Articles by "Covid 19"
Memaparkan catatan dengan label Covid 19. Papar semua catatan
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memberi amaran individu potong barisan suntuk vaktin boleh didenda RM50 ribu dan penjara 6 bulan - Foto Malaysiakini

PUTRAJAYA: Individu yang “memotong barisan” untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata tindakan itu boleh diambil mengikut Seksyen 31 yang merupakan peruntukan baharu di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit) (Pindaan) 2021 yang akan berkuat kuasa 11 Mac ini.

Katanya Seksyen 31 itu menjadi punca kuasa untuk mengenakan penalti di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mana-mana kesalahan yang tidak dinyatakan di dalamnya.

“Peraturan yang dibuat di bawah subseksyen baharu ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti denda tidak melebihi RM50,000, atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini, hari ini.

Dr Adham berkata buat masa ini, tiada laporan diterima oleh KKM berhubung isu potong barisan dalam penerimaan suntikan vaksin Covid-19.

“Setakat ini tiada laporan mengenai isu ini, ia hanya berita di media sosial sahaja,” katanya.

Isnin lepas, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan mewujudkan Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan bagi mengelakkan isu “potong barisan” untuk program vaksinasi Covid-19.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata keputusan itu dibuat pada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dan dokumen garis panduan berkenaan memperincikan mengenai petugas barisan hadapan.

Katanya beliau dan Adham telah menandatangani dokumen garis panduan itu yang akan dimuat naik di laman sesawang https://www.vaksincovid.gov.my/, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi menjelaskan takrifan barisan hadapan.

- BERNAMA

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Penghargaan kepada Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci akan disampaikan oleh Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier di Istana Bellevue pada 19 Mac ini. - Facebook@COVIDDecoded1

Nama saintis Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci mungkin satu ketika dulu begitu asing bagi masyarakat dunia.

Namun segalanya berubah selepas pasangan itu berjaya menghasilkan ‘penawar’ kepada pandemik COVID-19.

Kejayaan pengasas syarikat farmaseutikal BioNTech itu menghasilkan vaksin COVID-19 pertama dengan keberkesanan lebih 90 peratus dianggap satu perkembangan baharu dalam dunia perubatan, khususnya dalam melawan pandemik yang meragut lebih 2.5 juta nyawa di seluruh dunia, setakat ini.

Susulan sumbangan mereka, Pejabat Presiden mengumumkan pasangan suami isteri itu akan menerima Darjah Kebesaran Merit oleh Republik Persekutuan Jerman.

Menurut kenyataan, Sahin, 56, dan Tureci, 54, dianugerahkan Darjah Kebesaran Merit Komandan Kesatria, iaitu salah satu penghormatan tertinggi yang diberikan oleh Jerman.

Penghargaan tersebut akan disampaikan oleh Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier di Istana Bellevue pada 19 Mac ini.

“Dengan pembangunan vaksin COVID-19 yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa, Tureci dan Sahin memberikan sumbangan besar dalam membendung penularan COVID-19.

“Kedua-dua saintis itu menghubungkan penyelidikan asas perubatan dengan menterjemahkan untuk penggunaan praktikal,” demikian menurut kenyataan itu dipetik Astro AWANI.

Sahin dan Tureci menubuhkan syarikat BioNTech di Mainz, Jerman pada 2008.

Vaksin Pfizer menggunakan teknlogi baharu mRNA sintetik (asid ribonukleik pengutus) yang menghantar arahan genetik kepada sel manusia untuk membina sebahagian daripada koronavirus.

Molekul mRNA berada dalam partikel lemak untuk melindunginya, tetapi ia mudah terurai lebih cepat berbanding vaksin biasa. Oleh sebab itu, ia memerlukan simpanan suhu ultra-rendah.

Setakat ini, Malaysia antara negara yang menerima vaksin Pfizer, dengan penghantaran kumpulan pertama sebanyak 312,390 pada 21 Februari lalu.

Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci pencipta vaksin Covid-19 - Foto agensi 

Tahukah anda, vaksin Pfizer adalah hasil usahasama syarikat milik Dr Ugur Sahin, seorang pakar onkologi dengan PhD dalam bidang ‘oncology chemotherapy’. 

Beliau telah mengabdikan hidup mereka dalam bidang onkologi dan penyakit berjangkit. Bahkan sudah bertahun-tahun dalam penyelidikan rawatan imunoterapi khusus untuk penyakit kanser.

Dalam mausim pandemik Covid-19 ini mereka memutuskan untuk mencipta satu vaksin yang boleh mencegah daripada jangkitan virus Covid-19 ini.

Pengasas Vaksin Pfizer ini merupakan orang Turki yang beragama Islam. Dr Ugur Sahin yang berhijrah ke Jerman semasa usia masih kecil dan belajar bersama-sama seorang doktor wanita iaitu Dr Ozlem Tureci yang juga berketurunan Turki.

