Articles by "Anwar"
Memaparkan catatan dengan label Anwar. Papar semua catatan
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Ordinan baharu 'Darurat' denda RM10 ribu jika melanggar SOP itu bakal berkuat kuasa pada 11 Mac ini. (Gambar Bernama)

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim membidas kerajaan selepas menaikkan denda kerana melanggar peraturan Covid-19 kepada RM10,000 dengan berkata keluarga miskin yang akan menjadi mangsa jumlah setinggi itu.

Free Malaysia Today melaporkan, dalam video dimuat naik ke media sosial, Presiden PKR itu mempersoalkan apa yang diutamakan kerajaan.

“Jika kerajaan melakukannya untuk memastikan peraturan dipatuhi, saya bersetuju namun ini hanya akan membebankan rakyat,” katanya dengan merujuk kepada beberapa kes orang kenamaan ‘terlepas’ hukuman berbanding orang biasa.

Ordinan Darurat (Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit) 2021 baharu yang diterbitkan di laman web Warta Persekutuan memperuntukkan seseorang boleh didenda sehingga RM10,000 kerana melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ordinan yang berkuat kuasa pada 11 Mac ini turut menyatakan syarikat yang melanggar peraturan PKP boleh didenda sehingga RM50,000.

Susulan itu, Anwar berkata, walaupun memandang serius perbuatan mereka yang melanggar peraturan berkenaan, beliau tidak dapat menerima keadaan dianggap dwistandard.

“Saya menggesa kerajaan menyemak semula denda ini,” katanya dipetik FMT.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Kenyataan media Presiden PKR, Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kes Malaysiakini didenda kerana komen pembaca dan penerbit buku Memoir Tommy Thomas - Foto MKini

oleh Anwar Ibrahim 

Saya terkesan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini terhadap laman berita Malaysiakini atas sebab menghina mahkamah dan juga denda yang melampau tinggi yang dikenakan terhadapnya.

Serbuan pihak berkuasa terhadap Gerakbudaya dan tindakan merampas sebahagian dari komputer mereka adalah juga memprihatinkan.

Kebebasan bersuara adalah tiang seri dan elemen terpenting dalam mana-mana sistem masyarakat yang demokratik.

Kesemua cabang pemerintah adalah bertanggungjawab dalam memelihara dan melindungi kebebasan bersuara sepertimana yang diperteguh di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam perkara terkait penghinaan terhadap mahkamah dan subjudis, kita boleh bersetuju dengan sudut pandang Majlis Peguam bahawa mesti wujud keseimbangan antara pemeliharaan prinsip kebebasan bersuara dan penegakan hukum yang jelas.

Dalam masa yang sangat singkat Perikatan Nasional mengemudi negara, tampaknya terdapat serangan yang berterusan ke atas kebebasan bersuara dan kebebasan media, termasuk penyiasatan dan gangguan terhadap para wartawan, para pemuka masyarakat madani, ahli-ahli Parlimen dan kini badan-badan berita yang bebas.

Pemerintah yang kuat dan yang punyai keyakinan terkait keabsahan mereka tidak mungkin akan berkelakuan seperti ini.

Apa yang kita dihadapkan hari ini adalah sikap sebuah kerajaan yang lemah yang sentiasa mencari jalan untuk mengelak dari masyarakat umum dan kebertanggungjawaban dalam bentuk Pengisytiharan Darurat, penggantungan Parlimen dan serangan yang berterusan terhadap media yang bebas.

Malaysiakini tidak dituduh kerana melaporkan berita palsu, tetapi mereka dihukum kerana komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna-pengguna internet yang tidak dikenali di laman berita mereka.

Taktik semacam ini pernah dilakukan oleh banyak kerajaan di seluruh dunia, dan ini adalah tanda-tanda bahawa Malaysia sedang bergerak pantas ke arah kediktatoran.

Tindakan ini hanya akan merobek kepercayaan dan keyakinan dalam soal penegakan negara hukum di Malaysia dan akan menjauhkan lagi para pelabur asing dari negara ini.

Saya terharu dengan dukungan rakyat terhadap Malaysiakini saat ini. Majoriti rakyat Malaysia senantiasa komited dalam memperteguh dan mempertahankan prinsip-prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan.

