Presiden Pendidik Normala Sudirman mempersoalkan peruntukan besar Program Permata Negara susulan bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dihentikan elaun. – Foto FMT

Sebuah kumpulan pendidikan yang berkait dengan PAS mempersoalkan keputusan kerajaan untuk tidak lagi membayar elaun kepada guru pelatih, sambil mempersoalkan peruntukan besar diberikan kepada program pendidikan awal yang dinaungi isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Persatuan Gerakan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) berkata keputusan memansuhkan elaun sara hidup untuk bakal guru yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama 4 tahun akan menghimpit golongan itu yang sudah pun memilih karier yang tidak menjanjikan habuan wang.

Sebaliknya, Presiden Pendidik Normala Sudirman mempersoalkan peruntukan besar kepada Program Permata Negara yang dinaungi Rosmah.

“Persoalannya, mengapakah Program Permata Negara boleh diberikan peruntukan jutaan ringgit, sedangkan elaun guru pelatih mahu dihentikan pula?” soalnya seperti dipetik portal PAS, Harakahdaily.

Advertisement

Permata merupakan program yang digerakkan Rosmah tetapi kerap dipersoalkan berikutan peruntukan besar setiap tahun dan soal ketelusan akaun.

Pada Bajet 2017 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu, program tersebut menerima peruntukan RM85 juta, termasuk untuk mengubah suai 2 institut latihan guru menjadi pusat Permata.

Sabtu lalu, Kementerian Pendidikan mengumumkan walaupun yuran pengajian ijazah berjumlah RM28,000 untuk 4 tahun dibiayainya, bakal guru di bawah Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak lagi menerima elaun sara hidup RM430 untuk ambilan Jun 2017.

Normala menggesa kerajaan menarik balik pengumuman itu, dan berkata ia untuk menghargai mereka yang memilih karier guru yang tidak menjanjikan gaji lumayan.

“Gaji mereka setelah menjadi guru hanyalah memadai untuk mereka dan keluarga menjadi golongan yang hidup dalam keadaan sederhana dan tidak mewah sebagaimana profesyen lain.

“Hanya insan yang memiliki kesabaran yang tinggi sahaja mampu menjadi seorang guru yang berdedikasi dan gigih dalam mendidik anak bangsa apatah lagi pada zaman zaman IT dan era globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam membentuk disipilin dan moral yang tinggi kepada anak bangsa,” katanya lagi.

KLIK VIDEO: Tun Mahathir umum sokongan penuh Anwar jadi PM

KLIK BACAApandi: Saya tak sembunyi siasatan 1MDB, cuma takut Allah

KLIK VIDEO: Saya sama dengan Najib, kata Tun Mahathir

KLIK VIDEO: PH jadi kerajaan bukan untuk beli berlian jutaan ringgit beri isteri, kata Tun Mahathir

KLIK BACATerharu komitmen Pakatan Harapan bebaskan Anwar dari penjara – Ana ghoib

KLIK MENARIK: Hubungan Jho Low dan Najib dalam 1MDB

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share