Difahamkan, vaksin ini menggunakan teknologi mRNA iaitu bebas daripada khinzir dan ia hasil daripada penyelidikan di syarikat BioNTech milik beliau dan syarikat Pfizer. Pada asalnya, makmal ini hanya menumpukan kajian imunoloterapi dalam pasakit kanser.

Memetik daripada laporan CNN mengatakan bahawa 90 peratus daripada calon sukarelawan vaksin Pfizer berkesan menggunakan ubat ini sebelum dipasarkan ke dunia.

“Saya rasa mesej ini sangat penting untuk masyarakat dunia tentang kepentingan vaksin ini sangat berkesan untuk mencegah Covid-19,” jelasnya pada wartawan CNN.

Untuk pengetahuan anda, pasangan suami isteri ini antara individu yang terkaya di Jerman dengan nilai aset sebanyak RM 20 billion. Menariknya, walaupun mereka adalah billionair, namun mereka tidak memiliki kereta dan hanya menggunakan basikal untuk ke tempat kerja.

Dr Sahin dan Dr Tureci sama-sama menanam minat untuk penyelidikan tentang kanser dan imunisasi badan manusia.

Sehubungan dengan itu, BioNtech telah menugaskan 500 kakitangannya untuk berganding bahu bersama-sama dua pasangan ini untuk mengkaji vaksin yang bersesuaian untuk melawan Covid-19.

Menurut Dr Sahin, tujuan BioNTech berkolaborasi bersama Pfizer adalah untuk meningkatkan produksi vaksin ini dan berharapdapat menghasilkan 1.3 millian dos pada akhir tahun 2021 ini.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Antara individu yang dikompaun kerana gagal mematuhi SOP di sebuah gelanggang futsal di Gombak pada Sabtu.

Polis Gombak mengeluarkan 30 kompaun ke atas individu yang dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah gelanggang futsal di Sri Gombak pada Sabtu, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mereka yang dikompaun terdiri 28 pemain futsal dan dua pemilik pusat sukan tersebut.

Menurutnya, pihaknya menerima aduan orang awam terdapat sekumpulan anak muda bermain futsal di premis tanpa pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada jam 9.30 malam.

Facebook Asal Gombak yang berkongsi kisah 30 individu dikompaun kerana melanggar SOP di gelanggang futsal di Sri Gombak pada Sabtu. Surat kompaun yang dikeluarkan oleh IPD Gombak.

"Bertindak atas aduan, team Taskforce Pemantauan Pematuhan PKP IPD Gombak telah menjalankan pemeriksaan.

"Didapati 28 orang berumur antara 19 hingga 23 tahun gagal mematuhi SOP iaitu penjarakan fizikal dan menjalankan aktiviti yang masih tidak dibenarkan dalam sektor sukan dan rekreasi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, Facebook Asal Gombak berkongsi kejadian premis tersebut diserbu polis dan sekumpulan pemain futsal dikompaun kerana tiada penjarakan fizikal.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Ordinan baharu 'Darurat' denda RM10 ribu jika melanggar SOP itu bakal berkuat kuasa pada 11 Mac ini. (Gambar Bernama)

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim membidas kerajaan selepas menaikkan denda kerana melanggar peraturan Covid-19 kepada RM10,000 dengan berkata keluarga miskin yang akan menjadi mangsa jumlah setinggi itu.

Free Malaysia Today melaporkan, dalam video dimuat naik ke media sosial, Presiden PKR itu mempersoalkan apa yang diutamakan kerajaan.

“Jika kerajaan melakukannya untuk memastikan peraturan dipatuhi, saya bersetuju namun ini hanya akan membebankan rakyat,” katanya dengan merujuk kepada beberapa kes orang kenamaan ‘terlepas’ hukuman berbanding orang biasa.

Ordinan Darurat (Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit) 2021 baharu yang diterbitkan di laman web Warta Persekutuan memperuntukkan seseorang boleh didenda sehingga RM10,000 kerana melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ordinan yang berkuat kuasa pada 11 Mac ini turut menyatakan syarikat yang melanggar peraturan PKP boleh didenda sehingga RM50,000.

Susulan itu, Anwar berkata, walaupun memandang serius perbuatan mereka yang melanggar peraturan berkenaan, beliau tidak dapat menerima keadaan dianggap dwistandard.

“Saya menggesa kerajaan menyemak semula denda ini,” katanya dipetik FMT.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Pengurusan kondominium di Ampang mengeluarkan denda terhadap kanak-kanak yang tidak memakai pelitup muka patuh SOP Covid-19. - Foto hiasan The Atlantic

Badan pengurusan kondominium tiada hak untuk mengenakan sebarang penalti terhadap penghuni yang tidak memakai pelitup muka, kata menteri kanan keselamatan Ismail Sabri Yaakob.

