Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) adalah projek negara untuk kesejahteraan rakyat walaupun kos pembinaannya tinggi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau berkata projek MRT laluan Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51 kilometer dengan kos RM21 bilion yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini akan memberi manfaat kepada 400,000 penumpang setiap hari.

“Ini adalah cenderahati perdana menteri untuk negara. Dengan kejayaan ini, marilah kita sama-sama meraikan satu lagi simbol kejayaan pembangunan infrastruktur pengangkutan awam negara,” katanya menerusi laman blognya sskeruak.blogspot.my.

Beliau berkata pembinaan MRT itu membuktikan kerajaan sentiasa meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai matlamat utama dan tidak mendiskriminasikan negeri yang dikuasai oleh parti yang tidak sehaluan dengan kerajaan.  – Bernama

KLIK BACA: MRT cuma 53km tapi RM21 bilion tidakkah terlebih bajet, soal Nurul Izzah

Advertisement

KLIK VIDEO: “Nazri Aziz – Mahathir dan Anwar akan ‘berbunuhan’ elok mati lepas PRU pelan-pelan”

KLIK VIDEO: PH jadi kerajaan bukan untuk beli berlian jutaan ringgit beri isteri, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: “PH mahu peta harta karun 1MDB selepas kapal lanun BN dikalahkan”

KLIK BACA: Kota Tinggi, Johor – Mahathir mohon maaf naikkan Najib jadi PM, tak sepatutnya Felda rugi

KLIK BACA: Najib ‘kesal’ lengahkan Pilihan Raya PRU14? – Shahbudin Husin

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share