Gandingan mantap cicit Pendekar Melayu Kelantan dan leluhur Panglima Melayu Bugis Sulawesi melawan dakwaan kesatria adil DoJ Amerika yang menyerkap Pahlawan Cina Jho Low bukan Cheng-Ho diplomat yang berjasa di Malaya. – Foto Malaysiakini

KOTA BHARU 28 Jun 2017: Tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil terbaharu untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana diseleweng dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersifat politik.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, ia berikutan DoJ tidak pernah membuat sebarang permohonan rasmi kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan sebarang keterangan atau maklumat lanjut terhadap tuntutan yang dikemukakan mereka.

“Jika mereka minta (sebarang maklumat berkaitan 1MDB) adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi bantuan. Jadi, saya buat rumusan tindakan itu berbaur politik.

“Tindakan DoJ juga dipercayai berdasarkan maklumat yang diberi segelintir pihak dari Malaysia sendiri,” katanya pada Majlis Hari Keluarga Tok Awang Gagah di Salor, hari ini.

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 800 ahli keluarga keturunan Tok Awang Gagah atau nama sebenarnya Awang Kamarudin yang merupakan salah seorang pendekar digeruni di Kelantan sekitar 1920-an. Apandi merupakan cicit kepada Awang. – Bernama

Risalah nasihah Ana Ghoib: Thoha Putrajaya Darul Fasikin…

FirmanNya: Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya. – (Al-An’aam 6:123)

Jangan jadikan sumpah pegang jawatan dan OSA sebagai bahan hujah tipu daya wahai Melayu!

Firman Allah: Dan janganlah kamu jadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu, kerana dengan yang demikian itu akan menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang benar); dan kamu pula akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Allah; dan bagi kamu juga disediakan azab yang besar (di akhirat kelak). – (Al-Nahl 16:94)

Firman Allah: Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.

Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.

Sedarlah! Kamu ini adalah orang-orang (yang telah menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan berhujah kepada Allah untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi pelindung mereka (dari azab seksa yang disediakan oleh Allah)?

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. – (An-Nisaa’ 4:107-110)

Jika aku menjadi MO1 untuk meredakan kemarahan rakyat sesudah memohon maaf dan bertaubat – maka tak perlulah aku mengenakan ‘Penang Official 1’ – ‘SuperMan Official 1’ yang sudah tua – juga aku kurangkan cukai GST dan tidak ku gadai walau seinci tanah melayu serta ku jual aset-aset berharganya.

Mudah-mudahan dengan cara itu keadaan menjadi kendur dan aman tiada bilah pedang hujah bodoh dan batil terhunus dari mana-mana pahlawan yang mati akal mempertahankan TuanNya sampai memperguna isu agama, bangsa keturunan dan kem politik dengan bermain judi buka daun ‘kalau aku jahat kau lagi jahat’ bertekak sampai kiamat yang mungkin berlaku Jumaat depan siapa tahu?

Sanggupkan kamu kelak di hari akhirat berdepan hujjah Allah yang berfiman: Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu. – (Al-Mursalaat 77:39)

Amirul Mukminin Khalifah Syaidina Ali krwjh pernah berkata: “Hai dunia, tipulah orang lain selain aku. Aku telah menceraikanmu dengan talak tiga. Umurmu pendek, perhiasanmu sulit dan bahayamu sangat besar. Betapa sedikit bekalku, betapa panjang perjalananku dan betapa sunyi jalanku”.

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib ... Risalah untuk bani Jawi… sudah aku sampaikan?

KLIK BACA: Hadi jawab Mahathir – Bodoh zalim biar kita tanggung sendiri…

KLIK BACA: “Agamawan diheret pertahan salah laku 1MDB”

KLIK BACA: Penduduk kampung terkejut pendedahan skandal 1MDB dalam ceramah Selamatkan Malaysia

KLIK TERKINITun Mahathir beritahu GUARDIAN akan sokong Anwar jadi PM ketujuh

KLIK TERKINI: Saya bukan Melayu mudah lupa, selesai 1MDB ikut al-Quran – Hadi Awang

KLIK BACA: Rakyat terpaksa menanggung makan berak mereka!

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

KLIK BACA: Jika Jho Low, Riza Aziz cuma berbelanja di Malaysia, Saman DOJ tidak timbul

KLIK BACAGempa bumi teguran Allah jawablah…kata Rasulullah SAW

KLIK BACA: Najib pulangkan derma ribuan JUTA kepada siapa sebenarnya?

Advertisement