Seorang budak lelaki berusia setahun dilaporkan didenda RM100 oleh badan pengurusan sebuah kondominium di Ampang awal minggu ini kerana tidak memakai pelitup muka di dalam lif, dengan kejadian itu tular selepas dikongsikan ibunya di Facebook.

Walaupun memakai pelitup muka diwajibkan sejak 1 Ogos, ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah dikecualikan.

Portal FMT melaporkan Ismail Sabri berkata, hanya pegawai kementerian kesihatan dan polis mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kompaun terhadap mereka yang gagal memakai pelitup muka mengikut peruntukan Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Apa dilakukan pengurusan kondominium di Ampang itu salah,

“Kuasa mengeluarkan kompaun dan tindakan lain mengikut Akta 342 adalah untuk kementerian kesihatan dan pihak yang diberi kuasa oleh kementerian seperti polis.

“Sehingga kini kami tidak memberikan kuasa itu kepada badan pengurusan kondominium dan pangsapuri, mahupun pejabat lain. Mereka tidak mempunyai kuasa itu.

“Saya berharap mereka membatalkan kompaun untuk budak berusia setahun itu. Tidak masuk akal pada saya.” katanya. 

Ketua polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak memberitahu FMT, ibu bapa kanak-kanak itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Peraturan baharu itu berkuat kuasa pada 11 Mac, mengikut ordinan yang diterbitkan di laman web Warta Persekutuan hari ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR - Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.

Perkara itu dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuat naik dalam Portal rasmi Jabatan Peguam Negara hari ini.

Ordinan itu turut menyatakan syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan berkaitan SOP boleh didenda sehingga RM50,000.

Warta itu menyebut bahawa suatu Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bahawasanya disebabkan oleh suatu darurat besar sedang berlaku yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit  iaitu Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), suatu Proklamasi Darurat telah dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan pada 11 Jan 2021.

Ia menyatakan yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa tindakan serta-merta adalah dikehendaki untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang dinamakan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Ordinan itu turut merangkumi pindaan terhadap penalti umum mengikut Seksyen 24 dan menyatakan mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta itu, yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, berdepan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda RM100,000.

Ia juga menyebut bahawa orang yang diberi kuasa boleh mengarahkan pesakit COVID-19 atau kontak rapat untuk memakai peranti pengesanan seperti gelang tangan atau apa-apa peranti lain yang diberikan pegawai yang diberi kuasa.

“Mana-Mana orang yang memusnahkan, merosakkan, menghilangkan atau mengubah peranti pengesanan itu melakukan suatu kesalahan,” menurut ordinan itu.

Selain itu, bagi syarikat yang melanggar SOP tersebut, wakilnya boleh didakwa di mahkamah. 

Sumber:- BERNAMA
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pemberian vaksin akan diberi mengikut keutamaan seperti dinyatakan sebelum ini. - Foto Bernama

Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan Hospital Serdang akan memberikan vaksin kepada “influencer” esok.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan laporan sebuah portal berhubung perkara itu adalah palsu dan tidak benar.

“Semakan awal dengan Hospital Serdang mendapati bahawa sebagai menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak buah di hospital, pihak hospital bercadang untuk memberi vaksin Covid-19 kepada beberapa orang ketua jabatan klinikal selain anggota barisan hadapan yang lain.

“Ketua jabatan klinikal adalah pakar perunding klinikal bidang masing-masing dan sememangnya terdedah kepada risiko Covid-19 dan kerap mempunyai kontak dengan pesakit mahupun waris semasa menjalankan tugasan,” katanya dalam kenyataan.

Hisham berkata, KKM menegaskan pemberian vaksin akan diberi mengikut keutamaan seperti dinyatakan sebelum ini.

Katanya, “memotong barisan” bagi mendapatkan vaksin adalah tidak dibenarkan dan ia akan disiasat untuk tindakan.

“Pihak media dinasihatkan untuk berhati-hati ketika membuat laporan dan hanya melaporkan perkara yang disahkan benar.

“KKM berharap laporan palsu seperti ini dapat diambil tindakan segera oleh pihak berwajib bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat,” katanya yang turut menasihat orang ramai juga dinasihatkan untuk menyemak dahulu sebarang berita sebelum menyebarkannya.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian

Juruterbang Malaysia Airlines (MAS), Kapten Hamdan Che Ismail dam Kapten Samsurin merupakan antara orang penting di sebalik ketibaan vaksin pertama Covid-19 kerana bertanggungjawab menerbangkan pesawat penumpang Airbus A330-300 ke Malaysia pagi tadii.

Kedua juruterbang tersebut menerbangkan pesawat berkenaan yang membawa kumpulan pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech membabitkan 312,390 dos ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 pagi tadi.

Sementara itu, Kapten Hamdan berkata, beliau amat terharu kerana dipilih menjadi sebahagian daripada sejarah negara pada hari ini.

