KUALA LUMPUR 9 OGOS: Kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Azam Baki mengajak orang ramai melaporkan penjawat awam yang hidup mewah, amat dialu-alukan.

Pun begitu, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching masih belum boleh berpuas hati. Ini katanya kerana laporan beliau kepada SPRM dua tahun lalu mengenai kemewahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya masih belum disiasat.

Lebih mengejutkan, Nie Ching menerima jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low pada 28 Mei 2015 bahawa:

“Memiliki harta mewah bukanlah merupakan satu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 kecuali pemilikan harta-harta ini adalah hasil dari kesalahan rasuah oleh seseorang (yang juga dirujuk sebagai ‘predicate offence’).

SPRM tidak boleh menyiasat seseorang yang dikatakan mempunyai harta mewah yang berlebihan tanpa mempunyai asas siasatan di bawah Akta SPRM 2009.”

Semalam, Azam dilapor berkata bahawa lazimnya penjawat awam yang hidup mewah terlibat dalam salah guna kuasa dan rasuah serta mempunyai jawatan tertentu dalam kerajaan.

“Bagaimana pegawai kerajaan boleh hidup mewah melampau melebihi pendapatan mereka, SPRM akan melihat dari mana mereka (penjawat) dapat harta (melampau), adakah ia diperoleh secara sah,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel.

Nie Ching yang juga Timbalan Setiausaha Publisiti DAP berkata Perdana Menteri memang dikenali mempunyai gaya hidup mewah yang tidak sepadan dengan pendapatan rasminya.

“Justeru itu, saya berharap SPRM akan membuka semula siasatan bagi aduan saya.

“Apabila Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendedahkan bahawa sejumlah US$681 juta hasil jualan bon oleh 1MDB dipindahkan ke akaun ‘Malaysian Official 1’, bagaimana SPRM tidak mengambil tindakan?” soal beliau.

Menurut dokumen saman sivil pelucuthakan DOJ yang terbaru, antara barang-barang yang telah dibeli dengan dana terkait pengubahan wang haram 1MDB adalah seutas rantai dengan loket permata merah jambu, dimiliki isteri kepada ‘Malaysian Official 1’.

Karakter Malaysian Official 1, disahkan oleh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, sebagai tidak lain, adalah Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Razak. – Source: Roketkini.com

KLIK BACA: LHDN patut juga serbu PM dan keluarganya, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Mungkin ini punca 1MDB tak boleh bayar IPIC RM2.6 bilion, penjelasan oleh Tony Pua

KLIK BACA: Tony Pua – Menteri jangan mengarut konon kerajaan tak bayar hutang 1MDB guna dana awam

KLIK BACA: Rafizi sahut gesaan SPRM, tawar diri siasat maklumat kekayaan Najib

KLIK BACA: Seakan halalkan 1MDB pindah hutang kepada rakyat, saran PAS bawa Arul berdepan Parlimen – Rafizi

KLIK BACA: Tun Mahathir tegur pihak tak tahu malu di Malaysia

KLIK TERKINI: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

KLIK TERKINI: Mana pergi duit yang dihutang 1MDB sampai tak bayar IPIC, soal Dr Mahathir

Advertisement

*Disclaimers: Articles are property of the writer or publication as mentioned, cited or linked to. As news 'curator & aggregator' we do not represent the articles republish from any third party content provider.