ANWAR IBRAHIM

19 Februari 2021.

*Kenyataan media di atas diambil dari laman Facebook Anwar Ibrahim tidak semestinya mewakili pandangan MalaysiaStyloNews.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Muhyiddin Yassin ketika menghadiri sidang dewan rakyat Parlimen - Foto ihsan BorneoPost

Pemerhati politik berpendapat, persidangan Dewan Rakyat boleh diteruskan, sekiranya anggota parlimen tidak mempunyai motif politik dan hanya memfokuskan isu rakyat.

Penganalisis politik Azmi Hassan, masalah timbul apabila persidangan Parlimen digunakan untuk menekan keabsahan kerajaan yang didakwa sudah hilang majoriti.

“(Persidangan Parlimen) tak jadi masalah. Masalahnya apabila ia digunakan untuk tujuan politik bukan untuk semak dan imbang bagi tangani pandemik (Covid-19).

“Tetapi untuk tekan perdana menteri supaya letak jawatan, bubar parlimen, (dcengan alasan) kerajaan tak cukup majoriti dan sebagainya,

"Sekiranya setiap anggota parlimen dapat mengemukakan surat akujanji untuk tidak membahas soal isu keabsahan kerajaan, maka tidak mustahil persidangan boleh diteruskan.

“Kalau ahli parlimen boleh buat surat akujanji supaya sidang diadakan dan mereka tidak akan biarkan ia gelumang dengan agenda politik. Jadi tak perlu digantung (persidangan Dewan Rakyat).

“Kita perlukan anggota parlimen untuk membahas isu kesihatan awam dan cara penyelesaian untuk tangani isu tersebut,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Bekas pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof Dr Jeniri Amir, dilapor Malaysiakini turut berpendapat, persidangan Parlimen boleh diadakan sekiranya wakil rakyat fokus untuk hanya membahaskan lima isu utama, iaitu isu Covid-19, keselamatan, pendidikan, rakyat, dan polisi.

Prof Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya menjelaskan, amat wajar sidang Dewan Rakyat dilaksanakan secepat mungkin.

“Rakyat sendiri berasa pelik kerana banyak pembukaan pelbagai sektor dibenarkan namun parlimen yang khusus 222 ahli parlimen tidak dibenarkan. Akibat daripada ini ramai beranggapan tindakan ini lebih bermotif politik.

“Sebaliknya jika tak mahu laksana sidang Parlimen yang akan timbulkan isu seperti perdana menteri dan Perikatan Nasional (PN) cuba elak berdepan isu keabsahan,” katanya dipetik Malaysiakini.

Pemerhati politik Arif Anwar Lokmanol Hakim pula berkata, tiada masalah sekiranya kerajaan ingin meneruskan sidang Parlimen tetapi ia terletak di tangan Muhyiddin.

Ketika ini, negara berada di bawah darurat susulan pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 12 Jan lalu bagi membendung pandemik Covid-19 di negara ini. Ia berkuat kuasa dari 11 Jan hingga 1 Ogos nanti.

Susulan itu, sidang parlimen, dewan undangan negeri (DUN) dan pilihan raya - termasuk pilihan raya umum, negeri atau kecil - tidak akan diadakan sepanjang perintah darurat berkuat kuasa.

Bagaimanapun, pengkritik menuduh Muhyiddin menggunakan darurat untuk terus berkuasa setelah didakwa hilang majoriti di Dewan Rakyat.

Perkembangan itu juga hadir ketika beberapa wakil rakyat Umno menarik semula sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Anggota Parlimen BN, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) sebelum ini mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan diikuti Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) serta Nazri Aziz (Padang Rengas).
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Rakyat yang akan menentukan siapa pemimpin terbaik untuk memimpin Malaysia sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat ini.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pilihan itu terletak sepenuhnya pada rakyat.

"Banyak orang hendak jadi pemimpin. Mereka (rakyat) boleh pilihlah yang mana satu.

"Kalau mereka berpendapat bahawa Datuk Seri Anwar (Ketua Pembangkang) layak, ok itu proses demokrasi," katanya dalam wawancara anjuran Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditanya Tan Sri Johan Jaaffar tentang siapa yang bakal memimpin pembangkang sekiranya PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

Sementara itu, ditanya sama ada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan bersama Pakatan Harapan (PH) untuk menentang Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya akan datang, Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan itu.

Katanya, Pejuang tidak mempunyai pilihan lain sekiranya PH yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pada PRU15.

"Kalau dia (Anwar) menang (PRU15) saya hendak buat apa? Seperti mana sekarang ini (Tan Sri) Muhyididn jadi Perdana Menteri, saya tidak boleh buat apa," katanya.

Muhyiddin perlu buang sikap pilih 'penasihat' politik

Dalam wawancara tersebut Dr Mahathir turut berkata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuang sikap memilih 'penasihat politik' bagi membantu dirinya berdepan dengan darurat besar dalam negara ketika ini.

Menurut Dr Mahathir, sikap tersebut perlu dibuang Ahli Parlimen Pagoh itu sekiranya ingin kekal dengan jawatan yang dipegangnya ketika ini.

Katanya, Muhyiddin sepatutnya melantik pakar dan penasihat dalam bidang berkaitan seperti yang dilakukan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak ketika berdepan darurat sebelum ini.

"Satu orang (Muhyiddin) sahaja tidak boleh hendak tangani semua ini, sepatutnya (buat) macam Tun razak dulu dia tubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) dia (Tun Razak) ambil orang yang pakar dan penasihat.

"Jadi saya berpendapat bahawa kalau Muhyiddin hendak jadi Perdana Menteri, kita guna penasihat, guna penasihat yang ada pengalaman, bukan hendak jadi (pilih) orang parti (politik) penasihat, tidak guna," katanya dalam wawancara anjuran Sinar Harian

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, sikap Muhyiddin yang memilih hanya individu yang menyokong aspirasi politiknya tidak wajar berlaku.

Katanya, Muhyiddin sebelum ini pernah memanggil bekas menteri yang pernah berkhidmat di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) menemui dirinya.

Jelasnya, dalam pertemuan itu, Muhyiddin bertanya sama ada menteri itu menyokong dirinya atau sebaliknya.

"Dia (Muhyiddin) tanya awak (bekas menteri) hendak apa, kamu hendak menteri mana? Orang kata tidak mahu, (lalu) jadi musuh dia," katanya dipetik Sinar Harian.

MESTI BACA: "Selepas Vaksin, Darurat Politik, Takda Alasan Lagi Gantung Parlimen," Kata Rafidah Aziz

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Tun Dr Mahathir dalam wawancara anjuran Sinar Harian - Foto Rosli Talib & Asril Aswandi Shukor

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa beliau sudah mengambil keputusan untuk berehat daripada politik selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003.

Bagaimanapun katanya, selepas seminggu keputusan dibuat ada pihak mendesak beliau kembali kerana ada yang mendakwa Perdana Menteri menggantikan tempat beliau gagal menjalankan tugas.

“Apabila saya letak jawatan pada tahun 2003, saya pun berharap akan dapat berehat, mungkin enjoy live sikit pi jalan sana-sini tetapi selepas seminggu saya letak jawatan (ada) orang datang minta (tolong).

“Tun tolonglah buat sesuatu kerana mereka berpendapat bahawa yang menjadi Perdana Menteri ketika itu tidak menjalankan tugas dengan baik. Satu minggu sahaja sudah nampak berlainan keadaan (nya).

“Jadi mereka datang dan (seterusnya) rombongan demi rombongan datang minta saya buat sesuatu. Bagi saya, saya cuba nasihat (pemimpin terbabit) tapi nasihat tidak berkesan,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian ketika Wawancara Khas Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Sinar Harian yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar selaku moderator di Studio F Kompleks Karangkraf di sini pada Rabu.

Dr Mahathir berkata, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk keluar daripada parti yang dianggotainya bagi memudahkannya membuat teguran.

“Akhirnya saya terpaksa keluar daripada parti (UMNO) dan menentang kerajaan (UMNO ketika itu),” katanya.

Rakyat yang akan menentukan siapa pemimpin terbaik untuk memimpin Malaysia sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pilihan itu terletak sepenuhnya pada rakyat.

"Banyak orang hendak jadi pemimpin. Mereka (rakyat) boleh pilihlah yang mana satu.

