PUTRAJAYA 19 Jun 2017:  Tan Sri Isa Samad melepaskan jawatan Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dengan rela hati, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, perkara itu dinyatakan Isa dalam pertemuan dengannya di Bangunan Perdana Putra di sini pagi tadi yang turut disertai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

“Isa rela hati lepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV, tempatnya akan diganti Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai pemangku Pengerusi FGV yang baharu berkuat kuasa serta merta.

“Bagi menghargai peranan Tan Sri Isa dalam FGV, kita setuju lantik beliau sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berkuat kuasa serta merta,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di sini, hari ini lapor BHOnline.

Selain itu Najib berkata, tindakan dalaman juga akan diambil untuk menentukan proses keadilan terhadap apa yang berlaku terhadap Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad dan tiga yang lain sebelum ini.

Advertisement

Isa yang dilantik sebagai pengerusi dan pengarah eksekutif bukan bebas FGV mulai 1 Januari 2011.

Peletakan jawatan Isa selepas spekulasi pelantikan pakar ekonomi veteran, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob yang mempunyai 4 dekad pengalaman termasuk mengetuai Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

KLIK BACATruly reading the statements by the DoJ is hair-raising – Tun Mahathir

KLIK VIDEO: Najib tanya balik siapa nak saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika

KLIK BACA: Jenayah berlaku di AS, apa diharap dari saman DOJ, soal Tun Mahathir

KLIK BACA: DOJ dakwa rantai berlian isteri MO1 dibeli guna duit derma yang dipulangkan

KLIK VIDEO: Dr Mahathir cadang Rosmah saman DOJ

KLIK BACA: AS mahu pulangkan duit Malaysia untung, pertikai saman DOJ seakan bela Jho Low

KLIK BACAAdakah Muhyiddin yang pertama disaman Rosmah bukan DOJ?

KLIK BACA: “Siasatan DOJ 1MDB menteri pertikai tapi artis Hollywood sanggup serah aset” – ADUN PERAK

KLIK BACAJabatan Kehakiman Amerika ‘kari pedas’ untuk Najib – Kadir Jasin

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share