Shafee akan mengeluarkan kenyataan isu dakwaan Sarawak Report bahawa beliau menerima bayaran RM9.5 juta dari Najib. – Foto TMI

KUALA LUMPUR 9 Jun 2017: Peguam terkenal Muhammad Shafee Abdullah akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu pendedahan bayaran RM9.5 juta oleh Perdana Menteri Najib Razak kepadanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bila kenyataan itu akan dikeluarkan.

“Saya akan keluarkan kenyataan media, bukan hari ini,” katanya sambil bergegas masuk ke dalam kereta apabila diajukan soalan oleh pemberita mengenai dakwaan RM9.5 juta itu di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta hari ini lapor portal Malaysian Insight.

Beliau yang sedang bercakap di telefon dikejar pemberita yang kemudiannya bergesa masuk ke dalam kereta berwarna putih di depan mahkamah bersama seorang wanita berbangsa asing yang menunggunya.

Pada 31 Mei lepas, Sarawak Report melaporkan yang peguam Umno itu, ketua pendakwa raya dalam perbicaraan Anwar, dibayar RM9.5 juta yang disalurkan terus daripada akaun Najib yang berpunca daripada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

KLIK BACA: Anwar fail saman mohon dibebaskan dari penjara susulan pendedahan Sarawak Report

KLIK BACA: Penyokong Anwar jelajah seluruh negara terangkan dakwaan RM9.5 juta

KLIK BACA: Peguam Najib dipuji buat pengakuan jujur berterus-terang

KLIK BACA: Dua peguam sahkan terima wang dari NAJIB

KLIK BACA: Adakah kerajaan bohong parlimen bayaran yuran Shafee? – Kadir Jasin

KLIK BACA: Hadi jelaskan kenapa PAS bisu calon PM?

MESTI BACA: Kadir Jasin imbas semula penjajahan tanah Melayu oleh negara asing

KLIK BACA: 1MDB sudah terang lagi bersuluh – Tan Sri Adam A Kadir

Advertisement