oleh Hassan Karim

Sahabatku Zahid Hamidi,

Kenapa aibkan Dr Mahathir sampai macam ini? Kenapa ungkit ungkit asal usulnya? Apa yang salah berkenaan asal usul Dr Mahathir?

Bukankah Dr Mahathir, Zahid dan saya juga, kita semua sama sama ciptaan Tuhan? Apa lebihnya asal usul keturunan kita pula?

Zahid sahabatku, Kalau Dr Mahathir ada buat salah semasa beliau jadi perdana menteri selama 22 tahun, maka kritiklah dia secara jujur. Kalau perlu dedahkan kesilapan pentadbirannya, dedahkanlah secara objektif dengan disokong fakta sebagai bukti.

Tetapi apa perlunya membangkitkan asal usul Dr Mahathir di khalayak ramai seperti sengaja untuk memalukannya? Orang Melayu berbudaya tinggi tidak buat macam itu Zahid. Orang Islam yang menolak fahaman asabiah atau perkauman sempit tidak akan buat seperti apa yang anda buat itu.

Sahabatku Zahid, ini warkah terbuka untukmu. Apakah masih kenal saya sahabatmu yang bernama Hassan Karim?

Kita berkawan baik semasa di Universiti Malaya awal 1970-an dulu.

Saya malu dengan perbuatanmu Zahid. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak cakap, buruk padahnya.

Saya tahu anda berkuasa sekarang. Anda timbalan perdana menteri, orang nombor 2 dalam kerajaan.

Tetapi kerana saya anggap anda sahabat baik saya dari dulu sampai sekarang walaupun kita berbeza pendirian politik, maka saya memberanikan diri untuk menegur dan mengkritik anda secara terbuka kali ini.

Saya malu dengan keceluparan anda menghina Dr Mahathir sampai begitu sekali. Saya juga tak kurangnya dalam mengkritik beliau. Malahan saya menentang Dr Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri dahulu.

Anda pun tahu hal ini. Tetapi kita buat secara beradab. Hal yang amat peribadi seperti asal usul seseorang kita tidak jajakan di khalayak ramai.

Saya tahu sahabatku Zahid juga menteri dalam negeri yang menjaga polis dan penjara. Kalau hendak tangkap saya, tangkaplah. Saya tidak akan lari.

Kalau hendak tuduh saya dengan Akta Hasutan atau Akta Komunikasi dan Multimedia, tuduhlah. Saya tidak akan padam warkah terbuka ini. Biarlah ia menjadi bukti di umur usia emas seperti ini, sebagai sahabat baikmu, saya bangun bersuara mengkritik saudara.

Sekian, sahabatku Zahid.

Yang benar, Hassan Karim. – 1 Ogos, 2017. *Surat terbuka ini pertama kali disiarkan di portal The Malaysian Insight. – MRM


Risalah Ana Ghoib: Menurut cerita Zahid Hamidi sering ke Kaabah, Makkah saban tahun disetiap akhir ramadan.

Aneh bagi anak ulama JAWA, Zahid Hamidi yang selalu ke tanah HARAM tetapi tidak mengetahui hakikat pengajaran dari tanah haram itu yang pemilik dan penjaganya menciptakan pelbagai jenis kulit dan kaum.

Iblis manakah yang menghasut seakan kamu membenci tanah hitam berlumpur diciptakanNya Adam a.s itu sehingga kamu berlaku sombong lalu menghasut melayu jawa tanah rawa sawo matang ini?

Atau engkau hendak membawa fahaman membenci kaum suku-suku agama bangsa seperti Yahudi dengan adat ‘gentiles’ nya?

Ingat ini, kalau tak kerana ulama pelayar Arab India Goa Malabar Kerala sampai ke Malaya singgah di Aceh dan Jawa barangkali Zahid masih lagi beragama hindu keturunannya di Indonesia.

Zahid anak Hamidi maaf dan letaklah takwa di antara kedua mata mu serta berlaku adillah janganlah kabur peradilanmu kerana harta, nama, pangkat, kuasa dan kasih mesra berpilih.

Firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. – (Al-Maaidah 5:8)

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib ... Mimpi dan penglihatan aneh.

KLIK BACA: Tun Mahathir – Saya tak tahu dan tak setuju beli kapal selam Scorpene

KLIK BACA: Azmin hantar surat tuntut IGP cari bawa pulang Jho Low

KLIK BACAZahid pun lupa pernah isytihar harta dalam akaunnya, soal Dr Mahathir

KLIK BACA: Zahid minta maaflah ungkit keturunan Tun Mahathir

KLIK BACA: Beranikah Zahid akui bertemu Tun Mahathir atau selesa digelar ‘kaki pembohong’?

KLIK BACA: Mahkamah Perancis dakwa Razak Baginda terima sogokan penjualan kapal selam Scorpene

KLIK BACA: Najib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

KLIK BACA: Najib ungkit kisah Firaun tangkap orang

Advertisement