"Saya berbangga kerana diberi kepercayaan untuk menerbangkan pesawat yang membawa kumpulan pertama vaksin Covid-19 sekali gus menjadi sebahagian daripada detik bersejarah yang ditunggu rakyat Malaysia," katanya.

Hamdan berkata, beliau dimaklumkan mengenai tugasan penting berkenaan oleh pihak atasan pada minggu lalu.

"Dalam penerbangan ini, saya dibantu Kapten Mohd Samsurin Mohd Mustafa bersama dua anak kapal, seorang juruteknik serta seorang 'senior manager' MasKargo sebelum berlepas dari KLIA ke Singapura jam 6 pagi tadi.

"Kami tiba di Singapura jam 7 pagi sebelum kerja-kerja pemindahan vaksin ke dalam pesawat dan berlepas dari negara berkenaan jam 9 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Hamdan yang berasal dari Tumpat, Kelantan berkata, tiada persiapan khusus dilakukannya untuk menerbangkan pesawat berkenaan, hari ini.

"Penerbangan ini sama sahaja seperti penerbangan lain. Namun, ada sedikit rasa bimbang ketika menerbangkan pesawat ini tadi kerana vaksin berkenaan mempunyai jangka hayat tersendiri serta suhu perlu sentiasa dipastikan pada paras rendah.

"Bagaimanapun, saya tidak terlalu memikirkan perkara itu memandangkan jarak penerbangan ini adalah dekat selain jumlah vaksin yang dibawa bukan jumlah besar," katanya.

Menurutnya, beliau berasa gembira kerana menjadi sebahagian daripada pihak yang terbabit dalam penghantaran kumpulan pertama vaksin terbabit.

"Saya anggap tugasan ini sebagai peluang untuk saya memberikan sumbangan dalam peristiwa bersejarah ini.

"Ia sekali gus membolehkan saya merasai perasaan membawa sesuatu yang berharga kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Vaksin Pfizer-BioNTech itu diterbangkan menggunakan pesawat Airbus 330-300 dikendalikan MABkargo Sdn Bhd (MASKargo) dari kilang Pfizer di Belgium, dengan penerbangan membawa vaksin itu berlepas dari Puurs dan transit di Lapangan Terbang Leipzig Halle, Jerman.

Kedatangan vaksin tersebut diyakini akan membuka lembaran baru di negara dengan penganalisis meramalkan kegiatan ekonomi akan kembali pulih pada pertengahan tahun ini.

Sementara itu, Malaysia mengekalkan polisi memberi dua dos vaksin Covid-19 bagi menambah keberkesanan dan mereka yang menerima suntikan itu akan diberi pasport khas.
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Khairy Jamaluddin berbincang sesuatu bersama Dr Adham dan Ka Siong di KLIA hari ini. - Foto Bernama

SEPANG - Malaysia kekal dengan polisi untuk memberikan dua dos suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech kepada penduduk di negara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pendirian itu diambil selari dengan saranan yang dibuat syarikat pengeluar vaksin tersebut.

"Perkembangan terbaharu yang kita baca baru-baru ini yang keluar dari sebuah negara yang telah melaksanakan program vaksinasi dengan kadar cepat, dinyatakan bahawa vaksin Pfizer (suntikan) satu dos sahaja memberi keberkesanan 85 peratus.

"Namun demikian, kita belum lagi buat kajian data tersebut dan kita masih lagi kekal dengan polisi dua dos untuk Pfizer," katanya dilapor Sinar Harian pada sidang media secara maya Ketibaan Bekalan Vaksin Covid-19 Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.

Hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Malaysia telah membuat ketetapan mengenai jumlah dos vaksin Covid-19 yang akan diberikan.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan turut memaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu bersetuju untuk memberikan satu skim perlindungan kepada sesiapa yang menerima kesan sampingan serius yang dapat dikaitkan secara langsung dengan pemberian vaksin.

Katanya, pengumuman lanjut mengenai skim itu akan dibuat dalam masa terdekat.
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian

Sakamoto akan menyelaras usaha di beberapa kementerian dan agensi bagi mencari penyelesaian masalah bunuh diri di Jepun. - REUTERS/Kim Kyung-Hoon

TOKYO: Tekanan dan pengasingan diri berpunca daripada situasi pandemik telah mengakibatkan peningkatan kes bunuh diri di Jepun dalam tempoh 11 tahun.

Untuk menangani masalah berkenaan, Perdana Menteri, Yoshihide Suga melantik Tetsushi Sakamoto, untuk menjawat jawatan Menteri Kesunyian.

Sakamoto akan menyelaras usaha di beberapa kementerian dan agensi bagi mencari penyelesaian masalah itu.

"Golongan wanita lebih mudah rasa terasing yang menyebabkan terdapat peningkatan bunuh diri.

"Saya harap Sakamoto dapat mengenal pasti punca dan mengemukakan strategi yang komprehensif," kata Suga.

Sakamoto dijangka menubuhkan pasukan khas dan akan mengadakan forum dengan kumpulan sokongan dalam bulan ini juga.

