oleh Shahbudin Husin

Dr. Zakir Naik, penceramah kontroversi kelahiran India adalah masalah baru yang sengaja ditempah oleh negara kita. Mengundangnya sekali dua untuk memberikan ceramah mungkin sudah memadai, tetapi memberikannya taraf pemastautin tetap sama sekali tidak berbaloi bagi sebuah negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia yang harmoni serta aman damai selama ini.

Dalam ceramah terbukanya, Dr. Zakir gemar membuat perbandingan antara agama kerana ia adalah kepakarannya serta beliau juga dikatakan hafal beberapa kitab agama-agama lain.

Tetapi, untuk apa perbandingan salah dan benar antara agama itu diperbesar-besarkan dan dibenarkan berlaku? Apakah jika itu kepakarannya, maka Dr. Zakir wajar melakukannya di mana-mana?

Bukankah ia akan menjejaskan keharmonian antara agama di negara kita?

Advertisement

Jika selama ini jiran tetangga kita yang bukan segama tiada masalah mendengar azan lima kali sehari dan kita juga tiada masalah melihat mereka pergi ke gereja atau mengunjungi kuil, mengapa kita perlu membenarkan Dr. Zakir merosakkan segala-segalanya yang harmoni itu dengan ilmu yang ada padanya?

Adakah perbezaan agama untuk kita saling bermusuh dan menunjuk-nunjuk siapa benar dan siapa salah di sisi Tuhan?

Adakah Tuhan mencipta banyak agama di dunia ini untuk kita saling berbalah dan berbangga memberitahu bahawa jalan keagamaan mereka sebagai salah?

Kiranya kita boleh memburuk-burukkan dan mengecam agama lain, apakah mereka juga tidak boleh memburuk-burukkan agama Islam?

Cuba bayangkan jika penceramah-penceramah agama seperti Ustaz Kazim Elias, Dr, Hasan Din, Ismail Kamus lain-lainnya serta program-program agama di televisyen hari-hari bercerita tentang perbezaan antara agama dan mengecam agama lain sebagai salah dan karut?

Apa akhirnya akan jadi kepada masyarakat dan negara kita?

Penulis Shahbudin Husin – Foto FMT

Sejak awal lagi Dr. Zakir adalah penceramah yang bermasalah. Beliau bukan saja dilarang aktif di negaranya sendiri iaitu India, bahkan dihalang masuk ke beberapa negara seperti UK dan Kanada.

Alasannya sama, perbandingan agama yang diperinci dan menjadi bahan ceramahnya boleh menjejaskan keharmonian, mewujudkan perasaan benci kepada agama lain serta menggalakkan keganasan. Ada juga yang menggelar beliau sebagai pengganas agama.

Dalam hal ini, tindakan Hishammuddin Hussein memberikan taraf pemastautin tetap atau PR kepadanya seperti didedahkan oleh Zahid Hamidi adalah suatu kesilapan besar. Status PR itu membawa lebih petaka dan masalah kepada keharmonian negara kita.

Hakikatnya, kita tidak memerlukan sama-sekali pendakwah untuk bercerita tentang perbezaan agama antara Islam dengan Kristian atau antara Islam dengan Hindu. Kita dengan agama kita dan biarlah mereka dengan agama mereka.

Yang diperlukan ialah mendidik penganut agama Islam itu sendiri menjadi lebih baik, taat agama, hormati orang lain, tolong-menolong, menjaga alam sekitar, menjauhi rasuah, tidak mencuri, tidak menyamun dan sebagainya.

Apalah gunanya membesar-besarkan perbandingan antara agama jika hari-hari yang ditangkap kerana rasuah atau yang terlepas kerana diketahui mencuri wang berjuta-juta wang adalah orang beragama Islam sendiri?

Dr. Zakir sendiri tahu, jika beliau yang memohon PR itu atau jika Malaysia yang menawarkannya, ia adalah bertujuan melindungi dirinya yang sedang dicari oleh negaranya sendiri.

Masalah Dr. Zakir adalah masalah beliau dengan negaranya yang mana ada undang-undang didakwa telah dilanggarnya, termasuk berkaitan penggubahan wang haram. Malaysia tidak seharusnya terjebak dengan masalah itu dan biarkan Dr. Zakir menyelesaikannya kerana kesalahannya dilakukan di India, bukan di Malaysia. Tiada untungnya sama-sekali kita terlibat sama.

