan cukai pula dibuat mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menuntut Rosmah mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.

- BERNAMA