"Saya berharap dapat mula menjalankan aktiviti yang boleh membantu mengelak rasa sunyi dan pengasingan sosial serta menjaga hubungan dalam komuniti," kata Sakamoto yang turut bertanggungjawab menangani penurunan kadar kelahiran di negara matahari terbit itu.

Jepun antara negara dengan kadar bunuh diri tertinggi, iaitu sekitar 14.9 kes bagi setiap 100,000 individu, menurut kajian Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.

Sebilangan besar kes adalah disebabkan masalah kesihatan dan ekonomi, yang kini bertambah buruk dengan pandemik koronavirus masih berlarutan.

Selain Jepun, negara lain yang diketahui mempunyai jawatan yang hampir serupa ialah Britain.

Selain itu, Kanada, Jerman dan Australia antara negara yang sedang dalam pertimbangan untuk mewujudkan jawatan yang sama. - Agensi

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Beberapa siri latihan membawa vaksin dengan suhu ultra sejuk -70 darjah Celsius telah dijalankan sejak lima bulan lepas. - Foto Bernama

MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) sedang memperhebatkan persiapan di Advanced Cargo Centre (ACC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA - SEPANG) bagi memastikan ketibaan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech ke Malaysia pada Ahad ini, berjalan lancar.

Ketua Pegawai Operasi MASkargo Mohd Zulkefly Ujang berkata beberapa siri latihan membawa vaksin dengan suhu ultra sejuk -70 darjah Celsius telah dijalankan sejak lima bulan lepas bagi memastikan keberkesanan vaksin tersebut tidak terjejas.

"Persiapan penerimaan vaksin kini 110 peratus," katanya ketika ditemui selepas meninjau persiapan penerimaan vaksin COVID-19 di ACC di sini, hari ini.

Mohd Zulkefly berkata MASkargo yang diberi tanggungjawab menyelaras proses penerimaan vaksin di KLIA turut memastikan setiap pekerja yang bertugas pada hari penerimaan vaksin itu telah melalui kursus pengendalian vaksin.

Katanya, MASkargo mempunyai kepakaran dalam pengendalian vaksin kerana telah menguruskan penerimaan pelbagai jenis vaksin setiap hari selain mempunyai fasiliti yang lengkap.

"Kita terima pelbagai jenis vaksin setiap hari, cuma yang membezakannya adalah suhu yang diperlukan untuk vaksin tersebut," katanya.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa memaklumkan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech akan tiba di negara ini pada Ahad (21 Feb), menjelang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula pada 26 Feb ini.

Muhyiddin akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan.

Fasa pertama program imunisasi itu bermula Februari hingga April melibatkan petugas barisan hadapan, diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kurang Upaya.

Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas bermula dari Mei ini hingga Februari tahun depan. - BERNAMA
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Kata Khairy Jamaluddin, perdana menteri bakal menjadi orang pertama disuntik vaksin Pfizer untuk meyakinkan rakyat bahawa vaksin itu selamat. Foto FMT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menjadi penerima pertama suntikan vaksin Covid-19 apabila bekalannya sampai di Malaysia hujung bulan ini.

Perkara itu disahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, yang juga menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Ya saya sahkan (perdana menteri) adalah orang pertama disuntik vaksin Pfizer sebab nak beri keyakinan kepada orang ramai bahawa vaksin selamat,” kata beliau dalam rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.

Pada 4 Feb, Muhyiddin berkata, kerajaan akan memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan hujung bulan ini, dengan sasaran 80% populasi atau 26.5 juta individu menerima vaksin yang akan diberikan secara percuma dalam tiga fasa.

Fasa pertama dari bulan ini hingga April adalah untuk sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam memerangi wabak itu.

Fasa kedua dari April hingga Ogos adalah bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya.

Fasa ketiga pula adalah bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan.

Menjawab dakwaan kononnya Malaysia menerima vaksin Covid-19 agak lewat berbanding negara maju lain serta negara jiran, Khairy menjelaskan ini kerana Malaysia lebih fokus kepada perancangan program vaksinasi yang lebih cekap dan berkesan untuk dijalankan sepanjang tahun sebaik sahaja vaksin diterima akhir bulan ini.

“Kita tidaklah lambat sangat seperti Australia, Korea Selatan dan Jepun yang masih mengkaji (vaksin yang sesuai). Saya suka mempercepatkan proses pembelian dan penghantaran dan mengikut perjanjian termeterai, kita akan terima pada Februari,” tambah beliau.

Khairy berkata, Indonesia mendapat vaksin Sinovac awal kerana negara itu merupakan tempat ujian manakala Singapura membuat pelaburan dengan pengeluar vaksin Pfizer-BioNTech.