Kalau Dr. Zakir percaya Tuhan itu benar dan Tuhan juga sentiasa bersama orang-orang yang benar, tiada sebab beliau takut untuk berdepan dengan keadilan. Tuhan pasti ada untuk melindunginya kerana Tuhan sentiasa adil kepada hamba-hambaNya.

Dengan Dr. Zakir lebih takut kepada seksaan yang dipercayai akan diterimanya jika beliau diserahkan kepada India, tidak lebih hanya membuktikan jiwa perjuangan dan keyakinannya kepada kebenaran dan keadilan tidaklah sekuat mana. Beliau nampaknya lebih takut kepada manusia daripada Tuhan.

Lagi pula, selagi namanya perjuangan, memang adat berdepan dengan cabaran, halangan dan seksaan. Ia telah berlaku sejak zaman Nabi Muhammad dan era kebangkitan Islam dulu lagi.

Belum terlambat untuk Malaysia menyedari kesilapannya. Dalam hal ini, Malaysia harus segera membatalkan status PR Dr. Zakir dan melepaskannya untuk bebas pergi ke mana-mana negara pilihannya.

Jika semasa beliau berada di Malaysia ini, terdapat tuntutan untuk menyerahkannya kepada kerajaan India, beliau harus diserahkan dengan baik atas prinsip menghormati undang-undang antarabangsa. Malaysia tiada keperluan melindunginya.

Sebelum ini, jika kita boleh menyerahkan mayat Kim Jung-nam untuk menjamin keselamatan sembilan rakyat kita yang bagai dijadikan tebusan di Korea Utara, tiada sebab kita tidak boleh serahkan juga Dr. Zakir kepada India demi keharmonian dan rukun damai 31 juta rakyat Malaysia.

Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri pasti akan disanjung oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya orang Islam yang waras dan bukan Islam, jika dapat melakukannya dengan segera. – ShahbudinHusin

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik terkenal. Artikel adalah pendapat peribadi beliau dan tidak mewakili pendirian Malaysia Stylo News.


Nota Ana Ghoib: Televangelist Zakir Naik betul bercakap benar namun berbeza mentornya Ahmad Deedat yang kurang mencabar dalam ucapannya dan lebih banyak berdebat secara terbuka dengan paderi Kristian bukan bercakap satu hala dan Deedat tidak pula menyentuh soal agama Hindu. [Itu trigger puncanya…]

Lama mengikut Sheikh Ahmad Deedat penulis tidak berapa nampak beliau mengislamkan penganut agama lain di TV ini sebagaimana kita tentunya marah jika melihat orang Islam diperlihatkan di TV atau akhbar menjadi murtad dan menganut agama lain. [vice versa no denial & bragging please…]

Disitulah letaknya harmoni iaitu titik tengah dan garis sempadan kaum serta agama jika dilanggar mungkin ada yang ditangkap, diburu atau hilang entah kemana. [You know what i mean…]

InsyaAllah boleh Zakir tinggal di Malaysia tidak pulang ke India tetapi kawallah cara ceramahnya itu agar lebih bersederhana seperti Sheikh Ahmad Deedat yang dihormati dan hadkan kupasan ‘Comparative Religion & Theology’ beliau terhadap Kristian dan berbincang dengan ilmuan mereka. [*Nasrani lebih lembut berhemah kerana mereka ahli kitab]

Jangan pulang kerana Malaysia tidak boleh minta India jamin siasatan yang adil terhadap Zakir sebagaimana Swiss dan Singapore tidak boleh minta siasatan adil contohnya terhadap 1MDB.

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh … [Bijaksana dan Maha Halus urusan Rabb tuhan mu yang Maha Mendidik kaum negeri. Sesungguhnya tuhan kita tetap di atas jalan yang lurus…]

KLIK BACA: Dr Asri perlu bertaubat, mohon maaf – Uthaya Sankar SB

KLIK BACA: Raja Bomoh Nujum VVIP mungkin seorang WALI?

KLIK BACAPAS nak tetapkan orang tanding sesuai perintah planet Marikh, kata Amanah

KLIK VIDEO: Najib – Kalau orang sepak, saya sepak pijak balik…

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA:  Mahathir – Kita sedang bertanding antara wang tunai dengan semangat kebangsaan Melayu

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share