Tun Dr Mahathir Mohamad bingung bagaimana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur boleh menolak saman misfeasansnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kata Dr Mahathir, kehairanan itu berpunca daripada keputusan berbeza dikenakan pada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang berdepan tuduhan rasuah membabitkan ahli perniagaan Phang Li Koon.

“Saya tak tahu, tetapi dalam kes Guan Eng dia adalah penjawat awam. Jadi, kalau ketua menteri penjawat awam, perdana menteri (siapa), kuli?” kata Dr Mahathir kepada Malaysiakini malam tadi.

Bekas perdana menteri itu diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman misfeasans bagi pegawai awam yang difailkan beliau dan dua yang lain terhadap Najib Razak.

Hakim Abu Bakar Jais memutuskan bahawa Najib – sebagai perdana menteri – bukan pegawai awam dan dengan itu menolak saman tersebut.

Advertisement

Tahun lepas, Lim mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan rasuah yang berkaitan dengan tanah penukaran (daripada pertanian kepada perumahan), dan pembelian sebuah banglo RM2.8 juta di bawah nilai pasaran.

Pada 30 Jun tahun lalu, Lim mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan rasuah berkaitan penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan dan pembelian sebuah banglo RM2.8 juta di bawah nilai pasaran.

Terdahulu, Dr Mahathir menghadiri majlis makan malam dan kutipan dana DAP Seputeh di Kuala Lumpur.

Lebih 500 orang hadir di majlis berkenaan.

Kehadiran Dr Mahathir pada majlis itu juga disambut meriah apabila komuniti Cina berasak-asak mahu merakam gambar masing-masing bersama pemimpin berusia 92 tahun itu.

Malah, seusai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu memberikan kata-kata aluan, beliau sekali lagi disambut tepukan gemuruh sekali gus menyaksikan hadirin bangkit sambil memegang sepanduk “Kleptokrasi”. – Sumber Malaysiakini

KLIK BACA: Perbuatan sembunyi kesalahan urusan Kerajaan salah di segi undang-undang – Tun Mahathir

KLIK BACA: Johari Ghani berdirilah dengan berani, 1MDB bukan bayar duit poket mereka

KLIK VIDEO GAMBAR: Ribut landa Muktamar PAS di Kedah

KLIK BACA: Saman Mahathir batal kerana Najib bukan penjawat awam, apa kata Aziz Bari?

KLIK BACA: PKR AMANAH anggap patung monyet hina HADI cubaan SABOTAJ

KLIK BACAKenapa 1MDB selesai di luar mahkamah kalau di tangan sudah ada bukti?

KLIK BACA: Mufti setuju CUKAI GST HARAM!

KLIK BACA: Kerajaan mahu saya kenakan Mahathir, kata Anwar

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share