Penyertaan anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Norashman dan abang tirinya, Riza Aziz dalam lawatan rasmi ke China cetus persoalan.

Bekas pemimpin Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa perlu memberi pencerahan mengapa kedua-dua anaknya itu hadir pada sebuah majlis yang dihadiri oleh Najib di Hangzhou, China.

“Boleh KSN beri pencerahan kepada 30 juta rakyat Malaysia apa jawatan dua budak ini dalam kerajaan?

“Adakah mereka berdua memegang sebarang jawatan kerajaan masa kini kerana posisi kedudukan di dalam majlis tersebut seolah-olah mereka juga berjawatan tinggi dalam kerajaan?” soalnya dalam satu kenyataan media, hari ini lapor Malaysiakini.

Najib berada di Hangzhou sejak Jumaat lalu mengadakan lawatan ringkas untuk meninjau operasi Alibaba Group, gergasi e-dagang China di bandar itu dan disambut oleh pengasasnya Jack Ma.

Advertisement

Walaupun laporan berita menyebut bahawa Najib diiringi oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Khairuddin merujuk kepada gambar yang menunjukkan kedua-dua Norashman dan Riza duduk di barisan kedua, di belakang Perdana Menteri dan Ma.

Norashman sendiri telah menyiarkan lawatan ke pejabat Alibaba itu dalam akaun Instagram peribadinya.

Khairuddin, yang kini adalah kordinat Deklarasi Rakyat juga mempersoalkan sama ada kos perjalanan untuk anak-anak Najib turut ditanggung oleh negara.

“Kalau kos perbelanjaan Riza dan Norashman ditanggung oleh pihak kerajaan; ini sudah bercanggah dengan undang-undang dan berlaku unsur-unsur ‘conflict of interest’ seterusnya salahguna kuasa.

“Perbuatan perdana menteri ini amat tidak beretika! Ahli keluarga sendiri diheret ke hulu dan hilir dalam urusan rasmi kerajaan.

“Anak-anak perdana menteri tidak seharusnya berada dalam mesyuarat atau taklimat di antara kerajaan dengan kerajaan kerana mereka bukan pegawai kerajaan,” kata Khairuddin sambil mendesak Ali untuk menjelaskan majlis apa yang dihadiri oleh Najib di Hangzhou.

Jack Ma dilantik sebagai penasihat ekonomi digital bagi kerajaan Malaysia pada 4 Nov tahun lalu.

Ketika itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli juga mempersoalkan mengapa kedua-dua Norashman dan Riza berada dalam jet rasmi kerajaan untuk ke China.

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya – Zaman Dajjal – Penidak Kebenaran di mana yang mengatakan Fitnah itulah yang sebenarnya membuat Fitnah!

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh …

KLIK BACA: Anak Muda ambil tindakan mahkamah terhadap Najib

KLIK VIDEO: AG mana nak dakwa PM?, kata bekas Hakim

KLIK BACA: Tariq Ismail – Najib masih tak faham strategi China

TERKINI: India beri amaran negara mungkin terbeban bayar hutang China

KLIK BACA: Nilailah Rosmah seperti Michelle Obama

KLIK BACA: Kenapa PM tak minat tuntut wang berbilion dari Aabrar palsu? – Muhyiddin 

KLIK BACA: PRU14 menang Anwar jadi PM, hanya Tun Mahathir boleh lakukannya

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share