“Saya rasa Malaysia tidaklah lewat sangat kerana kita tepati perjanjian. Apabila kita menerimanya (vaksin), kita akan dapat buat program vaksinasi. Tidak guna ada vaksin yang banyak tetapi tidak dapat membuat suntikan berkesan,” kata beliau.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian

 Khairy Jamaluddin says the government is focused on planning an efficient and effective vaccination immunisation programme. (Bernama pic)

KUALA LUMPUR: Prime Minister Muhyiddin Yassin will be the first person to receive the Covid-19 vaccine when the national vaccination programme is implemented in the country later this month.

This has been confirmed by science, technology and innovation minister Khairy Jamaluddin, who is also the coordinating minister for the National Covid-19 Immunisation Programme.

“Yes, I can confirm that the prime minister will be the first person to be vaccinated with the Pfizer vaccine to give confidence to the public that the vaccine is safe,” he said on Bernama TV’s talk show, “Ruang Bicara”, last night.

On Feb 4, Muhyiddin was reported to have said that the National Covid-19 Immunisation Programme would start at end of the month with the government targeting 80% of the country’s population or 26.5 million individuals to receive the vaccine, to be conducted in three phases and that it will be given for free.

The first phase, from February to April, is for the 500,000 frontliners who are directly involved in the fight against Covid-19, while the second phase, from April to August, is for the high-risk group, comprising senior citizens aged 60 and above and the vulnerable group with morbidity problems, such as heart disease, obesity, diabetes and high blood pressure, as well as persons with disabilities (PwD).

The third phase is from May to February next year and it is for those aged 18 and above.

On complaints that Malaysians are getting the Covid-19 vaccine later than other developed countries and also neighbouring countries, Khairy said it was because the government is more focused on planning a more efficient and effective vaccination immunisation programme.

“We are not that late, like Australia, South Korea and Japan which are still studying (the suitability of the vaccine). I like to expedite the purchase and delivery process and so far, according to the agreement signed, we will receive (the vaccine) in February, “he added.

Khairy said Indonesia was able to get the Sinovac vaccine early because the republic was a testing ground, while Singapore also got the vaccine early because of its investment with Pfizer-BioNTech, which is the producer.

As such, both countries were given priority by the producers, he added. - Bernama

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. - Foto FMT

Tindakan lebih tegas akan diambil tanpa kompromi selepas 4 Feb ini terhadap mana-mana individu yang mengingkari perintah kawalan pergerakan berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ini kerana setiap hari, kes Covid-19 dilaporkan meningkat khususnya melibatkan pekerja tapak pembinaan dan kilang.

“Kedua-dua sektor berkenaan (pembinaan dan kilang) merupakan antara penyumbang tertinggi kes Covid-19 di dalam negara ini.

“Seperti yang semua sedia maklum, kita tidak ada lagi kluster pasar pagi dan kluster gerai tepi jalan kerana kita ada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selain mengambil tindakan berdasarkan fakta yang ada,” katanya selepas meninjau sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak.

Ismail Sabri berkata semua majikan kedua-dua sektor diarah melakukan ujian saringan Covid-19 ke atas pekerja asing mereka mulai hari ini di seluruh negara.

Beliau berkata sebelum ini, hanya pekerja asing di sektor terbabit di enam negeri sahaja diwajibkan berbuat demikian.

“Ia adalah untuk memantau status kesihatan pekerja asing yang berkemungkinan menyebarkan Covid-19 dalam kalangan komuniti tempatan,” katanya.

Ismail Sabri berkata Ordinan Darurat juga akan dipinda dari segi perumahan pekerja asing yang merupakan antara punca peningkatan kes Covid-19.

“Perumahan pekerja asing ini tidak kondusif kerana kebanyakan mereka tinggal di rumah dalam keadaan berhimpit seperti dua atau tiga orang untuk satu rumah.

“Ordinan Darurat akan dipinda untuk memastikan majikan menyediakan tempat tinggal yang baik kepada pekerja asing mereka dan Ordinan Darurat boleh melakukan perkara itu,” katanya.

Beliau juga berkata sudah banyak kilang ditutup kerana melanggar SOP dan terdapat pekerjanya yang positif Covid-19.- Bernama

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah - Foto NSTP

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan kes harian Covid-19 baru-baru ini sehingga berjumlah 16,751 disebabkan oleh tunggakan kes lama yang lambat dilapor.

“Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengesahkan bahawa situasi ini disebabkan oleh pelaporan lewat kes-kes ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis CPRC) Kebangsaan termasuk kes-kes yang dikesan positif pada tahun 2020.

“Peningkatan kes yang mendadak ini adalah disebabkan oleh saringan bersasar di tempat kerja, saringan kontak rapat, dan saringan kumpulan berisiko tinggi yang dijalankan secara besar-besaran di beberapa buah negeri.