"Kalau mereka berpendapat bahawa Datuk Seri Anwar (Ketua Pembangkang) layak, ok itu proses demokrasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya siapa yang bakal memimpin pembangkang sekiranya PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

Sementara itu, ditanya sama ada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan bersama Pakatan Harapan (PH) untuk menentang Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya akan datang, Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan itu.

Katanya, Pejuang tidak mempunyai pilihan lain sekiranya PH yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pada PRU15.

"Kalau dia (Anwar) menang (PRU15) saya hendak buat apa? Seperti mana sekarang ini (Tan Sri) Muhyididn jadi Perdana Menteri, saya tidak boleh buat apa," katanya.

MESTI BACA: "Selepas Vaksin, Darurat Politik, Takda Alasan Lagi Gantung Parlimen," Kata Rafidah Aziz

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Lim Guan Eng - DAP dan Mohamad Sabu - Amanah sokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim merayu Agong menarik balik perisytiharan darurat serta sidang Parlimen diadakan segera. - Foto Twitter

Presiden Amanah Mohamad Sabu menjelaskan pemimpin Pakatan Harapan (PH) bersetuju dengan keputusan Anwar Ibrahim menghantar senarai Ahli Parlimen menolak pelaksanaan darurat dan Parlimen bersidang segera kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Tindakan Anwar menghantar nama-nama majoriti MP (Ahli Parlimen) yang menyokong beliau kepada Agong dan tindakan tiga ADUN dari Johor, Perak dan Kedah menyaman Muhyiddin Yassin atas nasihat yang salah untuk dilaksanakan darurat adalah keputusan bersama PH,” tulisnya di Twitter.

Kenyataan Mohamad atau Mat Sabu itu menyusul selepas polis berkata, mereka sedang menyiasat Anwar berhubung kenyataannya merayu Agong membatalkan perisytiharan darurat.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Anwar difahamkan telah menghantar senarai 99 Ahli Parlimen, terdiri daripada PH, Pejuang dan beberapa parti di Sarawak kepada Agong pada 19 Jan lalu, sementara Warisan menghantar senarai berasingan.

Pada 14 Jan lalu, Anwar memaklumkan beliau sudah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah membatalkan pelaksanaan darurat dan sidang Parlimen segera diadakan.

Ia disusuli tindakan Anwar memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung peranan perdana menteri dalam perisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen pada 25 Jan lalu.

Selasa lalu, tiga wakil rakyat PH memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap peranan perdana menteri dalam perisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen serta semua Dewan Undangan Negeri.

Pada 12 Jan lalu, Agong memberi perkenan darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos atau lebih awal, jika angka kes Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Anwar pada 23 Jan lalu mendakwa 114 atau 115 Ahli Parlimen menolak usul darurat daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, jumlah itu mencukupi dan meminta Agong mempertimbangkan usul itu serta segera memanggil Parlimen bersidang.
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Anwar menjelaskan tindakan samannya di mahkamah terhadap PM berkenaan isu Darurat - Foto AI Anwar Ibrahim Facebook

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata banyak negara menjadi jahanam apabila adanya penguasa yang menganggap dirinya serba tahu.

Ketua Pembangkang itu berkata, sikap penguasa yang hanya berpura-pura bercakap soal kepentingan dan keprihatinan rakyat dalam masa yang sama rasuah berleluasa, perbuatan itu mesti dihentikan.

“Dalam rasuah banyak pun boleh bercakap soal jaga rakyat, prihatin pada rakyat tetapi apabila fikir soal kuasa dan kepentingan dia… Ini mesti dihentikan,” tegas Anwar dalam sesi secara langsung di Facebooknya malam tadi seperti dilapor portal MalaysiaDateline.

Kerana inilah katanya bertindak menyaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin dan kerajaan disebabkan sudah terpesong.

Apatah lagi katanya, kerajaan Perikatan Nasional hari ini bertugas bertentangan dengan semangat perlembagaan walaupun darurat dalam Perlembagaan perkara 105(3) bahawa Parlimen boleh berjalan sendiri.

“Tidak boleh terima pandangan lain inilah keangkuhan kuasa. Oleh sebab itulah saya selaku Ketua Pembangkang tampil untuk mengemukakan pertimbangan untuk mahkamah saman perdana menteri dan kerajaan.

“Kita mengatakan PM tidak menjalankan tanggungjawab dia.

