oleh Tan Sri Zainuddin Maidin

Apapun tafsiran dan anggapan tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah memperkukuhkan lagi kewibawaan politiknya dengan keberanian mengambil risiko melantik sepupunya Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas di JPM.

Perlantikan ini sekali gus mengesahkan masa depan negara di dalam tangan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri. Beliaulah bakal Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi hanya sekadarkan sesuai untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri buat selamanya. Itupun jika beliau tidak menderhaka.

Harus diingatkan bahawa Najib mengambil tindakan ini dalam keadaan krisis keyakinan rakyat terhadapnya sedang memuncak dan dalam keadaan ramai melihat Zahid sebagai pengganti.

Zahid adalah seorang yang paling popular dalam parti,jauh lebih popular dari Hisahmuddin yang kemenangannya sebabai Naib Presiden UMNO terus diragui kerana adanya sokongan Istana dan juga sunglap politik.

Terbukti Najib sanggup melakukan segala-galanya ntuk mempastikan Hishamuddin sebagai Perdana Menteri setelah berjaya meruntuhkan halangan Mukhriz Tun Mahathir dan sanggup mengambil risiko tinggi menyekat hasrat bergelora Zahid untuk menjadi Perdana Menteri.

Zahid mesti menerima hakikat bahawa pada pandangan Najib beliau hanya layak sekadar menjadi Timbalan Perdana Menteri sepeerti Tun Mahathir menilai Gafar Baba tetapi Najib lebih telus dalam hasratnya tanpa membaling batu sembunyi tangan. Beliau tidak secara langsung telah memberitahu negara Hishamuddinlah Perdana Menteri walaupun demoralising Zahid

Hishammuddin yang telah terjamin masa depannya tidak boleh menasihatkan orang ramai dari membuat berbagai andaian walaupun Zahid telah terpkasa menelannya dengan pahit apabila membuat kenyataan menerinma baik perlantikan Hishamuddin itu. Ia adalah ibarat isteri pertama yang memberikan senyuman pahit dalam mengiuzinkan suami beristeri dua kerana takdir dan jodoh.

Zahid mestilah menerima hakikat ini walaupun pahit jika beliau hendak terus memelihara statusnya. Orang Jawa terkenal kerana kesetiaannya dan kepimpinannya tetapi orang Jawa di Malaysia khsususnya dalam UMNO hanya sekadarkan menjadi alat politik dan tidak setaraf dengan Jawa Indonesia yang boleh menjadi pemimpin pertama dan memerentah seluruh negara dari Sabang ke Meroke.

Najib telah membuktikan kebenaran kepercayaannya bahawa kuasa adalah bergantung kepada keupayaan menabur dedak mengikut taraf dan untuk itu Wang adalah Raja. Malangnya Zahid ada wang tetapi tak boleh jadi Raja. – Zamkata | Foto FMT

Tan Sri Zainuddin Maidin adalah bekas menteri penerangan di dalam kerajaan Tun Abdullah Badawi. Artikel merupakan pendapat peribadi beliau dan tidak mewakili pandangan MalaysiaStyloNews.

KLIK BACAZahid tak mungkin berani melawan, dipencenkan diminta tidak bertanding pun akan diam – Shahbudin

KLIK BACA: Kadir Jasin – Kenapa Najib perlukan sepupunya Hisham di JPM?

KLIK BACA: Lantik Hisham petanda Najib akan lepas jawatan, kata AMANAH

KLIK BACADr Mahathir: Siapa arah Apandi supaya tak jelaskan salah faham?

KLIK BACA: Hadi harus sedar anak butir tahxxx juga terpakai kepada PAS – DAP

KLIK BACA: Cerita lawak Koboi dan Tuan Puteri

KLIK BACA: Ada yang bertanya kenapa skandal mereka begitu susah diheret ke MAHKAMAH?

Advertisement