Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyerbu sebuah syarikat milik salah seorang anak lelaki Tun Dr Mahathir Mohamad dan adalah dipercayai syarikat berkenaan milik Datuk Mokhzani Mahathir, yang disenaraikan antara individu terkaya di Malaysia.

Dr Mahathir mendakwa sejak tahun lalu rakan-rakan dan keluarganya menjadi sasaran LHDN kerana perbalahannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menafikan dakwaan tersebut termasuk dakwaan anak-anaknya mendapat manfaat daripada kedudukannya sebagai perdana menteri.

Gesaan untuk menyiasat keluarga Mahathir semakin meningkat selepas bekas perdana menteri itu mendakwa Zahid gagal memberikan jawapan jelas mengenai RM230 juta dalam akaun banknya ketika mengisytiharkan harta kepadanya pada tahun 1996 namun berkata beliau sanggup disiasat dan mendakwa kekayaannya dikumpulkan semasa berada di sektor korporat.

Dikemaskini 10 Ogos 2017, laporan FMT: LHDN serbu syarikat Mukhriz, Mirzan pada hari sama

Pada hari yang sama syarikat Datuk Mokhzani Mahathir, Kencana Capital Sdn Bhd diserbu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), 2 lagi syarikat yang ada kaitan dengan anak Tun Dr Mahathir Mohamad turut menjadi sasaran, menurut sumber yang rapat dengan keluarga bekas perdana menteri itu.

FMT difahamkan LHDN turut menyerbu Opcom Holdings Berhad dan Crescent Capital Sdn Bhd.

Opcom merupakan sebuah syarikat ditubuhkan pada November 1994 dan terlibat dalam pendawaian fiber optik. Ia dipengerusikan oleh Mokhzani yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO), sementara Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah salah seorang pemegang sahamnya.

Seorang lagi anak lelaki Dr Mahathir, Mirzan Mahathir, disenaraikan sebagai CEO Crescent Capital, sebuah syarikat pelaburan dan perunding kewangan.

Ketika dihubungi, anak sulung Dr Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir mengesahkan semua serbuan itu berlaku 2 hari lalu.

“Saya tidak merasakan ia satu kebetulan. Ataupun mereka (LHDN) hanya menjalankan tugas,” katanya kepada FMT.

Serbuan itu berlaku ketika pemimpin Umno termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menggesa siasatan terhadap kekayaan keluarga Tun Mahathir.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tampak masih tenang dengan siri tindakan itu, malah menjemput seterunya Datuk Seri Najib Razak hadir pada forum “Nothing to Hide” Ahad ini.

Dr Mahathir berkata forum itu boleh dijadikan medan kedua pemimpin menjelaskan dakwaan kekayaan mereka.

Sebelum ini, Dr Mahathir mengadu kenalan rapatnya kini diganggu pihak berkuasa termasuk menerusi LHDN.

Salah seorang kenalan itu ialah ahli perniagaan Tan Sri Lee Kim Yew pada Mei lalu berkata beliau disiasat di bawah undang-undang jenayah dan bukan sivil, memaksa beliau melepaskan asetnya untuk melangsaikan hutang cukai.

Komen Tun Mahathir lapor The Malay Mail: “Mereka dialu-alukan menyemak semua buku akaun dan apa-apa sahaja. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dialu-alukan dan juga LHDN,” katanya lapor Malay Mail.

Dr Mahathir, pengerusi Pakatan Harapan, tidak menolak kemungkinan serbuan terhadap syarikat keluarganya baru-baru ini bermotifkan politik.

“Mereka ada hak. Mereka boleh buat apa sahaja mereka suka, mereka adalah kerajaan. Mereka ada kuasa untuk disalah guna,” katanya.

KLIK BACA: Mungkin ini punca 1MDB tak boleh bayar IPIC RM2.6 bilion, penjelasan oleh Tony Pua

KLIK BACA: Tony Pua – Menteri jangan mengarut konon kerajaan tak bayar hutang 1MDB guna dana awam

KLIK BACA: Rafizi sahut gesaan SPRM, tawar diri siasat maklumat kekayaan Najib

KLIK BACA: Seakan halalkan 1MDB pindah hutang kepada rakyat, saran PAS bawa Arul berdepan Parlimen – Rafizi

KLIK BACA: Tun Mahathir tegur pihak tak tahu malu di Malaysia

KLIK BACA: Zahid hina keturunan Mahathir tetapi akhirnya sendiri terpaksa sumpah – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

Advertisement