DAP mengecam penjelasan Putrajaya kerana kegagalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) berjumlah AS$600 juta (RM2.6 bilion).

Perdana Menteri Najib Razak tempohari mengatakan pembayaran itu ditangguhkan atas masalah “teknikal” namun setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata tiada siapa, selepas mendengar penjelasannya, memahami kesukaran dialami dalam memproses transaksi urus niaga untuk membayar IPIC.

“Alasan kesukaran dan kerahsiaannya adalah mudah. Tiada bank di dunia hari ini yang sanggup memproses penjualan unit dana pelaburan milik 1MDB,” kata Pua.

“Ini kerana Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) menyatakan ‘unit’ ini adalah penipuan. Ia diwujudkan untuk menutup lebih AS$1 bilion yang disalahgunakan 1MDB kepada Good Star Limited sedangkan tujuan asalnya melabur dengan Petrosaudi International Limited,” kata Pua seperti di lapor portal The Malaysian Insight yang memetik kenyataan medianya.

Dalam keputusan timbang tara tertutup di London, 1MDB bersetuju membayar AS$1.2 bilion kepada IPIC secara dua tahap pada akhir tahun, ia menyatakan kewajiban ini akan dipenuhi “secara utamanya melalui pengewangan unit dana pelaburan milik 1MDB”.

“Mana-mana bank, di Malaysia atau antarabangsa, yang mengendalikan urus niaga melibatkan penjualan unit pelaburan penipuan 1MDB ini kepada sesiapa atau mana-mana pihak, akan didapati bersalah kerana membantu pengubahan wang haram,” kata Pua dalam kenyataan media yang sama.

Pua berkata lesen Bank BSI dibatalkan oleh pihak berkuasa Singapura kerana ia “bank penjaga” bagi unit pelaburan 1MDB.

Pentadbir kewangan Switzerland, Finma, juga menggesa bank swasta Switzerland berusia 132 tahun itu membubarkan cawangan Singapura, katanya.

“Tiada bank yang berwibawa sanggup menerima nasib yang sama seperti Bank BSI atau bank lain yang dikenakan denda dan hukuman kesan keterlibatan dengan 1MDB,” kata Pua.

Beliau berkata, satu-satunya cara bagi 1MDB membayar balik IPIC adalah melalui dana kerajaan.

“Bagaimanapun, jika itu terjadi, ia akan menjadi pengakuan secara langsung oleh kerajaaan yang 1MDB satu penipuan dan berbilion ringgit hilang dan dicuri daripada syarikat.

“Kami menyeru Najib Razak menjelaskan sendiri dan memberitahu kebenaran sepenuhnya kepada berjuta-juta rakyat Malaysia yang sangat bimbang dengan skandal 1MDB bernilai RM50 bilion.

“Sekiranya tiada ‘apa-apa untuk disembunyikan’ dan apa yang kami nyatakan di atas tidak berasas seperti dikatakan para pemimpin BN, maka datang ke Parlimen, jawab soalan dan berbahas secara terbuka,” katanya lagi.

Nota Ana Ghoib: Aneh juga wang RM2.6 bilion angka sama wang yang masuk ke akaun peribadi MO1 yang kemudiannya dikatakan dipulangkan semula tetapi dalam saman ketiga DOJ menunjukkan wang itu didakwa diguna Jho Low untuk membeli barang kemas intan permata sebagai hadiah untuk diberi kepada isteri MO1.

Sahihnya dakwaan DOJ kerana Dcaprio dan Miranda Kerr benar-benar memulangkan barang kemas serta trofi Oscar yang dihadiahkan Jho Low.

Wang pertama salah bayar kepada syarikat bukan IPIC dan bayaran kali kedua ini jika berjaya bermakna wang pertama masih tidak diketahui berada pada tangan siapa.

Mungkin itulah wang yang dimaksudkan DOJ dan Tony Pua yang terkeluar dari sistem perbankan dan diselewengkan dan sukar diproses yang boleh membawa kepada pendakwaan penggubahan wang haram.

KLIK BACA: Mana pergi duit yang dihutang 1MDB sampai tak bayar IPIC, soal Dr Mahathir

KLIK TERKINI: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA: Tun Mahathir – Saya tak tahu dan tak setuju beli kapal selam Scorpene

KLIK BACA: Razak Baginda nafi didakwa kes Scorpene tapi peguam Perancis sahkan

KLIK BACA: Azmin hantar surat tuntut IGP cari bawa pulang Jho Low

KLIK BACA: 1MDB gagal bayar hutang ‘pertama kali’ kerajaan tidak tepati tarikh, kata bekas TKS Perbendaharaan

KLIK BACA: Najib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

KLIK BACA: Najib ungkit kisah Firaun tangkap orang

Advertisement