Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata insiden David Teo dipukul atau ditampar ketika program dialog Transformasi Nasional (TN50) yang dihadapan Datuk Seri Najib Razak adalah sesuatu yang memalukan rakyat Malaysia di seluruh dunia.

Tun Mahathir berkata dalam era Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, orang yang bercakap dan bertanya soalan akan mendapat susah, katanya ketika menjawab soalan daripada pengguna Facebook di laman rasmi beliau dalam sesi bertajuk “Hangpa tanya, #ChedetJawab”.

“Pertama (isu) macam ini tak pernah berlaku dahulu pada saya, atau PM lain sebelum saya. Ini berlaku di zaman Najib kerana semua benci terhadap pemerintahan Najib, tetapi apabila mereka cakap, mereka akan menghadapi masalah. Surat khabar ini ditapis sehingga tidak ada news lagi, demikian juga dengan TV3 dan lain-lain lain.

“Sebab itu bila ada peluang untuk mereka bercakap, mereka cuba, dan inilah kesan dan hasil percubaan untuk bercakap benda yang benar, tanya soalan pun tak boleh, kena pukul.

“Saya tak tahu Mat Over siapa dia, tetapi sepatutnya selepas dia lempang sekali itu, dipisahkan. Tapi saya nampak banyak orang (bersorak) pukul si David Teo, ini memalukan kita di seluruh dunia, perkara ini berlaku di depan PM.

Advertisement

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu kemudian mencabar Najib untuk mengadakan dialog lain.

“Kalau dia berani adakah lagi, buka kepada semua orang, kita nak tengok orang takut lempang atau tidak,” katanya dipetik portal Malaysiakini.

Sebelum ini portal FMT melaporkan, peguam PKR N Surendran mempersoalkan Najib kerana tidak menegur secara terbuka Mat Over yang melakukan jenayah yang boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan.

“Amat mengejutkan dan tidak boleh diterima yang perdana menteri Malaysia, selepas menjadi saksi dari jarak dekat jenayah berbentuk kekerasan ini, langsung tidak mengutuk atau menegur,” kata Surendran.

Walaupun kedua-dua mereka kembali ke pentas di akhir sesi TN50 dan bermaafan, Mat Over berkata beliau tidak menyesali perbuatannya, malah berkata ia perlu supaya mengajar Teo yang menurutnya biadap terhadap Najib.

KLIK BACA: Pantun tak kesampaian David Teo depan Najib akhirnya diketahui

KLIK BACADavid Teo dipukul depan Najib memalukan, kata Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Mat Over minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia

KLIK BACA: PAS anggap Tun Mahathir singa tua tak ada gigi

KLIK BACA: Polis digesa tangkap Mat Over 

KLIK BACA: Afdlin Shauki – Satu Malaysia dengar dia cakap kat PM ‘dia ni memang kurang ajar Datuk Seri’

KLIK BACA: Tun Mahathir – Pembodek sanggup terbalikkan perbuatan untuk dipuji tuannya

KLIK BACA: Kita tahu mana duit 1MDB, akan ambil balik semua, kata Dr Mahathir

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share