KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menyindir tindakan Kamarulazman Habibur Rahman mengumumkan keluar dari parti berkenaan.

“Kroni dia tak pilih dia kot,” kata Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai keputusan Kamarulazman keluar parti di sebuah program ceramah di Kampung Pandan Dalam malam tadi.

Kamarulazman, salah seorang pengasas bersama PPBM, mengumumkan keluar parti semalam dengan melepaskan semua jawatannya.

Naib Presiden PPBM, Datuk Abdul Rashid Asari pula berpendapat terpulang kepada Kamarulazman untuk melepaskan jawatannya dalam parti berkenaan.

“Kalau anda rasa tak sesuai dalam parti, anda rasa parti tidak memberi layanan yang baik kepada anda, anda rasa anda diketepikan dan nak melepaskan jawatan itu terpulang.

Advertisement

“Sebab kita parti demokrasi, negara kita negara demokrasi,” katanya.

Beliau berkata tindakan Kamarulazman tidak akan menjejaskan PPBM kerana ia perkara biasa dalam mana-mana parti politik.

“Macam baru-baru ini di Baling, (laporan media) kata keluar parti 500 orang tapi sebenarnya tak sampai pun 200 orang.

“Saya rasa tak menjejaskan parti secara keseluruhan,” katanya.

Rashid turut menafikan dakwaan Kamarulazman parti berkenaan mengamalkan kronisme.

“Kita tidak mengamalkan kronisme. Contohnya macam sebelah saya ini. Dia Ketua Bahagian PPBM Subang (Ishak Husain). Saya tak pernah kenal dia sebelum dia jadi ketua bahagian.

“Macam mana anda kata kronisme? Kita semua tak kenal antara satu sama lain. Apabila dilantik sebagai ketua bahagian barulah kita bersatu, bekerjasama dan baru kita berkenalan,” katanya.

Kamarulazman merupakan salah seorang daripada 7 pengasas PPBM, dan antara terawal memimpin Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), iaitu kumpulan penentang Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak. – FMT

KLIK BACAKamarul Azman bimbang misi PPBM hanya untuk jatuhkan Najib 

KLIK BACADr Mahathir sindir Kamarul Azman mungkin kroni tak pilih dia kot?

KLIK BACA: Anwar dihadapkan ke pasukan khas siasat skandal Forex

KLIK VIDEO: Wanita potong payudara akibat Ahok kalah Gabenor Jakarta

KLIK BACA: Mufti Perlis terima hantu Jenglot

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

KLIK BACASeluruh negara menanti siapa 17 penerima bertuah dana pencen SRC

KLIK BACA: Zaid: Pilihanraya bukan tempat pilih ustaz, orang pakai serban sebagai pemimpin

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share