Calon UMNO PRU15 mesti bebas kes mahkamah dan tak sombong, kata Tengku Razaleigh

Ana Ghoib Syeikh Malaya 3/10/2021 09:36:00 PTG
Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen paling lama Umno bersama bekas Perdana Menteri paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto BERNAMA

Pilihan Raya Umum Ke-15, UMNO perlu menampilkan calon-calon yang bebas dari kes mahkamah dan tidak sombong, tegas Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Calon PRU15 UMNO juga perlu memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran, bukan sekadar duduk di dalam pejabat dan mengeluarkan perintah.

“Mereka (calon) perlu menjadi sebahagian daripada rakyat. Bukan daripada golongan elit,” katanya dalam wawancara bersama The Malaysian Insight.

Tengku Razaleigh atau Ku Li memberi contoh Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik dan Tunku Abdul Rahman.

Katanya, Nik Aziz adalah pemimpin yang merendah diri dan sentiasa bersedia bertemu orang.

“Dia rendah hati. Rakyat mahukan individu yang boleh membincangkan masalah mereka,” katanya.

Ahli-ahli politik juga harus bersedia menjawab soalan melalui telefon bimbit mereka kerana rakyat mahukan jawapan.

“Kita perlu bertindak balas. Kita tidak boleh mengabaikan persekitaran kita. Itu adalah tanggungjawab kita,” katanya. 

Menurut Ku Li, Tunku Abdul Rahman adalah pemimpin yang dihormati oleh semua orang kerana beliau menyatukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.

“Sukar untuk mencari pemimpin seperti itu. Dia diterima sebagai seorang ayah oleh orang Cina, Dayak dan semua orang,” ujarnya.

Ku Li merupakan Ahli Parlimen paling lama berkhidmat turut mengingatkan ahli-ahli parti bahawa UMNO adalah sebahagian daripada gerakan rakyat untuk melindungi orang Melayu dan Sultan semasa negara melalui era penjajahan British juga Jepun.

“Ia memiliki dasar nasionalisme dan bukan ditubuhkan oleh individu,” katanya.

Menurut Tengku Razaleigh, UMNO akan bertahan selagi mempunyai sokongan dan keyakinan masyarakat.

“Walaupun UMNO kalah pada PRU14, sokongan akar umbi masih ada.

“Ramai orang yang mendapat faedah daripada UMNO termasuk peningkatan taraf hidup rakyat melalui pendidikan, perumahan, pekerjaan dan menyediakan infrastruktur awam.

Ketika ditanya mengenai kemelut politik hari ini, Ku Li turut mempersoalkan sama ada perdana menteri masih mempunyai sokongan majoriti dan sidang Parlimen diperlukan untuk menentukan sokongan ini.

“Sekiranya Muhyiddin mendapat sokongan, maka tidak ada siapa yang mahu mengambil tempatnya.

"Ia adalah sebahagian dari Perlembagaan yang perlu dilindungi." jelasnya.

Dalam wawancara tersebut, Ku Li Mengenai ketidakstabilan politik semasa, beliau mempersoalkan jika perdana menteri masih mempunyai sokongan majoriti dan sidang Parlimen perlu diadakan untuk menentukannya.

“Kalau dia (Muhyiddin Yassin) kekal ada sokongan, jalanlah, tak ada siapa nak rebut kedudukan itu,” katanya sambil menambah ia sebahagian daripada Perlembagaan yang perlu dilindungi rakyat.

Razaleigh turut membangkitkan persoalan mengenai keyakinan pelabur dalam negara dan kehilangan pekerjaan.

Katanya, rakyat jelata menderita.

“Baru-baru ini, satu jawatan kosong kerani, 4,000 orang minta.

“Ada orang yang makan barangkali dua hari sekali. Cubalah tanya (orang ramai). Saya dah tanya…berlaku.” tegasnya.