KUCHING: Seorang lagi kanak-kanak yang dijangkiti wabak anjing gila atau rabies berusia lima tahun dari Kampung Ampungan, Serian, disahkan meninggal dunia, lapor Berita Harian.

Jawatankuasa Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataannya berkata, kanak-kanak itu telah meninggal dunia pada jam 2.05 petang tadi di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Bagimanapun dalam kenyataan itu nama kanak-kanak berkenaan tidak didedahkan bagi menghormati privasi keluarganya.

Mengikut laporan sekretariat itu, sejak 1 April lalu hingga hari sebanyak 368 kes gigitan anjing telah dicatat, mereka juga turut meminta supaya pemilik anjing peliharaan mendapatkan suntikan vaksin dan sebagai langkah berjaga-jaga dan juga tidak bermain dengan haiwan mereka buat sementara walaupun yang sudah divaksin.

Memetik laporan Harian Metro, dalam perkembangan terbaru, mukim Matang di daerah Larut Matang Selama (LMS) telah diwartakan sebagai kawasan terbaru wabak anjing gila atau rabies oleh kerajaan Perak susulan satu kes dilaporkan di kawasan itu pada 4 Julai lalu.

Advertisement

Pewartaan itu dikeluarkan susulan kejadian dua kanak-kanak perempuan yang digigit anjing peliharaan dan kes ini dikesan apabila seorang pemilik anjing membuat laporan pada Khamis lalu mengenai anjing dipeliharanya mati selepas lapan hari menggigit anak perempuan dan anak saudaranya di Kuala Sepetang, Taiping.- Siakapkeli

KLIK VIDEO: “Nazri Aziz – Mahathir dan Anwar akan ‘berbunuhan’ elok mati lepas PRU pelan-pelan”

KLIK VIDEO: PH jadi kerajaan bukan untuk beli berlian jutaan ringgit beri isteri, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: “PH mahu peta harta karun 1MDB selepas kapal lanun BN dikalahkan”

KLIK BACA: Kota Tinggi, Johor – Mahathir mohon maaf naikkan Najib jadi PM, tak sepatutnya Felda rugi

KLIK BACA: Najib ‘kesal’ lengahkan Pilihan Raya PRU14? – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Mahathir di mahkamah sempat kecam Najib terajui ‘parti pencuri’

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share