“Namun begitu, kes-kes yang lewat dilaporkan ini telah diambil tindakan sewajarnya di lapangan oleh pejabat kesihatan daerah (PKD) berkenaan seperti pengasingan dan rawatan ke atas kes-kes positif, pengesanan kontak rapat serta pengesanan kes secara aktif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, terdapat juga kelewatan laporan menggunakan Sistem Makmal Kesihatan Awam (Simka) oleh fasiliti swasta berdaftar misalnya klinik-klinik dan hospital-hospital swasta.

Katanya, Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan tunggakan itu diselesaikan.

Sebelum ini media melaporkan, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari juga mendedahkan lonjakan kes disebabkan oleh tunggakan.

Amirudin menegaskan ada rancangan untuk mendenda klinik swasta dan hospital yang tidak segera melaporkan kes Covid-19 melalui Simka.

Selangor telah mencatat jumlah tertinggi dalam kenaikan tiga hari ini, berjumlah 8,876.

BACA LANJUTTommy dedah siapa Mahathir fakta mengejutkan - Dr Kamarul 

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Tawaran Pakej Kuarantin oleh Eastin Hotel KL - Foto Facebook

KUALA  LUMPUR - Hotel terkemuka cuba menarik pelanggan dalam menghadapi wabak Covid-19 dengan menawarkan penginapan kepada mangsa positif yang sedang menjalani kuarantin.

The Eastin Hotel di Kuala Lumpur kini mempromosikan pakej kuarantin selama tujuh hari sehingga dua minggu dengan menyediakan perkhidmatan termasuk menghantar makanan yang dibungkus ke bilik pelanggan.

Perkembangan ini berlaku ketika jumlah kes Covid-19 semakin meningkat dan langkah kerajaan membenarkan individu yang tidak bergejala tinggal di rumah untuk menjalani kuarantin.

Sebelum ini, banyak hotel menyediakan pakej 'bekerja dari hotel' bagi mereka yang mahu menukar suasana bekerja dari rumah.

Kelonggaran sekatan perjalanan rentas negeri dikatakan bakal memberi nafas baru bagi industri perhotelan.

Portal Free Malaysia Today melaporkan ketua eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Yap Lip Seng berkata, kadar tempahan kebanyakan hotel jatuh ke bawah 20 peratus selepas PKP 2.0 diumumkan.

“Setelah mengalami kerugian selama hampir setahun, keadaan sekarang adalah lebih buruk.

“Hotel terpaksa membuat keputusan segera. Ia mungkin tidak mampu menunggu keputusan kerajaan sama ada PKP akan dilanjutkan atau sebaliknya. Ketidakjelasan itu menyukarkan perancangan,” katanya seperti dilapor.

Setiausaha agung Kesatuan Pekerja Hotel, Bar dan Restoran Semenanjung Malaysia Rosli Affandi yang berkata, lebih 8,000 ahli kesatuan itu kini terhimpit.

Menurutnya, ramai kakitangan belum mendapat gaji mereka dan terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama tiga hingga empat bulan.

“Ramai pekerja hotel kini dilanda kemiskinan. Mereka membuat hingga tiga kerja sekali gus, menjual kuih dan pelbagai kerja sambilan hanya untuk hidup," katanya dipetik FMT.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Covid 19 Indonesia Frontliners - Foto kredit ANTARA/Asprilla Dwi Adha

Indonesia mencatatkan 14,518 jangkitan baharu Covid-19 semalam, menjadikan kes harian tertinggi setakat ini sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac 2020, lapor Bernama.

Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, covid19.go.id., kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 1,066,313 kes manakala pesakit yang sembuh berjumlah 862,502 orang.

Bagi tempoh 12 tengah hari kelmarin sehingga 12 tengah semalam, sebanyak 210 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 29,728 orang.

Provinsi Jakarta menjadi provinsi paling tinggi mencatatkan kes positif keseluruhan iaitu 266,244 kes manakala Jawa Timur menjadi provinsi paling tinggi kematian keseluruhan iaitu 7,754 orang, lapor agensi berita nasional itu semalam.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Poll yang dibuat portal The Malaysian Insight di Twitter

The Malaysian Insight melaporkan melalui bancian yang dibuat di laman Twitter mendapati, 9 daripada 10 responden memilih mereka tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengawal pandemik Covid-19.

Dalam tinjauan 24 jam yang dibuat pada Jumaat, 96% daripada 2,450 responden berkata mereka tidak berpuas hati dengan cara bagaimana wabak Covid-19 dikekang oleh kerajaan. Hanya 4% berpuas hati.

Portal Malaysia Dateline pula mendapati di Facebook, 92% daripada responden mengatakan tidak kepada soalan adakah mereka berpuas hati dengan bagaimana kerajaan mengawal pandemik itu.

Sebahagian pengguna media sosial terkenal itu juga meminta agar Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dipecat.

Mereka juga melahirkan rasa tidak berpuashati dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri yang hanya membacakan teks yang disediakan tetapi tidak menjelaskan banyak perkara.

Mereka juga berkata, penguatkuasaan SOP juga lemah dan selalu bertukar-tukar.

