oleh Lim Lip Eng

Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Saudara Phee Boon Poh yang telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari Jumaat, dikenakan tahanan reman selama lima hari, walaupun beliau bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak SPRM.

Walaupun bersedia memberi kerjasama, beliau diheret ke mahkamah pada pagi Sabtu dengan tangan bergari dan memakai pakaian tahanan lokap SPRM berwarna jingga.

Tidak sesiapa yang berfikiran waras akan mengandaikan bahawa Phee, seorang Adun empat penggal dan berusia 61 tahun, mampu meloloskan diri daripada tahanan lokap SPRM.

Namun begitu, semua saspek, tidak kira siapa, harus menerima layanan yang sama ketika diangkut pergi dan balik ke mahkamah, termasuklah Saudara Phee.

‘Standard Operating Procedure’ yang terpakai bagi membawa Phee ke mahkamah tidak harus dipertikai, jika benar gari dan pakaian jingga itu memang satu keperluan.

Justeru pihak SPRM dan juga pihak polis diingatkan bahawa layanan gari dan pakaian jingga itu mestilah dikenakan secara adil terhadap semua saspek, berikutan tindakan yang amat memalukan terhadap Phee itu.

Mungkin satu hari nanti apabila SPRM bertindak terhadap ‘Malaysian Official 1’; beliau juga mesti digari dan memakai pakaian lokap SPRM apabila beliau dan pihak-pihak lain ditangkap dan diheret ke mahkamah atas skandal-skandal yang sedang terjadi.

Tidak boleh ada sebarang pengecualian langsung, kecualilah pihak SPRM mengakui bahawa gari dan pakaian jingga tersebut bukanlah satu kemestian terhadap saspek, dan apa yang telah mereka lakukan terhadap Saudara Phee adalah satu kesilapan.

*Tulisan adalah pendapat peribadi Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang disiarkan oleh sumber portal RoketKini tidak mewakili pendirian MalaysiaStyloNews sebagai laman penyebar berita.

KLIK BACA: Saya dapat pahala di akhirat walau tak dapat undi, kata Najib

KLIK TERKINI: Najib cuma ada dua pilihan arah tahan Jho Low atau bercuti – Rafizi

KLIK BACARatu Naga: Apa jaminan Najib kita tak jadi mangsa hutang China seperti Sri Lanka?

KLIK BACAUMNO bawa pengutip cukai lawan Tun Mahathir….kesiannya!

KLIK VIDEO: Raja Bahrin – Siasat Riza Aziz anak tiri Najib, bukan anak Mahathir

KLIK BACARafizi nafi minta maaf kepada Najib, Rosmah dan beri alasan bergurau

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

Advertisement