“Pertama dia dah hilang pun majoriti, dia patut nasihat YDPA keadaan sebenar.

“Kedua kalau hendak tangani Covid kita semua tidak kira kerajaan dan pembangkang mesti setuju semua, hendak bagi bantuan tambahan kepada barisa hadapan kita setuju, nak tambah peruntukan kepada kemudahan hospital kita setuju, nak tambah masa PKP untuk kawal covid kita setuju.

“Tidak ada bantahan hal-hal demikian melainkan cadangan balas dan pandangan pakar-pakar yang sudah ada tetapi apa yang dilakukan ialah sytihar darurat,” katanya.

Anwar berkata, selepas tindakan beliau ke mahkamah timbul pula tuduhan Anwar hendak derhaka sedangkan beliau menolak untuk menyentuh Raja.

“Kita tahu ucapan menteri terdahulu jauh lebih kasar menyerang raja kita, saya hanya menyanggah keputusan PM.

“Kenyataan yang dibuat kononya hendak mempertahankan Raja tetapi sengaja mengheret Raja dalam hal ini.

“Saya nyatakan perdana Menteri, kamu Tan Sri Muhyiddin dan kerajaan patut sampaikan nasihat yang betul berdasarkan peruntukan undang-undang dan perlembagaan,” katanya seperti dilapor MalaysiaDateline.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Anwar Ibrahim disebut-sebut calon Perdana Menteri terbaik sekiranya Muhyiddin Yassin berundur atau dijatuhkan melalui PRU15. - Foto Financial Times

Kerajaan perpaduan diterajui ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai penyelesaian terbaik untuk blok pembangkang dan kerajaan, berbanding tindakan mencabar proklamasi darurat.

Penganalisis politik, Dr Lim Teck Ghee berkata, sudah tiba masanya untuk semua pihak menghentikan pertikaian politik kerana kepentingan negara perlu menjadi keutamaan.

Katanya, pilihan terbaik adalah ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokongnya menubuhkan kerajaan perpaduan, yang merupakan pilihan ‘win-win’ bagi pembangkang dan kerajaan.

“Anwar bukan satu-satunya yang menimbulkan keraguan akan keperluan pengisytiharan darurat. Bekas presiden majlis peguam, organisasi masyarakat dan pihak berkepentingan selain pembangkang juga mempersoalkan keperluan darurat ketika ini.

“Mereka lihat, darurat hanya bertujuan menghentikan sidang Parlimen kerana semua aktiviti lain termasuk sektor ekonomi dan sosial normal dibenarkan,” katanya dipetik The Sun dan dilapor MalaysiaDateline.

Anwar bebarapa hari lepas, mendakwa seramai 114 atau 115 Ahli Parlimen menyatakan bantahan mereka terhadap darurat yang diusulkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kerana itu Lim berkata, kenyataan Anwar perlu dilihat sebagai peringatan kepada semua pihak bahawa Presiden PKR itu mendapat sokongan majoriti Parlimen untuk mengambil alih kerajaan.

Sementara itu The Sun juga memetik pakar geostrategi Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Azmi Hassan yang berkata, sekarang bukan masa terbaik untuk membentuk kerajaan perpaduan tetapi membentuk kerajaan stabil ditambah lagi ketika berdepan pandemik Covid-19. 
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian

Anwar Ibrahim memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan menggantung parlimen dalam tempoh darurat. - Foto Financial Times

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon deklarasi dari mahkamah bahawa nasihat perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung parlimen dalam tempoh darurat adalah bertentangan undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan.

"Perlu ditekankan di sini bahawa apa yang dicabar dalam permohonan tersebut bukannya pengisytiharan darurat, tetapi keputusan Perdana Menteri (melalui Jemaah Menteri) untuk Yang di-Pertuan Agong untuk meluluskan kaedah 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat tersebut.

"Nasihat Perdana Menteri tersebut adalah dikatakan bertentangan undang-undang ,” kata peguam Anwar, Ramkarpal Singh dalam satu kenyataan hari ini dipetik Malaysiakini.

Sebelum ini, tuntutan sama difailkan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan antara lain meminta mahkamah memutuskan apakah nasihat Muhyiddin tidak sah kerana dia didakwa kehilangan sokongan majoriti anggota parlimen di Parlimen ketika menasihati Agong pada 11 Jan.

