Chef Wan berang difitnah komen rumah tangga Najib

Ana Ghoib Syeikh Malaya 3/04/2021 06:39:00 PTG

Chef selebriti, Redzuawan Ismail atau Chef Wan nampaknya naik angin selepas dia dituduh bersuara dalam hal rumah tangga bekas perdana menteri Najib Razak.

Kata Chef Wan, dia tidak pernah menyentuh atau bersuara berkenaan hal peribadi Najib dan tidak peduli sama sekali jika ahli parlimen Pekan itu berhasrat untuk bernikah lebih daripada sekali.

“Kenapa la keluarkan fitnah pasal hal ni. Saya tak pernah berkata atau menyentuh subjek ni secara terbuka melalui Instagram atau mana-mana platform media sosial.

“Manusia ni dah tak ada kerja lain ke nak fitnahkan saya? Siapa kisah dia nak kahwin sampai 100 kali pun. Ia bukan urusan sayalah. Itu hak dan urusan peribadi dia,” katanya.

Mengiringi kenyataan dimuat naik Chef Wan itu ialah tangkap layar daripada judul laporan sebuah saluran YouTube yang disiarkan kira-kira 11 bulan lalu.

Menurut Chef Wan, 63, fitnah yang menghimpit dirinya boleh disifatkan sebagai perbuatan yang sangat jijik.

“Ia satu kelakuan amat menjijikkan,” katanya.

Chef Wan berkata, dia biasanya akan bersuara sekiranya ada isu berkenaan kepentingan peneroka Felda dibangkitkan.

“Apa yang berlaku di Felda, yes I care (ya, saya ambil tahu). Sebab saya anak peneroka Felda dan ada hak apabila manusia yang diberi tanggungjawab pecah amanah.

“Kita tak akan boleh tutup sebelah mata seperti mana-mana pihak yang sudah termakan dedak dan rasa terhutang budi.

"Tidak salah untuk perjuangkan apa yang menjadi hak kamu dan bawa individu korup pada pengadilan.

“Namun mengada-adakan cerita dan fitnahkan orang begini adalah salah. Inilah perangai dan sikap manusia yang buruk,” katanya.

Najib sebelum ini pernah dikritik Chef Wan malah pernah menyuarakan hasrat ingin menampar mukanya selepas mendakwa BN gagal menguruskan Felda dengan baik. 

Dia bagaimapun sudah memohon maaf atas bahasa kasar yang digunakannya. 

Sumber: Malaysiakini

Karikatur lawak politik oleh kartunis Gandum