MalaysiaStyloNews
Kuching : Seorang wartawan akhbar berbahasa Cina ditumbuk sekumpulan lelaki ketika dia membuat liputan kemalangan jalan raya di tapak pembinaan berdekatan Kampung Bintawa Hulu, di sini, semalam.

Harian Metro melaporkan dalam kejadian 2.50 petang itu, wartawan lelaki berusia 45 tahun itu sedang membuat liputan kemalangan jalan raya yang menyebabkan seorang lelaki maut di lokasi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, ketika wartawan terbabit merakam gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia didatangi tiga lelaki lalu memarahinya.

Beliau berkata, tiga lelaki terbabit kemudian menyuruh wartawan itu memadam semua gambar yang dirakamnya.

"Bagaimanapun, tiga lelaki itu tidak berpuas hati selepas mendapati masih ada gambar kemalangan itu di dalam telefon bimbit mangsa.

"Mereka kemudian menumbuk wartawan terbabit sambil memberi amaran supaya tidak menyiarkan gambar kemalangan itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Awang Din berkata, kemalangan maut itu berlaku apabila seorang lelaki dilanggar oleh sebuah pikap di tapak pembinaan berkenaan.

Katanya lagi, wartawan terbabit yang bimbangkan keselamatannya kemudian membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 506 Kanun Keseksaan.

Berita Mimpi Ana Ghoib

Author: ANA GHOIB SYEIKH MALAYA

๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป, ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ, ๐—ถ๐—ป๐—ณ๐—ฎ๐—พ ๐—ถ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ membantu ๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ถ. ๐—ง๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ ๐— ๐—”๐—ฌ๐—•๐—”๐—ก๐—ž: ๐Ÿญ๐Ÿฒ๐Ÿฎ๐Ÿฐ-๐Ÿฒ๐Ÿต๐Ÿญ๐Ÿฑ-๐Ÿณ๐Ÿฐ๐Ÿฒ๐Ÿฐ | ๐— ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐˜‡๐—ถ๐—ฟ

Now You Know, Dont Say Thank - Comment N Share Please!: