Keganasan sewaktu  forum Nothing to Hide 2 melibatkan Tun Mahathir yang mana sepatutnya Najib hadir dikecam.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendalangi keganasan tersebut.

“Dr Mahathir hanya mahu berdebat mengikut amalan demokrasi dan sihat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi mendapat respon dengan balingan kasut, kerusi dan suar.

“Setelah takut berhujah, Najib menggunakan gangsterime untuk menutup mulut Tun Dr Mahathir dan ia adalah tindakan pengecut,” kata beliau dalam kenyataan media seperti dilapor Malaysiakini.

Manakala, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula berkata kejadian tersebut tidak boleh dipertahankan.

“Apa yang terjadi pada #Nothing2Hide mesti dikutuk dan tidak boleh dipertahankan. Harap pihak polis akan menangkap mereka yang bertanggungjawab,” kata beliau di Twitter, merujuk forum tersebut dalam hashtag.

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin pula memberi amaran perkara-perkara yang akan berlaku sewaktu berlangsungnya pilihan raya umum ke 14 nanti.

“Bayangkan apa yang akan terjadi dalam kempen pilihan raya umum, apabila botol dan kerusi dilemparkan ke arah Mahathir dalam forum Nothing To Hide 2 hari ini,” kata beliau di Twitter.

Acara di Shah Alam itu sepatutnya menjadi debat di antara Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang tidak hadir dan acara tersebut bertukar huru-hara dengan kasut dilemparkan ke arah Mahathir semasa sesi soal jawab.

Selanjutnya, kerusi, botol dan paling kurang dua suar dibaling ke dalam dewan. Pergaduhan juga meletus dan berterusan di luar dewan sehingga tiga orang telah ditahan dan diserahkan kepada pihak polis, manakala Dr Mahathir berjaya diselamatkan tanpa mengalami kecederaan.

Bagaimanapun di samping kutukan terhadap keganasan itu, ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii bersyukur kerana Umno tidak melayan undangan untuk hadir ke forum tersebut.

“Nasib baik kami tidak hadir,” kata beliau dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Mohd Razlan menyalahkan ARMADA BERSATU atas keganasan tersebut kerana “mencari gaduh dengan orang ramai.”

KLIK BACA: Marina soal Najib berkaitan kes Tun Mahathir diserang di Nothing to Hide 2.0

KLIK BACA: Tun Mahathir langsung tak berkecil hati diserang di Nothing to Hide 2.0

KLIK BACA: Saya dapat pahala di akhirat walau tak dapat undi, kata Najib

KLIK TERKINI: Najib cuma ada dua pilihan arah tahan Jho Low atau bercuti – Rafizi

KLIK BACADr Jomo: Pembayar cukai bakal tanggung kos projek ECRL dipinjam dari Exim Bank China 

KLIK BACAUMNO bawa pengutip cukai lawan Tun Mahathir….kesiannya!

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

Advertisement