Setakat 11 Januari, sekurang-kurangnya dua ahli parlimen Umno - Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) and Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) telah menarik sokongan mereka terhadap Muhyiddin.

Pada masa itu, bilangan sokongan Muhyiddin adalah seramai 110 berbanding 220 ahli parlimen, kerana terdapat dua kerusi kosong di Dewan Rakyat daripada keseluruhan 222 kerusi.

KLIK BACA: Potong gaji Menteri, Duta Khas masa darurat, Parlimen digantung dari membazir.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa ini adalah masa untuk kerajaan melaksanakan penguatkuasaan yang ketat, dan bukannya memberi muka kepada sektor seperti kilang pembuatan untuk beroperasi lagi.

Portal Malaysia Dateline melaporkan Anwar berkata, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menjelaskan kepada wakil-wakil industri bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenalpasti sektor pembuatan sebagai sektor utama yang menyumbang kepada penularan wabak Covid-19.

Perkara itu diberitahu EUMalaysia Chamber of Commerce and Industry (EUROCHAM) menerusi suratnya yang memaklumkan kepada anggota industri bahawa kerajaan Malaysia berhasrat melakukan penutupan penuh selepas 4 Februari.

Justeru Anwar tertanya, mengapa syarikat-syarikat dan kilang-kilang masih dibenarkan beroperasi tanpa dikenakan hukuman.

“Kadar penularan yang tinggi dalam kalangan pekerja asing telah dikenalpasti sekurang-kurangnya empat bulan yang lalu dengan banyak aduan yang mendakwa berlakunya pelanggaran SOP di dorm pekerja asing.

“Singapura telah melaksanakan ujian besar-besaran dalam kalangan pekerja asing di sana, manakala Malaysia masih acuh tak acuh dalam melaksanakannya.

“Padahal, ia langkah yang paling penting dan boleh dilaksanakan,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini mendedahkan wujud peningkatan kluster membabitkan tempat kerja berjumlah 225 atau 64.3 peratus daripada 350 kluster baharu sejak 6 Januari sehingga 22 Januari lalu.

Menurut Dr Hisham, bagi tempoh itu, sejumlah 112,225 individu disaring dan 28,477 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster-kluster tersebut.
Ahli Parlimen Port Dickson itu mempersoal sikap kerajaan yang menganggap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berjaya mengurangkan penyebaran wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja asing.

Tambah Anwar, tindakan kerajaan tidak menutup sektor yang mempunyai kadar jangkitan tertinggi, hanya akan melanjutkan tempoh PKP selain memberi impak pada jutaan rakyat Malaysia yang sedang memainkan peranan dalam membendung penularan wabak ini.

Beliau juga sekali lagi memetik surat EUROCHAM yang mengesahkan bahawa apa yang dirasakan oleh rakyat Malaysia, bahawa langkah dan tindakan kerajaan dalam menangani Covid-19 di negara ini cukup lemah dan ketinggalan.
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Anwar dan Shafie Apdal calon terkuat menjadi Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin. - Foto ihsan FMT

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa majoriti ahli Parlimen menolak pengisytiharan darurat dan penggantungan sesi Dewan Rakyat.

Beliau mendakwa, seramai 114 atau 115 ahli Parlimen menolak kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran keputusannya mengisytiharkan darurat tersebut.

“Yang nyata sekarang dan tidak boleh disangkal adalah jumlah setakat ini yang menolak pandangan Perikatan Nasional melibatkan perkara besar berkenaan darurat dan penggantungan Parlimen ini ditolak oleh majoriti ahli Parlimen.

“Dan sekarang GPS Sarawak sedang membincangkan…saya tidak tahu keputusan tapi kalau ini yang berlaku maknanya yang komited betul untuk mendukung darurat itu mungkin tak sampai 90 ahli Parlimen atau jauh kurang,” katanya.

Portal MalaysiaGazette melaporkan Anwar berkata demikian ketika menjadi panel jemputan pada program Bicara Negarawan anjuran Majlis Profesor Negara secara maya, tempohari.

Dalam pada itu Anwar yang juga Ketua Pembangkang sekali lagi menegaskan bahawa beliau mempunyai cukup sokongan daripada ahli Parlimen untuk meletakkan beliau sebagai Perdana Menteri,

Katanya, bagaimanapun ketika ini beliau menunggu ihsan daripada Yang Dipertuan Agong berhubung perkara itu.
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
"Hobi Anwar sama dengan Mahathir". Itu antara komen warganet apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsikan aktiviti riadahnya tempohari lapor portal MalaysiaDateline.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkenaan dilihat berbasikal dan dalam satu foto lain beliau bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berada di tepi sebuah kolam ikan hiasan.

Rata-rata warganet memberikan reaksi positif selain ada juga mengingatkan Ahli Parlimen Port Dickson itu agar memakai topi keledar basikal demi keselamatan.

Berlainan pula bagi mereka yang dipercayai tidak menyenangi Anwar didapati menyindir agar pemimpin bakal berusia 74 tahun pada 10 Ogos nanti itu agar berehat daripada mengambil kuasa di Putrajaya.

Untuk rekod baru-baru ini, Presiden PKR itu mendakwa seramai 114 hingga 115 Ahli Parlimen bersetuju sidang Parlimen diadakan segera dengan tumpuan menyelesaikan masalah Covid-19 dan ekonomi.

Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Hadi Awang menyokong proklamasi Darurat kerajaan PN yang menggantung parlimen dari perdebatan isu Perdana Menteri. - Foto ihsan mStar

SHAH ALAM: Hadi Awang menekan demi keselamatan rakyat sebarang percubaan mengganggu pelaksanaan darurat dalam usaha kerajaan mengawal penularan COVID-19, perlu ditangani dengan tegas.

"Perkara yang tidak patut kita lakukan pada masa ini adalah berbalah siapa nak menjadi Perdana Menteri, nak melantik siapa menjadi Perdana Menteri atau soal undi majoriti di Parlimen.

"Ini semua kerja mengarut, tak peka dengan wabak yang menimpa rakyat. Ini mesti ditolak dan dicegah.

"Apa sahaja yang boleh mengganggu proklamasi darurat ini, mesti ditangani dengan peraturan tegas," katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor BHOnline berkata demikian ketika berucap di sesi webinar 'Proklamasi Darurat: Apakah Satu Keperluan?' anjuran Gerakan Pembela Ummah, hari ini.

Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat berkata, semua pihak tidak seharusnya ragu dengan darurat kerana pelaksanaannya adalah demi faedah bersama.

"Dalam suasana hari ini, darurat mesti diisytiharkan serta-merta. Bagaimana kita boleh menilai darurat itu, sama ada ditamatkan atau sebaliknya dan ia boleh dibincangkan.

"Tindakan yang diambil kerajaan ketika ini adalah untuk melaksanakan pencegahan wabak COVID-19.

"Dalam ajaran Islam ada semua perkara, Sebab itu kita jangan ragu, syak atau was-was kerana kita mempunyai tanggungjawab kepada negara," tegasnya.
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa Presiden UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah hilang kredibilti selepas percubaan untuk membawa UMNO menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal beberapa kali.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, keputusan parti telah dibuat iaitu 'no Anwar no DAP' tetapi timbul isu 'surat' dan jajaran politik baharu melibatkan kerjasama DAP dan Anwar.

"Di sini orang melihat kepada kredibiliti presiden semula, lebih-lebih lagi ada usaha berulang kali untuk membawa kerjasama dengan Anwar telah ditolak oleh majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

"Telah ditolak berkali-kali oleh MKT (Majlis Kerja Tertinggi) dan persidangan bahagian pun tidak dapat lebih daripada 100 bahagian yang membawa usul menolak kerjasama dengan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).

"Maksudnya presiden ada isu kredibiliti, apa yang beliau bawa tidak boleh sampai, tidak diterima majoriti dalam UMNO dan saya melihat ini perkara yang perlu segera mendapat penyelesaian," katanya dipetik Sinar Harian.

Tun Faisal turut berkata, ada pihak turut mencadangkan agar pemilihan UMNO dilakukan segera agar parti itu mendapat kepimpinan baharu untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum akan datang. [PRU15]

"Satu lagi pandangan bahawa kalau tidak ada pemilihan baharu pun presiden kena berundur atau berehat sementara," katanya.

Dalam mengisi kekosongan itu, beliau melihat mungkin Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan mampu memikul tanggungjawab berkenaan untuk mengemudi semula UMNO.

"Mungkin itu satu kaedah untuk kita membetulkan semula keadaan dalam UMNO yang nampak gayanya makin hari makin nampak tidak tersusun dan kucar kacir sedikit. 

"Perlu ada noktah terhadap (perkembangan) ini. Siapa tokoh yang boleh melaksanakan? Kena ada tokoh yang boleh membantu parti di tempat (presiden) ini.

"Sebab itu kita melihat suara Pemuda (UMNO) yang bercakap tentang perubahan kepimpinan. Ini yang dikatakan 'wind of change'," katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini tidak melaksanakan dasar moratorium pinjaman secara automatik seperti sebelum ini kerana mereka tidak berani 'menyentuh' golongan kaya.

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata sepatutnya dilaksanakan seperti ketika negara berada dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) kali pertama pada Mac tahun lalu.

Anwar yang merupakan pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata golongan yang takut disentuh oleh kerajaan itu merujuk kepada pemilik bank yang ada di negara ini.

Dakwanya PN ketika ini dilihat langsung tidak mencuba untuk mengadakan perbincangan dengan pemilik bank bagi membantu meringankan beban rakyat yang berhutang selepas moratorium terdahulu tamat pada 30 Sept lalu.

"(Berdasarkan) pengalaman saya yang sedikit ini, saya ingin nyatakan bahawa cara menangani masalah ekonomi dalam krisis tidak sama (dengan) dalam keadaan biasa.

"Sebab itu soal defisit, soal hutang termasuk soal moratorium harus difikir dari sudut mendesak (demi) untuk menjaga kepentingan rakyat dan tidak melemahkan kedudukan ekonomi," katanya.


Tambah ahli parlimen Port Dickson itu lagi moratorium pinjaman bank ini harus ditampung semua pihak.

Anwar berkata sebelum ini beliau dia ada berbahas di Dewan Rakyat dan memaklumkan keuntungan setahun dan keuntungan suku tahun semua bank masih tinggi walaupun semasa wabak Covid-19 melanda.

"Jika tak salah saya, antara RM7 bilion hingga RM8 bilion untuk suku tahun.

"Takkanlah tak boleh bantu menampung beban yang dipikul oleh rakyat? Sebab itu saya tanya menteri kewangan ini, (dia) mewakili bank atau mewakili rakyat?

"Tapi dia tak jawablah, sampaikan langkah langkah kita itu tidak berani langsung nak sentuh bank," katanya.

Anwar berkata demikian semasa ditanya dalam program bual bicara Minda Profesor Negara yang disiakan secara langsung melalui Facebook hari ini.
Berita terkini terbaru malaysiakini politik gossip artis harian metro sinar harian
KUALA LUMPUR: DAtuk Seri Anwar Ibrahim mengakui cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah sistem percukaian paling telus.

 
Ketua pembangkang Anwar Ibrahim berkata jika ia mahu dikembalikan kajian semula perlu dibuat. “Saya akui GST satu sistem percukaian dianggap paling telus. 

Kalau pun nak (laksanakan) GST, harus kaji semula,” katanya dalam bual bicara Minda Profesor Negara.

 Bakal calon PM Anwar berkata, jika mahu dilaksanakan semula mesti ada pengecualian dan syarat lebih ketat. “Tidak boleh GST seperti diperkenalkan. Kalau pendapatan bertambah tetapi ia mendera rakyat miskin,” katanya. 

 Pada 29 Dis lalu Timbalan Menteri Kewangan Abd Rahim Bakri berkata, keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memansuhkan GST sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan negara. 

 Rahim berkata, hasil pendapatan negara berkurangan apabila cukai itu dihapuskan dan digantikan dengan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST). 


 Dalam pada itu, Anwar berkata GST boleh dilaksanakan sebaik ekonomi dipacu dengan lebih yakin dan pendapatan rakyat meningkat, namun ia bukan perkara yang perlu disegerakan. 

 “Semasa saya menjadi menteri kewangan, saya kaji, pengalaman Kanada dan New Zealand. Tetapi masa itu saya tangguhkan. 

Saya tangguhkan kerana pendapatan kalangan (rakyat) rendah, terlalu rendah,” katanya.