Johor 29 Julai 2017: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan pimpinan kerajaan pada hari ini lebih demokratik daripada zaman 22 tahun pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikenali sebagai ‘diktator’.

Walaupun tidak menamakan pemimpin tersebut, Najib berkata di bawah pimpinannya, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dimansuhkan, dan tiada siapa pemimpin yang menjadi mangsanya.

“Sampai bila tangkap orang semua dia tangkap. Masuk ISA, Kit Siang, Anwar Ibrahim, Zambry.

“Saya ni siapa yang masuk ISA bawah saya? Tak ada sebab ISA pun tak ada. Saya dah mansuhkan ISA.

“Kita ini lebih demokratik lebih terbuka daripada orang yang menuduh kita hari ini,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Parit.

Nota Ana Ghoib: Jangan kebencian mengaburkan peradilan kamu!

Tun Mahathir pernah menjelaskan penangkapan di bawah ISA diwaktu itu dilakukan kerana hasutan isu kaum, isu agama yang boleh mencetuskan huru-hara dakwanya.

Perlu diingat di bawah Najib ada akta SOSMA yang menangkap Khairuddin dan Matthis Chang peguamnya kerana melaporkan kes 1MDB di luar negara.

Perlu diingat juga di bawah Najib ada akta MKN yang memberi kuasa darurat dan jika berlaku pembunuhan oleh pihak berkuasa di kawasan yang diisytihar maka tiada dakwaan dan tuntutan serta perbicaraan boleh dilakukan – yang mana Anwar bersama Mahathir turut menentang akta ini yang dianggap lebih merbahaya.

Perlu diingat menangkap, mendakwa, membicarakan, mendenda dan memenjarakan atas bidang kuasa politik untuk melindungi negara dari ucapan-ucapan berbaur perkauman dan menghasut juga dilakukan oleh Najib.

Kesimpulannya 2×5 sama sahaja cuma berbeza ‘MahaFiraun’ tidak menangkap kerana melindungi skandal peribadi – sebagai contoh tidak menyembunyikan boss Perwaja sebagaimana boss 1MDB semuanya lesap tidak mahu dijejaki kenapa?.

Mesti diingat Mahathir dan Liong Sik ke mahkamah kes PKFZ selepas mereka tidak lagi berkuasa dan kemungkinan besar anda juga [Najib] akan ke mahkamah kelak jika tidak di dunia di akhirat pastinya.

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK VIDEOTun Mahathir dedah Zahid pernah jumpa minta sokongan ganti Najib

KLIK BACA: Rahsia Zahid serang Tun Mahathir di jelaskan Zahid Mat Arip

KLIK BACA: Bekas Peguam Negara bangkitkan kes Eric Chia untuk Apandi faham isu 1MDB

KLIK BACA: Tun Mahathir saja mampu kalahkan UMNO – Salahuddin Ayub TP AMANAH

KLIK BACANajib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

KLIK BACA: Najib serik tak mahu lagi salur banyak wang bantu 1MDB

KLIK BACA“Boneka berkuasa gadai negara lebih bahaya dari pemimpin bersara” – Datuk Raja Bahrin Shah

KLIK BACA: Yang mana benar tuduhan Rosmah 99% atau 1% – Shahbudin Husin

Advertisement