Pengguna Twitter Aruna (@imfsea_aruna) pada hari Jumaat berkata, “Menteri Kesihatan (Dr Adham Baba) harus dipecat segera.

“Menteri Pertahanan Ismail Sabri disinonimkan dengan kes Covid-19, membaca teks dan menerangkan jumlah orang yang ditangkap dan didenda semasa PKP.

“Tetapi tidak ada yang tahu berapa banyak denda yang dikumpulkan kerajaan,” kata Aruna.

Dari hasil tinjauan tersebut, pengarah eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata, beliau tidak terkejut dengan hasil tinjauan itu.

“Sangat jelas ramai yang tidak berpuas hati dengan PKP 2.0 dan Darurat kerana gagal menurunkan jumlah jangkitan selepa dua minggu mengumumkannya pada 11 Januari.

“Penguatkuasaan SOP yang lemah dan selalu bertukar-tukar dalam membuat keputusan kerajaan menunjukkan Majlis Keselamatan Nasional belum belajar apa-apa dari PKP 1.0,” kata beliau sebagaimana dilaporkan oleh portal berita berbayar itu.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Tengku Zafrul Abdul Aziz Menteri Kewangan - Foto ihsan Malaysia Gazette

Malaysia tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh ke atas ekonomi walaupun jika berlaku senario terburuk, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Sebaliknya, kerajaan akan terus memberi fokus kepada penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat sekiranya angka jangkitan kes Covid-19 di negara ini kekal tinggi.

“Berdasarkan model semasa, kami percaya jumlah kes akan turun.

”Dengan andaian senario terburuk (sudah menjadi kenyataan), tidak akan berlaku sekatan menyeluruh ke atas ekonomi, kita akan terus fokus pada SOP yang lebih ketat, ” katanya dalam wawancara bersama CNBC hari ini seperti dilapor MalaysiaGazette.

Tengku Zafrul menjawab pertanyaan tentang apakah kerajaan akan menutup sektor tertentu atau tidak atau sektor mana yang menjadi keutamaan untuk ditutup jika perintah kawalan pergerakan (PKP 2.0) dilanjutkan atau jika program vaksin Covid-19 tidak berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Katanya, sekiranya jumlah kes terus meningkat, masalah utama seperti kepatuhan dan penguatkuasaan SOP harus ditangani.

Malaysia mencatatkan 4,094 kes Covid-19 baharu semalam, menjadikan jumlah jangkitan negara setakat ini bertambah kepada 198,208 kes.

Tengku Zafrul turut menolak tanggapan kenaikan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini akan mempengaruhi prestasi eksport.

“Ya, ringgit mengukuh berbanding dolar AS dan mata wang lain, tetapi kerana perdagangan global diramalkan tumbuh sekitar 8% pada tahun 2021 berbanding 2020, Malaysia akan mendapat keuntungan daripada itu.

“Dan, saya yakin prestasi ringgit tidak akan memberi kesan buruk kepada eksport,” katanya.

Zafrul turut melahirkan keyakinan program vaksinasi Covid-19 yang dijangka selesai pada suku pertama 2020 dapat membantu memacu pemulihan ekonomi Malaysia.

Malaysia dijangka menerima kumpulan pertama vaksin Pfizer pada akhir Februari ini.

Media melaporkan program vaksinasi dijadual bermula awal Mac depan, akan dilaksanakan secara berfasa bagi tempoh 12 hingga 18 bulan dengan hampir 27 juta orang penduduk dijangka menerima suntikan pada suku pertama tahun depan.



Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
A man walks past a graffiti of people wearing protective masks amidst the spread of COVID-19 on a street in Navi Mumbai, India on Jan 21, 2021. - pix Reuters/Francis Mascarenhas

India reported its lowest active number of novel coronavirus cases in seven months on Saturday (Jan 30), a year after the virus was first confirmed in the country.

A year ago, a student from the southern state of Kerala tested positive for COVID-19 after returning to India from Wuhan in China, the global epicentre of the virus.

To arrest the spread of the virus, Prime Minister Narendra Modi's government imposed a nationwide lockdown on the 1.3 billion population in late March.

The lockdown, in which domestic and international travel was banned and factories, schools, offices and all shops other than those supplying essential services were shut, crippled India's economy, which is set to contract 7.7 per cent in the current fiscal year to March 31.

India was reporting fewer cases until April 2020, but from May onwards cases started rising and peaked by mid-September to close to 100,000 daily cases.

The infection rate has slowed significantly since September and on Saturday 13,083 new cases were reported, one of the lowest figures on record and down from more than 20,000 each day at the beginning of the month, federal health data showed.

India has around 170,000 active COVID-19 patients, the lowest since June 2020. It has reported 10.7 million infections and 154,147 deaths - one of the world's lowest fatality rates, attributed partly to its relatively young population. - CNA/Reuters