MalaysiaStyloNews
Seorang lelaki India yang didakwa memurtadkan seorang wanita Islam menerusi satu video tular di media sosial.

JOHOR BAHRU: Polis melakukan pemeriksaan di rumah keluarga seorang lelaki India yang didakwa memurtadkan seorang wanita Islam menerusi satu video tular di media sosial di Perjiranan Dato Onn, di sini, semalam lapor BHOnline.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, bagaimanapun berkata tiada sebarang tangkapan atau rampasan dilakukan dalam pemeriksaan jam 9.50 malam itu.

Katanya, ketika anggota polis tiba di lokasi mereka mendapati sekumpulan orang awam berada di kawasan premis kerana mengesyaki lelaki terbabit berada di dalam rumah berkenaan.

"Anggota polis berjaya mengawal keadaan dan pemeriksaan di rumah mendapati hanya bapa dan kakak lelaki itu mendiami rumah berkenaan.

Beliau berkata, kes video yang tular itu disiasat oleh Unit Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 serta Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu, tular satu video berdurasi tiga minit 26 saat memaparkan seorang lelaki berbangsa India mengaku memurtadkan wanita Islam menggunakan laman sosial Facebook.

Berita Mimpi Ana Ghoib

Author: ANA GHOIB SYEIKH MALAYA

๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป, ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ, ๐—ถ๐—ป๐—ณ๐—ฎ๐—พ ๐—ถ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ membantu ๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ถ. ๐—ง๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ ๐— ๐—”๐—ฌ๐—•๐—”๐—ก๐—ž: ๐Ÿญ๐Ÿฒ๐Ÿฎ๐Ÿฐ-๐Ÿฒ๐Ÿต๐Ÿญ๐Ÿฑ-๐Ÿณ๐Ÿฐ๐Ÿฒ๐Ÿฐ | ๐— ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐˜‡๐—ถ๐—ฟ

Now You Know, Dont Say Thank - Comment N Share Please!: