Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein perlu mengulas serta menjelaskan beberapa isu legasi di dalam portfolio beliau.

oleh Nik Nazmi Nik Ahmad

SAYA mengikuti dengan dekat kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkenaan kesediaan untuk disiasat sekiranya terdapat dakwaan rasuah terhadap beliau.

Ini merupakan kenyataan yang berani oleh menteri dan patut dipuji kerana keterbukaan dan ketelusan sebegitu amatlah asing di dalam pentadbiran kerajaan sedia ada.

Sebagai Menteri Pertahanan, amatlah penting untuk beliau memanjangkan keterbukaan tersebut untuk mengulas serta menjelaskan beberapa isu legasi di dalam portfolio beliau termasuklah berkenaan skandal berbillion ringgit kapal selam Scorpene yang berlaku ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggalas jawatan Menteri Pertahanan.

Advertisement

Skandal tersebut serta skandal 1MDB telah mencemarkan reputasi negara di peringkat antarabangsa.

1MDB sendiri telah mendatangkan kesan negatif kepada pihak veteran tentera yang terpaksa menanggung kelewatan bayaran pencen beberapa bulan akibat urusan LTAT dengan 1MDB.

Malah ini juga berlaku ketika rakyat tertekan akibat keadaan ekonomi yang teruk.

NIK NAZMI NIK AHMAD, Ketua AMK. *Sumber: Sinar Harian Online


KLIK BACA: Najib gesa nilai moral tinggi tak masuk akal, kata Dr Mahathir

KLIK BACASeluruh negara menanti siapa 17 penerima bertuah dana pencen SRC

KLIK BACA: Keretakan terasa, Zahid dah mula main sindir perli 

KLIK BACAKelantan serambi Mekah bidas ‘Melayu berjiwa sekular’ Zaid & Husam?

KLIK BACA: Jawab siapa 17 penerima dana SRC yang dipinjam dari wang pencen – Rafizi

KLIK BACA: Kerana PAS orang melayu tidak lagi MAJORITI – Tun Mahathir

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share